Kat bawah nih dengan jelasnya menunjukkan situasi aku sekarang... Kejap-kejap
Friday, September 23, 2005
Tuesday, September 20, 2005
C.I.N.T.A
Cinta..... Kadang-kadang ia membahagiakan. Kadang-kadang ia amat menyakitkan. Biasanya ia akan menjadikan kita tak keruan jika asyik memikirkan. Cinta. Ada apa dengan cinta? Sekali pandang cuma satu perkataan biasa. Ia membawa maksud yang berbeza mengikut pandangan pentafsirnya. Cinta terlalu subjektif. Ia akan menjadikan kita seorang yang aktif atau pun pasif. Setiap yang berlaku, mesti ada motif. Jika bahagia, hati akan tersenyum tanda gembira. Jika derita, hati akan menangis tanda duka. Susah nak ditafsir apakah CINTA sebenarnya.
Aku bahagia dengan cintaku. Kadang-kadang gaduh tu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula manusia sesama manusia. Mungkin dengan ini, aku akan lebih mengenali dirinya dan di juga akan lebih mengenali diriku. Dengan ini juga aku dapat betulkan apa yang salah dan apa yang tidak kena. Cuba untuk memahami dan berharap agar difahami. Supaya masing-masing lebih tahu hati budi antara satu sama lain. Alhamdulillah, cinta kami diiringi doa restu dari kedua belah pihak. Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah. Peliharalah hubungan kami, berkatilah kami, Ya Allah. Aku amat menyayangi dirinya....
"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya"
Friday, September 16, 2005
PSM II......
Hmmmm....mungkin ada yang tertanya-tanya, aper itu PSM II kan?? Itu adalah akronim daripada Projek Sarjana Muda II iaitu satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar sarjana muda dalam melayakkan diri untuk mendapatkan segulung ijazah. Sebelum subjek nih, pelajar perlu lulus subjek PSM I dulu.
Alhamdulillah PSM I aku dah setel, dan sekarang disambung dengan PSM II. Tajuk projek aku " Analysis of Static Var Compensator (SVC) in Damping Power Oscillations : Single Machine Infinite Bus (SMIB) Power System using Power System CAD (PSCAD)". Faham tak kalau baca tajuk tu? Kalau yang dalam line Electrical Engineering (esp. Power System) mungkin faham.
Meh aku nak buat sinopsis projek aku tu skit. Aku kena design model SMIB dengan menggunakan PSCAD dalam 4 keadaan iaitu steady-state without SVC, steady-state with SVC, transient without SVC and transient with SVC. Dalam SMIB tu aku kena sambungkan SVC untuk membuatkan litar tersebut lebih efisyen. SMIB tu mcm model transmission line la. Kat Malaysia, kita tak pakai lagi SVC tu. Keempat-empat litar tu aku dah siapkan cuma nak analisis jer tapi semalam penyelia projek aku tambahkan lagi satu litar - 5 bus system supaya aku lebih nampak respon yang diberikan. Sama jugak dgn SMIB, kena design model 5 bus system tu dalam 4 keadaan yang aku sebutkan tadi dan jumlah semua litar aku kena buat = 8 litar.
Setakat nih, semua litar aku dah ok dan cuma tinggal nak analisis dan buat laporan akhir PSM. Boleh dikatakan dah hampir 50% dah siap dan mintak-mintak la aku sempat siapkan ikut dateline yang dah ditetapkan. Untuk kengkawan yang buat PSM II, aku wish korang all the best dan semoga kita dapat siapkan projek memasing dengan jayannya.....

p/s: buat yang ambik PSM I, jangan buat keje last minute...
Subscribe to:
Posts (Atom)