Monday, February 17, 2014

HAPPY 1ST BIRTHDAY MUHAMMAD AZRI ZUHAIRI

Kejap je rasa, Azri dah genap setahun 11 Februari lepas...
Budak kecik tu dah ada 6 btg gigi...
Baru angkat punggung nak merangkak tapi dah mula berdiri...
Alhamdulillah sehingga sekarang, kesihatan dia tersangat baik cuma dah slim. tak bolat macam time baby dulu...

Sabtu lepas (15 Februari 2014) buat kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena ulangtahun pertama Azri...
Jamuan kecik-kecik je, jemput sedara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat... 
Terima kasih pada semua yang hadir.

Jemput cuci mata ya gambar sekitar majlis aritu.


birthday banner Thomas and Friends





Candy buffet hasil air tangan aku.





Adik, Selamat Hari Lahir yang pertama...
Ibu doakan adik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Semoga anak menjadi anak yang soleh buat ibu dan abah...
Semoga adik boleh membantu kakak dalam menjaga bakal adik2 nanti...
Jadilah anak yang cerdik, berguna buat keluarga, agama dan negara.
Amin...
Ibu, abah, kakak sayang adik.
sayang ketat-ketat..

1 comment:

  1. salam kenal..
    peluk cium buat birthday boy.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails