Wednesday, August 21, 2013

SELAMAT TINGGAL KR 6699

Semalam (20 Ogos 2013), kereta biru nih telah selamat bertukar tuan. En Abu dah jual kereta kesayangan dia nih kepada orang Perlis jugak tapi dia kerja Bomba di Penang.


Betul kata orang, kadang-kadang kita terpaksa berkorban melepaskan apa yang kita sayang demi tuntutan lain yang perlu didahulukan. Aku tahu En Abu sangat berat nak lepaskan kereta biru nih kat orang lain tapi ini adalah yang terbaik buat kami pada masa ni. KR nih dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun kereta lama, tapi conditionnya adalah tiptop. Sampaikan owner baru tu tak cakap banyak masa nak beli KR. Terus dia setuju.

Aku pun sebak juga bila serah kereta biru nih kat owner baru coz banyak kenangan dengan KR nih. Kenangan zaman bercinta dulu. Kereta ni la yang bawak aku dgn En Abu ke sana ke mari. Kereta biru nih jugak dah sampai ke Melaka masa aku belajar kat sana dulu. 


Tapi sesungguhnya setiap ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Insyaallah kami sedang menunggu sesuatu yang lebih besar dan luas. Terima kasih abang sebab berkorban untuk kami.

pssst: terasa sebak la pulak bila taip entri nih. 

Tuesday, August 20, 2013

BILA TERINGIN....

Bila teringin, semua menjadi.
Hujung minggu lepas teringin sangat makan ketupat+rendang ayam.
Memandangkan tak pandai balut ketupat dan kalau pandai balut pun memang tak sempat nak balut, so ketupat digantikan dengan pulut kuning. Gambar lupa nak ambik, dan licin baru teringat.

Dan semalam gigih masak nasi impit+kuah kacang. 2nd attempt selepas beberapa tahun. First time masak ni masa buat open house 4-5 tahun lepas. Pastu langsung tak masak nasi impit+kuah kacang dah. Seb baik menjadi. Start masak dari kol 8.30 malam, kol 12.30 malam baru siap. Mana taknya, en abu kluar. Bila Azri nangis, stop kejap. Bila Azri nak susu, stop kejap. Bila dia ngantuk, tidokan dia dulu baru sambung balik. Ditambah dengan dapur yang cuma boleh guna sebelah ja. yang lagi sebelah rosak. Sudahnya menjadi jugak nasi impit aku.


Dan banyak lagi senarai yang menunggu untuk dimasak. Sizzling mee, spaghetti bolognese, lontong dan macam2 lagi. 

Wednesday, August 14, 2013

Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU MUNI & SHAHRIL

3 Syawal 1434H, sepupu aku sebelah mama selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya, Shahril (org perlis).


Persalinan biru firus.



Di pelamin nan indah.


Pengantin dengan family sebelah pengantin perempuan.

More pics will come.

1 SYAWAL 1434H

ALhamdulillah masih diberi peluang untuk meraikan 1 Syawal dengan insan tersayang.

Kami sekeluarga pakai sedondon, coklat tapi ton berbeza. 


Kakak yang 'senyum arnab' coz gigi bawah dah patah 2 batang.


Eh, baju en abu nampak cam hitam ler plak kan? tapi dark brown tu...


Si kecik nih yang buat pertama kalinya beraya. Sian dia, letih ikut ibu, abah n kakak beraya. Tapi tak cranky sangat, janji time tido kena tidokan dia. Selesa dia berbaju melayu kain t-shirt tapi saiz terkecik la pulak. Beli online, tak dapek la nak fitting dulu.


Kami sekeluarga dengan tok en abu di Padang Malau, Beseri, Perlis. Umuq tok dah 84 tahun kalau tak silap. Masih sihat tanpa sebarang penyakit.


Last but not least, gambaq dengan SIL, makcik en abu dan wife cousin en abu dan anak2 sedara plus anak2 sendiri di rumah tok.


Raya pertama kami tahun ni di Perlis, raya kedua dah shoot ke Kelantan coz raya ketiga ada wedding kazen aku. Nanti aku buat special entry untuk wedding dia. Simple tapi meriah.

Tuesday, August 06, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H


Mohon maaf zahir dan batin andaikata tersilap kata, tersalah bicara.
Semoga dibulan Syawal yang menjelang nanti akan membawa seribu keberkatan buat kita semua.

pssst: aku masih di ofis sehingga ke petang raya. 

Related Posts with Thumbnails