"saya ingin berkongsi cerita saya dgn ibu2 KIM di sini mengenai kematian 1st twin saya.saya tak berniat nak salahkan sesiapa tp biarlah cerita saya ni menjadi pengajaran buat diri saya & pedoman buat rakan2 KIM yg banyak membantu saya dalam bidang penyusuan ibu ni.
saya melahirkan anak kembar pada minggu 27. anak2 saya sangat istimewa, berat 1st twin 978gram & 2nd twin pula 968gram.kedua2nya ditahan di NICU berikutan masalah pra-matang.doktor memaklumkan bahawa mereka akan ditahan sehingga berat mereka mencapai paling kurang 1.8kg.saya namakan 1st twin Izzah (kekuatan) dan 2nd twin Iffah (harga diri)
saya bertekad untuk memberikan mereka susu ibu sepenuhnya, memandangkan pengalaman saya mmg EBF anak2 sebelum ini.tetapi doktor memaklumkan bahawa bayi pra-matang ini akan diberi makanan tambahan seperti protein, karbohidrat dan sebagainya dalam bentuk cecair.kebetulan ketika itu, sebuah sayrikat sedang membuat kajian berkenaan dgn produk minyak ikan untuk diberi kepada bayi pra-matang.setelah meminta pendapat daripada beberapa doktor,saya & suami bersetuju untuk memberikan makanan tambahan tersebut, termasuklah minyak ikan kepada anak2 kami, walaupun saya mula berasa pelik & tidak sedap hati.setahu saya, bayi hendaklah diberikan susu ibu sahaja sehingga berumur 6 bulan, tanpa air masak atau makanan tambahan. doktor seolah-olah dapat membaca kata hati saya, dia memaklumkan bahawa bayi pra-matang perlukan makanan tambahan tersebut untuk memastikan bayi tersebut akan mendapat khasiat sepertimana dalam rahim ibunya. saya lagi bertambah pelik, sbb susu ibu kan khasiat dari apa yg ibunya makan, jd tak perlu la nak bagi apa2 makanan tambahan (dalam hati saya laa). doktor seolah-olah tahu & dia menjawab, kami akan bagi makanan tambahan itu dalam tempoh tertentu, kemudian bayi akan meneruskan dengan susu ibu sepenuhnya. saya pun ikut je apa yg doktor tersebut sarankan, di samping berdoa agar anak2 saya sihat & kuat.
pada hari ke 9 jam 12 tengahari, doktor call bagitau usus Izzah dah bengkak. doktor terpaksa puasakan dia sbb usus dia belum matang untuk proses makanan & masukkan ubat ke badan dia. jam 4 petang, saya melawat Izzah, dia buka mata & renung saya sedalam2nya, seolah-olah petunjuk bahawa dia akan meninggalkan saya. jam 7 malam, doktor call cakap usus Izzah dah pecah, dia dalam keadaan kritikal & doktor meminta saya ke hospital.keadaan Izzah sangat menyedihkan, dia hanya bergantung kepada oksigen. akhirnya jam 11.30 malam, Izzah kembali menemui penciptanya.
saya redha Izzah pergi sbb janji Allah hanya pinjamkan Izzah kepada kami cuma 9 hari.jika bukan sbb usus pecah pun, Izzah tetap akan pergi atas sebab musabab yg lain.tp saya ralat sangat sbb sepanjang 9 hari, saya belum sempat peluk cium anak saya, cuma pegang & belai tangan & kaki dia saja.selepas pemergian Izzah, saya dapati makanan tambahan tidak lagi diberikan kepada adiknya, Iffah. saya tak pasti sama ada sudah sampai tempoh pemberian makanan tambahan ataupun atas sebab kematian Izzah, makanan tambahan tersebut dihentikan.
alfatihah untuk arwah Izzah & semoga Iffah sihat & kuat."
Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah.
pssst: Dah terang lagi bersuluh yang bayi berusia 6 bulan ke bawah hanya boleh diberi susu ibu. Air suam pun tak perlu. Apatah lagi bayi pramatang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
dalam hal itu, kita ada hak utk say NO..tp mesti rasa doktor lagi pandai kan..mudah2an ibunya tabah..
ReplyDelete@Imaan09
ReplyDeleteadakalanya bila kita mahu yg terbaik buat si manja, kita terlupa akan fakta sedia ada... yg betolnya, semuanya sudah ketentuan Allah...
Sedihnye kak...sedih sangat2... =(
ReplyDelete@Nad @ MamaZN
ReplyDeleteya nad, kak ros sendiri tak menahan airmata nih...
ibu ayra,sedihnya baca tapi kagum dengan kekuatan si ibu...'saya redha Izzah pergi sbb janji Allah hanya pinjamkan Izzah kepada kami cuma 9 hari.jika bukan sbb usus pecah pun, Izzah tetap akan pergi atas sebab musabab yg lain'...alhamdulillah :)
ReplyDelete@munirah
ReplyDeleteitu sudah ketentuannya.... Jannah jaminan buat dia di sana...
al-fatihah..ya betul, moga jadi pengajaran buat kita semua. Izzah menanti di syurga..
ReplyDelete@Ayu@Sweetlilcraft
ReplyDeleteberbahagialah ibu arwah Izzah...kerana bidadari kecilnya menanti dia di pintu syurga...
ros, mona baru baca, sedihnya.. kesian NS .. mona dok tgk dia update FB, tak berani komen..taktau nak kata apa.. dia ibu yg sangat tabah :( sedih ros.. ros jaga diri eh..
ReplyDelete@monamie
ReplyDeleteNS mmg seorang yang tabah..ros post entri nih pun dgn izin dia... tenkiu mona, doakan semuanya berjalan lancar ya....