Thursday, October 28, 2010
AYRA BERINAI
"yeay, yeay...nak pakai inai...."
"yeay, yeay....ayra pakai inai..."
Aku pakaikan inai tiub dari mekah pemberian seorang kawan yang baru balik dari umrah. Seronok kawan aku tu, dapat berpuasa sebulan dan sambut raya sekali kat Mekah. Mudah2an satu hari nanti kami sekeluarga dapat la jejakkan kaki ke sana. Nih la rupa inai tiub tu. Sori gambaq terlebih pencahayaan. Macam ubat gigi tapi kecik ja. Mudah, tak payah nak tumbuk2 lagi. Rasanya sekarang kebanyakan orang balik umrah/haji akan bagi inai tiub nih sebagai ole2 selain dari tasbih, air zam2 dan kurma kan?
Ayra diam ja sepanjang aku pakaikan inai kat kuku dia. Aku cuma pakaikan atas kuku. Dan hasilnya...
Tengokla muka budak yang suka sangat bila dipakaikan inai.
'Peace' pulak...
pssst: ayra pakai kat kuku tangan, ibu ayra pakai kat kuku kaki... ibu pun keciwi jugak.
DIET CARA RASULULLAH S.A.W
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
DIPETIK DARI SINI.
Wednesday, October 27, 2010
YEAY! DAPAT GRAB LUCKY NUMBER
Jalan2 cari contest, terjumpa blog mien.mien nih. Kebetulan dia menang contest bersama si kecil anjuran cik gayahspears tu. Tahniah mien, u deserved it. Cantik gambar tu.
Tetiba terpandang pulak kat sidebar dia, alhamdulillah aku dapat grab no.3499. Lagipun dah lama tak menang contest/GA nih. Tapi mien, ros tak pakai prepaid. Camana nak kasi top up RM5?
pssst: korang bleh cuba grab 3599, 3699, 3799... akan dpt hadiah yg sama.
Tuesday, October 26, 2010
JERUK KEDONDONG @ AMRA
Sapa tak kenal buah kedondong? Belah utara kami panggey buah amra. Sila tengok gambaq di bawah. Ni la buah kedondong aka buah amra.
Weekend lepas balik umah MIL. Kebetulan pokok amra kat tepi rumah tu lebat sangat buahnya. MIL pelawa suruh ambik. Apa lagi, aku suh en abu ambik. Dapat la dalam 30 biji. Pokoknya tak tinggi, senang nak ambik.
Semalam aku ambik separuh buah amra tu, aku kupas kulit pastu aku hiris2 sket isi dia. Then aku basuh buang getah2 buah tu. Buah2 tu disejat. Kemudian aku campur 1 sudu makan garam dan 5-6 sudu besar gula. Biarkan dalam 2-3 jam then aku masukkan dalam esbok. Aku simpan dalam balang coklat mcm kat bawah nih.
Dan ni lah hasilnya. Sedap dan yang penting tanpa bahan/pewarna tiruan. Sekali aku ngap, 4 biji bawah ni la...
Monday, October 25, 2010
AYRA & POLKA DOT
1. Set sarung tilam dan sarung bantal ayra time baby dulu. Hadiah from mama tok (mama aku). Pinkish+colourful polka dot.
2. Dress sleeveless Baby Kiko. Time nih ayra 3 bulan, masa wedding my bro. Dress nih tok ayah (papa aku) yang belikan tapi aku yang pilih sendiri. Sampai sekarang ayra masih bleh pakai dress nih tapi dah singkat, aku pakaikan dgn jeans.
3. Dress sleeveless B&W. Simple but nice. Material pun cotton yang lembut dan tak panas. Beli kat Reject Shop, made in Bangladesh atau India (tak perasan mana satu ntah). Sampai sekarang pun ayra bleh pakai lagi. Time nih ayra 1 thn 4 bulan.
4. Nih plak hadiah 1st besday ayra from makngah T (SIL aku). Pants ttu depan nampak mcm skirt, belakang nampak mcm seluar. Pink+white polka dot.
5. Dan yang terbaru, dress Laura Ashley ayra. Colourful polka dot jugak. Background dark chocolate. Nih time raya yang baru nih (Oktober 2010).
Lagi satu yang aku perasan, baju ayra banyak design kek/cupcake dan jugak love. PJ ayra ada sepasang tu bercorak cupcake. Lagi satu PJ ayra pulak bercorak love. Hmmmm... ayra yang suka design2 tu atau ibu ayra yang suka? *wink*
Monday, October 18, 2010
JIKA ISTERI MENANGIS...
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
.
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.
..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar
mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
pssst: Abang, by sayang abang sepenuh hati.... NGCML4U!
Sunday, October 17, 2010
CUPCAKE TANPA BUTTER ATAU MINYAK
Sedap dan gebu. Aku letak hiasan choc chips dgn coklat rice. First aku bakar yang choc chips tu. Bila dah masak cupcake yg ada choc chips tu, ayra trus mintak. Aku bagi sejukkan kejap then suapkan dia. Rupanya bukannya dia nak makan kek sgt. Dia makan tang choc chips tu ja. Memang btol anak ibu nih, hantu coklat. Sebab tu aku tak jemu2 buat coklat kek. Rasa mcm nak buat coklat kek ja esok.
Oh ya, cup tu campur-campur sebab cup yg tinggi tu ada 7 je. Tak cukup so terpaksa pakai paper cup seperti di atas. Korang nak try?
INGREDIENTS
• 2 1/4 cups all purpose flour
• 1 1/3 cups sugar (aku rasa 1 cwn pun dah cukup)
• 3 teaspoons baking powder
• 1/2 teaspoon salt
• 1/2 cup shortening
• 1 cup milk
• 1 teaspoon vanilla
• 2 large eggs
DIRECTIONS
Preheat oven to 350 degrees. Line cupcake pans with paper liners.
Combine flour, sugar, baking powder, and salt in a large mixing bowl. Add shortening, milk, and vanilla. Beat for 1 minute on medium speed. Scrape side of bowl with a spatula.
Add eggs to the mixture. Beat for 1 minute on medium speed. Scrape bowl again. Beat on high speed for 1 minute 30 seconds until well mixed.
Spoon cupcake batter into paper liners until 1/2 to 2/3 full.
Bake for 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean.
Cool 5 minutes in pans then remove and place on wire racks to cool completely.
Once cupcakes are completely cooled, frost with your favorite frosting recipe or decorate as you desire.
Aku copy resipi dari sini. TQ!SELAMAT MENCUBA!
Thursday, October 14, 2010
BILA AYRA DAH PANDAI BERCAKAP
Situasi 1:
Kami 3 beranak dalam kereta KR en abu menuju ke satu tempat. Tetiba en abu tekan enjin turbonya bagi laju sket. Dan tetiba ayra bersuara...
Ayra: "abah ni ya, awat bawak ka laju2 sangat. Peyan cikit..."
(abah ni la, awat bawak car laju2 sangat. Pelan sikit.)
Serentak tu jugak dia tampar bahu abah dia. Terkejut dan trus kami berdua tergelak besar.
Situasi 2:
Abah dia tengah berehat /tido dalam bilik. Pintu bilik kena kunci utk tido dgn aman sebab anak dara nih dah pandai buka pintu. Ayra time tu dok main toys dgn aku di ruang tamu. Tiba2 ayra bangun berjalan menuju pintu bilik.
Ayra: "abah ooo abah... bangun...pi work"
2, 3 kali dia akan ulang benda yang sama...
Tak kira pagi petang atau malam, tiap kali dia kejut abah dia, mesti dia cakap 'pi work'
Hehehehe, ibu...peace!
pssst: ayra, engkaulah jantung hati ibu dan abah. luv u dear! damn much!
Wednesday, October 13, 2010
AYRA 'TOLONG' LIPAT KAIN
Dan hasilnya....
Sudahnya aku jugak yang kena lipat balik semua baju-baju dia. Tapi tak kisah la, slow2 ajar dia. Lama2 makin kemas. Just nak terapkan sifat tanggungjawab dlm diri ayra. Melentur buluh biar dari rebung. Kan?
Saturday, October 09, 2010
CERITA-CERITI CONTEST IBU AYRA
Contest dan GA yang saya dah join sblom nih, tetap di sini. Saya takkan pindah kan ke blog baru tu. Hanya bermula dari hari ini (9/10/10), semua contest dan GA yg saya join akan dipostkan di sana. Harap maklum.
Friday, October 08, 2010
POPIA CRAB STICK
Popia crab stick yang sedang digoreng. Aku pakai crab stick OceanRia.
Tada! Dah siap, tak sabaq nak makan. Nih baru angkat dari dapur.
Tetiba seketul popia tu meletup sampai terpelanting. yang dalam bulatan merah tu adalah crab stick yang dah terkeluar dari gulungan kulit popia (atas sekali, yg nampak putih2 kat tepi tu). Nasib baik tak kena muka aku.
Rupanya ada cara nak buat popia crab stick nih supaya bila digoreng tak meletup. Kalau nak tau, kena la baca entri MamaLyna yang nih. TQ ejan, sedap sangat. boleh buat lagik. Especially bila org mai umah tapi takde benda nak dijamu. Boleh buat popia crab stick nih.
Wednesday, October 06, 2010
GAYA SI COMEL BERBAJU RAYA
Brought to you by:
BabyIbu
&
Azzamoro
Nak join?
Klik sini.
Dateline: 31 Oktober 2010
Nama anak: Mya Adzra Zuhayra bt Mohd Abu Zar
Umur: 2 tahun 5 bulan
Sambil berposing berbaju raya
Sofa sedondon dengan bajunya
Bak kata orang "alahai makngah, merah menyala"
Contest nih sponsored by:
eoeonline
Gin & Jacqie
Izzabakery
Mahanim
Myavenue888
MySuperkids
SecretBargains
sofeababywear
Tote Boutique
Tupperwareville
Weego Bottles
Victoria's Secret Heaven
KERABU SOTONG + AYRA TAK SIHAT
Sebagai iringan kerabu sotong kat atas tu, aku buat sup ayam+carrot+bunga kobis+kentang. Maka jadilah hidangan yang sihat arini. Semalam dah bergulai ikan+bendi dengan sotong masak asam kicap, so okla arini makan sup+kerabu.
Sekadar selingan, gambar anak dara aku yang sibuk suruh ambik gambaq dia bila aku pegang kamera nak ambik gambaq makanan2 kat atas tu. Layankan la sat. Sekarang gaya posing baru adalah 'senyum sampai telinga sambil buat 'peace'. Mentang2 la dah pandai buat 'peace'.
Ayra sebenarnya tak sihat. Selsema dan kekdg bdn panas. Ada kelenjar bengkak kat tepi leher dia (kiri dan kanan) tapi yg kanan sgt obvious. Dah ambik ubat, doc bagi antibiotik. Masalah problemnya, ayra takmo makan ubat. Pening kepala pikir camana nak bg dia makan ubat. kalau dipaksa, muntah pulak. Doc cakap kelenjar bengkak tu mungkin viral infection dan mungkin sebab tu jugak ayra ayik demam, kebah, demam, kebah. Atau pun kelenjar tu tanda2 nak jadi tonsil atau apa2 berkaitan tekak. Risau sungguh. Dah mati akal nak buat apa skerang nih.
Tuesday, October 05, 2010
Monday, October 04, 2010
PN STROBERI'S RAYA SEDONDON CONTEST
Klik sini.
Dateline: 4 Oktober 2010
Dan gambar sedondon yg aku pilih untuk contest nih adalah:
pssst: love that picha very much especially bila tgk muka anak dara yg sorang tu... nampak sweet sgt.
Friday, October 01, 2010
BILA GEGIRL JUMPAK PELAMIN
Memula dedua berebut nak pegang kipas kat pelamin pengantin tu. (Ayra pun ada dress mcm marissa tu, kalau ayra pakai aritu sure jadi kembar tak seiras lain mak lain ayah. Bukan beli sekali, kebetulan pilihan aku n SIL sama, itu yg jadi dress budak berdua nih sama)
Pastu memasing dok pulun hayun kipas tu. Nasib baik ada dua, kalau kipas tu ada satu alamatnya kecoh la rumah kenduri tu.
Pas penat mengipas, duduk la pulak tapi bukan duduk atas kerusi pengantin. Diorg hentam duduk atas lapik kaki pengantin. Takpalah gegirl, janji hampa bahagia dan tak bergaduh sudah la.
pssst: marissa dah ada adik, ayra solo lagik.