Friday, August 12, 2016

FAMILY PHOTO ~ COMPLETE

Aidilfitri 2016, akhirnya dapat jugak bergambar ramai2 cukup korum untuk kedua2 belah family.

Gambar family aku di malam raya dengan masing2 blom berbaju raya sebab ni ja time yang semua ada. Pagi raya, adik aku yg baju ijau tu kena kerja. Berkhidmat untuk negara.


Ni pulak family en abu di hari raya pertama. Semua cantik berbaju raya. Complete.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang satu ni. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami sehingga ke akhir hayat. Amin.

Thursday, August 11, 2016

BENTO AYRA

Masih istiqamah sediakan bekal untuk kakak Ayra bawak ke sekolah. Alhamdulillah tak pernah skip lagi. Jom cuci mata antara bekal (bento) yang kakak Ayra bawak ke sekolah.


French toast, epal n kacang.


Sandwich telor, oren n cereal.


Sandwich nutella dan oren.


Cucur bawang, biskut sandwich coklat n salad buah.


Nasi goreng, biskut coklat n pisang.

Wednesday, August 10, 2016

AYRA DAN AZRI - OGOS 2016

Dah lama blog ni takda apdet pasal anak dara dan anak teruna ibu. Meh nak intro sikit pasal depa dua ni.


Si sulung, Ayra dah darjah dua. Sat ja rasa, maknanya ibu makin tua. Alhamdulillah sangat bertanggungjawab, rajin dan pandai berdikari. Dah boleh diharap buat kerja rumah. Sangat rajin tolong ibu jaga adik dan tolong bila ibu masak.



Si bongsu (buat masa sekarang), Azri dah tiga tahun setengah. Ya, lelaki tau. Bukan perempuan. Paling banyak akal, ligat, aktif dan semuanya. Jenuh melayan dia sorang. Bila buat perangai, fuhhhh sangat-sangat menguji kesabaran.

Oklah, nanti smbung lagi. Taip dengan fon ni lain macam sikit. Tambah pulak tangan gemok, agak seksa sikit di situ. So mood nak mengarang pepanjang pun ke laut lah. Tq sebab masih sudi singgah kat blog ni. Sayang korang.
Related Posts with Thumbnails