Tuesday, August 20, 2013

BILA TERINGIN....

Bila teringin, semua menjadi.
Hujung minggu lepas teringin sangat makan ketupat+rendang ayam.
Memandangkan tak pandai balut ketupat dan kalau pandai balut pun memang tak sempat nak balut, so ketupat digantikan dengan pulut kuning. Gambar lupa nak ambik, dan licin baru teringat.

Dan semalam gigih masak nasi impit+kuah kacang. 2nd attempt selepas beberapa tahun. First time masak ni masa buat open house 4-5 tahun lepas. Pastu langsung tak masak nasi impit+kuah kacang dah. Seb baik menjadi. Start masak dari kol 8.30 malam, kol 12.30 malam baru siap. Mana taknya, en abu kluar. Bila Azri nangis, stop kejap. Bila Azri nak susu, stop kejap. Bila dia ngantuk, tidokan dia dulu baru sambung balik. Ditambah dengan dapur yang cuma boleh guna sebelah ja. yang lagi sebelah rosak. Sudahnya menjadi jugak nasi impit aku.


Dan banyak lagi senarai yang menunggu untuk dimasak. Sizzling mee, spaghetti bolognese, lontong dan macam2 lagi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails