Tuesday, November 16, 2010

HARI KELIMA AYRA DI WAD


Masih di wad. Setakat ni dah 7 botol air dimasukkan ke dalam badan ayra. Selera makan dia masih blom ada. Sebenarnya dia takut nak makan sebab tiap kali makan, dia akan muntah. Alhamdulillah demam dah xdak. Rasanya arini pun tak dapat discaj lagi. Maknanya beraya di hospital la tahun ni.

Sunday, November 14, 2010

HARI KETIGA DI WAD


Dah 3 hari 2 malam kami sekeluarga berkampung di wad pediatrik HTF. Keadaan ayra arini bertambah baik. Demam dah takdak cuma selera makan ayra blom ada lagi. Dah 4 botol air dimasukkan ke dalam badan ayra. Semalam ayra dah tak muntah sebab dia langsung takmau minum atau makan, cuma 2oz susu ja yg dia isap. Pagi tadi dia muntah balik bila minum 2-3 teguk air milo. Pastu dah takmau minum or makan balik coz dia takut akan muntah lagi. Pagi tadi doc ambik darah sekali lagi untuk tengok kandungan air dalam badan. Kalau ok, maybe doc akan offkan drip di tangan ayra. Arini ayra dah nak bersembang n main dengan toys n baca buku2 yg abah dia bawakan dari rumah. Tima kasih buat aunty2 yg mendoakan kesihatan ayra. Komen korang aku dapat baca tapi tak sempat balas satu persatu sebab aku bersiaran dari hospital ni cuma guna henfon. Tak sempat nak on laptop. Semoga ayra cepat sembuh...

Friday, November 12, 2010

AYRA MASUK WAD


Dari isnin lepas ayra demam. Dah ambik ubat, dah abih pun ubat tu tapi demam x kebah jugak. Start semalam ayra muntah kalau batuk. Pukul 4 pagi tadi kami dah bawak ayra ke unit kecemasan HTF tapi ayra boleh balik lepas di bagi ubat. Hari ni ayra makin teruk, badan panas dan kerap muntah. Arini dia baring ja. Makan apa pun dia takmau. Sudahnya petang tadi kami bawak ayra ke unit kecemasan lagi dan terus ayra kena admit. Ibu harap ayra cepat sembuh.
Related Posts with Thumbnails