Thursday, September 08, 2016

GAAMBAR WHITE STUDIO RAYA

Yeay, nampak sangat keterujaannya di situ. Dah lama teringin nak bergambar dalam white studio. Akhirnya raya baru baru jadi kenyataan. Tak plan pun. Tetiba buka topik pasal gambar raya dan en abu terus ajak gi kedai gambar. Time tu on the way balik rumah PIL dari rumah parentku.

First singgah kedai gambar kat Arau, takda background putih ler pulak. Dalam masa tu, tertengok fb dan nampak sorang kenalan ambik gambar white studio. Terus call dia tanya kedai dan terus shoot ke kedai tu. 

Alhamdulillah orang x ramai. Ambik pakej 3 gaya dgn satu poster frame dan 2 keping 5R. Walaupun x macam yang aku impikan (freestyle) tapi okla dari takda. 

First time ambik studio berempat.



Ini yang diposter frame kan. Kat bawah ni pulak cuci 5R.





Semoga keluarga kami kekal bersama hingga ke akhir hayat. Amin.


Tuesday, August 16, 2016

JUMPA SAHABAT LAMA DI HARI RAYA

Aduh, baru nak aktif berblogging dah tersangkut. Rupanya kena ikut kelajuan data. Data banyak, laju la update. Data kureng, maka takda la update. Harap faham ya.

Berbalik pada tajuk entri, bila masing-masing dah kawen, dah ada komitmen dengan family, jarang la dapat jumpa kawan-kawan lama. Especially bagi pempuan. Lelaki lain, bebila pun depa bleh kluaq ngeteh.

Time raya la kalau ada masa nak jumpa n sembang lama2 sikit pun. Alhamdulillah Aidilfitri 1437H dpt jumpa 2,3 org sahabat lama.



Wati, cikgu di Putrajaya. Sahabat sejak dari sekolah rendah. Pernah lost contact lebih 20 tahun dan fb menemukan kami kemballi. Kebetulan, rumah parents wati pun di Perlis. So, ambik peluang jumpa walaupun sat.

Dan berkesempatan juga jumpa dgn ina dgn emie, kawan sekelas masa form 4 dan form 5. Masing2 dok belah utara ni saja tapi bukan main payah nak jumpa. 



Cidah, sahabat zaman poli sampai zaman U, sampai la ni pun sempat jumpa. Cidah sekeluarga beraya ke rumah aku.

Alhamdulillah, semoga persahabatan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kawan-kawan lain yang mungkin baca entri ni, ada jodoh kita jumpa na.


Saturday, August 13, 2016

HOBIKU MASIH MEMASAK

Selain dari setelkan keja rumah dan ngadap fon, hobiku masih tak ubah dari dulu. Memasak, ya memasak. Satu masa dulu rajin sangat kongsi resepi, tetiba sunyi ja tanpa satu resepi pun. Zaman bujang dulu nak makan apa bleh mintak mama masakkan. La ni dah dok sendiri dengan famili sendiri, memang kena layankan sendiri la selera makan yang tahap apa taktau nak habaq dah. Nanti kalau rajin, resepi akan dishare lagi. La ni layan gambaq ja dulu no.



Amra asam boi. Pokok tanam tepi rumah, buah tak penah putus. Alhamdulillah.



Kek coklat moist.



Nasi carrot dengan daging masak hantu. Feveret ni.



Tiramisu.



Ni makan-makan family masa birthday kakak Ayra bulan mei aritu. Nasi lemak, kuih qasidah, brownies n sandwich telor.

Friday, August 12, 2016

FAMILY PHOTO ~ COMPLETE

Aidilfitri 2016, akhirnya dapat jugak bergambar ramai2 cukup korum untuk kedua2 belah family.

Gambar family aku di malam raya dengan masing2 blom berbaju raya sebab ni ja time yang semua ada. Pagi raya, adik aku yg baju ijau tu kena kerja. Berkhidmat untuk negara.


Ni pulak family en abu di hari raya pertama. Semua cantik berbaju raya. Complete.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang satu ni. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami sehingga ke akhir hayat. Amin.

Thursday, August 11, 2016

BENTO AYRA

Masih istiqamah sediakan bekal untuk kakak Ayra bawak ke sekolah. Alhamdulillah tak pernah skip lagi. Jom cuci mata antara bekal (bento) yang kakak Ayra bawak ke sekolah.


French toast, epal n kacang.


Sandwich telor, oren n cereal.


Sandwich nutella dan oren.


Cucur bawang, biskut sandwich coklat n salad buah.


Nasi goreng, biskut coklat n pisang.

Wednesday, August 10, 2016

AYRA DAN AZRI - OGOS 2016

Dah lama blog ni takda apdet pasal anak dara dan anak teruna ibu. Meh nak intro sikit pasal depa dua ni.


Si sulung, Ayra dah darjah dua. Sat ja rasa, maknanya ibu makin tua. Alhamdulillah sangat bertanggungjawab, rajin dan pandai berdikari. Dah boleh diharap buat kerja rumah. Sangat rajin tolong ibu jaga adik dan tolong bila ibu masak.



Si bongsu (buat masa sekarang), Azri dah tiga tahun setengah. Ya, lelaki tau. Bukan perempuan. Paling banyak akal, ligat, aktif dan semuanya. Jenuh melayan dia sorang. Bila buat perangai, fuhhhh sangat-sangat menguji kesabaran.

Oklah, nanti smbung lagi. Taip dengan fon ni lain macam sikit. Tambah pulak tangan gemok, agak seksa sikit di situ. So mood nak mengarang pepanjang pun ke laut lah. Tq sebab masih sudi singgah kat blog ni. Sayang korang.

TEST BLOGGING THRU BLOGIT!

Kembali semula selepas setahun lebih blog ni ditinggalkan tanpa sebarang apdet. Harap bukan hot-hot chicken shit lah...

Meh nak belanja sekeping gambar famili time raya aritu.

Thursday, July 23, 2015

AIDILFITRI 1436H

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi berjumpa dengan bulan Syawal. Walaupun raya tak macam raya sangat sebab baju raya sehelai pyn tak beli, ditambahkan dengan demam yang start 2 hari sebelom raya sampai ke hari ni (7 Syawal) baru ok.

Tapi baju anak-anak tetap diutamakan. Tahun ni pagi raya kat Perlis. Plan asalnya lepas solat jumaat nak balik Jitra, tp di atas sbb kesihatan yang sangat tak mengizinkan, raya ketiga baru sampai Jitra.

Tema tahun ni maroon, ros n en abu recycle je baju yg ada. Korang tema kaler apa?

Akhir kata, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Berempat.

Selfie dgn anak-anak sementara en abu pegi masjid.

kakak dan adik.

di malam raya.suka gambar ni.

Thursday, June 18, 2015

MARHABAN YA RAMADHAN


Alhamdulillah masih diberi nafas untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. Tahun ketiga kami puasa berempat. Tahun pertama berpuasa di rumah kampung ni. Tahun pertama juga berpuasa sbg surirumah sepenuh masa kembali.

Semoga ibadat kita di bulan yang mulia ni diberkati. Amin.

Tuesday, June 16, 2015

BENTO AYRA 160615

Dua hari lagi menjelang Ramadhan Al-Mubarak, alhamdulillah masih berkesempatan untuk siapkan bekal untuk ayra sebelum bercuti panjang. Tahun lepas ayra puasa penuh, harapnya tahun ni pun penuh jugak la.

Oh ya, berbalik pada bekal. Menu utama arini ala tradisi iaitu lempeng pisang. 4 keping lempeng diiringi buah lai, pisang dan biskut serta cloud 9 sebagai kudapan.

BENTO AYRA 150615

Alhamdulillah bermula hari pertama Ayra masuk sekolah,  ros akan siapkan bekal untuk ayra bawa ke sekolah without fail. Ada sekali tu ros demam sampai takleh bangun.  Ayra tetap berbekal ke sekolah yg disiapkn oleh en.abu.

Kakak, insyaallah ibu akan sediakan bekal untuk kakak selagi terdaya.

Saturday, June 13, 2015

FROM HATYAI WITH LOVE 080615-100615

Jalan2 cuti sekolah tgk tempat orang.

I AM BACK

Ada yg rindu ke? Insyallah lepas ni blog akan diapdet selalu.

See ya...

Wednesday, November 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY 121114

Baiti Jannati






Deco temporary bagi living kat rumah kampung ku. Semua recycle perabot dari rumah sewa, takdak yang beli baru pun. Semua masih elok, buat apa nak membazirkan? Sofa tu setnya 1+2+3 tapi yang 2 seater dipinjamkan ke family area utk lepak2 tgk tv. Ada rezeki kita deco bagi cun lagi.

Jangan lupa, Promo November 2014 OMEGA GUARD BELI 6 percuma 1 Beli 2 dapat diskaun 5% Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.   

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;  

 ROS  
 019-574 9154   

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini.  Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia.  

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!  

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Friday, November 07, 2014

MAJLIS MENGHARGAI BAKAT MUDA TERBESAR DI MALAYSIA OLEH DUGROSTAR

 Weekend nih taktau nak bawak anak-anak ke mana? Apa kata korang join roadshow Dugrostar bagi menghargai bakat-bakat muda di Malaysia.


Roadshow ini akan dijalan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Tarikh, masa dan lokasi adalah seperti. Terjah la lokasi yang berhampiran dengan anda. 


Anak-anak mesti suka sebab banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti anda di samping dah melihat pertunjukan live peserta dan pemenang bakat cilik Dugrostar .

Jangan lupa, Promo November 2014
OMEGA GUARD
BELI 6 percuma 1
Beli 2 dapat diskaun 5%

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.  

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;  

ROS  
019-574 9154 

 Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini.  Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia. 

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Wednesday, November 05, 2014

OMEGA GUARD | DOUBLE PROMO NOVEMBER 2014

Setiap bulan Shaklee akan buat promo untuk satu jenis produk. Kebiasannya promo yang dibuat adalah beli 6 percuma 1. Bagi November 2014, Shaklee berbesar untuk promokan Minyak Ikan Terbaik di dunia iaitu Omega Guard.


Beli 6 botol, akan diberi percuma 1 botol di mana anda akan untung RM136. Bayar harga untuk 6 botol, anda akan dapat 7 botol. Selain itu, anda juga akan dapat keahlian percuma dan rebate tunai pada bulan Disember 2014.

Specialnya bagi bulan ini, November 2014 buat pertama kalinya Shaklee buat Twin Pack promo di mana dengan belian 2 botol Omega Guard anda akan diberi diskaun sebanyak 5%. Untungkan?


Ok, mari kita tengok apa kebaikan Omega Guard yang terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.




Omega Guard boleh diambil oleh semua peringkat umur seawal usia 1 tahun. Dan Omega Guard boleh dikombinasikan dengan produk Shaklee yang lain untuk memberikan kesan yang lebih efektif kepada setiap masalah kesihatan yang anda hadapi.



Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI; 

ROS 
019-574 9154 

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini.  Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Friday, October 24, 2014

FENOMENA JERUK MANGGA ASAM BOI


Kita parking dulu resipi nak buat jeruk mangga asam boi nih kat sini. Nak kena cari mangga@pelam muda nih. Kat rumah aku pun baru tanam pokok pelam cokanan 2 hari lepas, tingginya baru 3 jengkal. Tak boleh jadi, memang nak kena cari pelam muda. Dah meleleh ailio tengok jeruk nih. Confirm sedap gila sebab letak asam boi.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

 Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru Hijrah. Selamat datang 1 Muharam 1436H (25 Oktober 2014).


Jangan lupa lepas asar (sebelum maghrib) baca doa akhir tahun. 


Dan selepas solat maghrib pula baca doa awal tahun.


Semoga kita semua akan dirahmati, diberkati dan semakin dimurahkan rezeki oleh Ilahi. 
Amin Ya rabbal A'lamin....

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 

Related Posts with Thumbnails