Monday, May 04, 2009

AYRA'S BIRTHDAY BASH PART 1

4 MEI 2009, genap la setahun umur anak dara aku. Rasa mcm baru ja masuk labour room Hospital Sultanah Bahiyah. Tup, tup dah setahun.

Aku, en.abu, mama n papa plan nak wat majlis sket utk ayra. Takdak la grand sgt, cukup sederhana sekali majlis tu. Mama kata majlis nih 3 dlm 1 ( birthday ayra-kesyukuran, doa selamat utk adik ipar aku yg akan bersalin bulan depan- mudah2an selamat semuanya dan jugak kenduri arwah utk semua arwah2 saudara-mara kami).

Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar sekali walaupun pada awalnya hujan turun lebat dari pukul 11 pagi sampai pukul 2.30 ptg. Elok sempat adik2 aku n en.abu lap semua kusi meja, majlis pun bermula. Majlis mula dgn bacaan yasin pada pukul 3 ptg oleh kaum ibu di TBR.

Nih la yang dirai, dgn ibu dgn che su nana. Ayra in pink jeans, yellow shirt & headband bulu2 pink. Sepanjang majlis nih dia langsung xmau org lain dukung melainkan aku n en abu sebabnya ayra nih mmg sensitif kalau aku pakai tudung n bersiap. dia takut kena tinggal.

Kek ayra x seberapa, sebijik kek berbentuk nombor 1 sempena ulangtahun yang pertama, tempah kat Lazeez Kek & Bakery kat area Jitra Mall. Kek tu moist choc cake, sedap tapi aku sket x puas ati dgn deco kek tu. Ada ka p tulis wording kek tu atas papan alas. Nak marah pun x guna, masa dah suntuk. Lagipun papa yang gi collect kek tu kat kedai. Tapi nasib baik kek tu sedap.

Alhamdulillah, makanan yang dihidangkan semua habis walaupun ramai yang tak mai sebab cuti panjang kan, ramai balik kg, p holiday la. Antara menu yang tersedia ari tu ialah :
1. Bihun goreng
2. nasi impit+kuah kacang
3. lontong
4. pulut kuning+rendang ayam+gulai daging
5. laksa
6. karipap+lepat pisang+bingkang ubi kayu+kek lapis
7. kudap2an (snap, kacang, lolipop)
8.air hijau
Semua menu tu mama masak, plus kami yg 2,3 orang nih tolong2 except kuah laksa tu makcik gayah buat.

Cuaca ari tu sangat elok. Redup tapi x ujan, alhamdulillah....

3 comments:

  1. Alhamdulilah Shukur.....
    Selamat Hari lahir Ayra....

    Meriah dan Moga majlis nih diberkati Allah....

    Gua tumpang tengok kawan2 makan sedap hehehehhehe

    ReplyDelete
  2. Salam sama Hubby...Salam Kenal dari Dj Epoi..........

    ReplyDelete
  3. amin.... insyaallah salam akan disampaikan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails