Saturday, April 16, 2011

ME WON GIVEAWAY BY AWEK KHAIRUL FAHMI CHE MAT & KAKAKNYA

Biar gambaq2 di bawah yang berbicara. Tumpukan pada kotak kaler hijau pucuk pisang.


TQ pada cik-cik penganjur First Combined Giveaway dan jugak tima kasih pada pemenang yang tak muncul2 tu, sebab dialah aku boleh menang. Rezeki adalah ketentuan Allah swt.

Klik SINI utk info sepenuhnya.

Thursday, April 14, 2011

ME WON PRECIOUS MOMENTS GIVEAWAY

Alhamdulillah rezeki di pagi rabu. Jenguk blog contest aku, terpandang komen dari mommie yuyu yang aku menang Precious Moments GA anjuran blog beliau. Tersenyum aku sorang2 depan lappy sebab sekarang agak kemarau dengan kemenangan GA atau contest. Lagipun sekarang nih aku pun dah mengurangkan diri dalam bab GA dan contest nih sebab sedang memberi tumpuan yang lebih kepada perkara lain.

Tima kasih mommie yuyu sebab ter'random' nama ros. Dan aku bakal dapat body lotion Mary Kay gitu. Kaler pink lagik, I loiiikkeee. Tahniah jugak pada pemenang lain.

Klik SINI untuk tengok senarai penuh pemenang.

Thursday, April 07, 2011

KLIP RAMBUT UNTUK AYRA, FM UNTUK IBU

Hari nih abg posmen singgah lagi kat rumah aku. Dia tinggalkan satu sampul surat pos ekspres. Bila ditengok pada pengirimnya, dari zana iaitu penganjur GA Anakku Comel.

Dan isi sampul pos ekspres tersebut ialah:

Sepasang klip rambut untuk ayra dan satu FM dari bandun untuk aku. Aku suka sangat sebab ayra blom ada klip rambut kaler purple dan aku jugak blom ada FM dari bandung so bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la. Terima kasih zana.

Nak tengok tak budak keciwi pakai klip rambut baru. Ni la dia....

Terserlah ke'kepek'kan hidung dia tu. Apa2 ja, janji dia happy so ibu pun happy jugak. Jangan dok asyik 'temper tantrum' ja, ibu terus pening kekadang ibu pun jadi 'hot temper' terus.

Dan jom kita tengok bila FM from bandung tu join kengkawan dia di esbok aku.

Hampir separuh dari FM yang aku ada tu aku dapat thru GA/contest di alam maya. Tima kasih semua. Jasa korang hanya Allah yang mampu balas.

pssst: Ayra dapat lagi satu hadiah pagi tadi dari sorang kawan aku merangkap jugak seorang blogger yg low profile. Nanti aku letak dalam satu entri khas. TQ pada puan pemberi hadiah.

Related Posts with Thumbnails