Wednesday, September 22, 2010

MAMA BALQIS 2ND GIVEAWAY

Presenting:

Giveaway nih dianjurkan sempena Ulangtahun Kelahiran Mama Balqis yang ke-26 pada 21 September 2010.

" Mama Balqis, Selamat Hari Jadi...
Semoga panjang umur dan murah rezeki...
Semoga kasih sayang sekeluarga menjadi milik abadi...
Sentiasalah bersyukur ke hadrat Ilahi...
Di atas segala yang telah diberi...

Nak join?

Klik sini.

Dateline: 8 Oktober 2010

CONTEST BERSAMA SI KECIL

Presenting:

CONTEST BERSAMA SI KECIL

Nak join?

Klik sini.

Dateline: 10 Oktober 2010

Gambar terbaru aku n ayra yang diambil pada pagi raya yang aku rasakan sangat menunjukkan ikatan kasih sayang yang erat dan mesra antara seorang ibu dan anak.

Aku nak tag:
1. Min aka ibu arifa
2. K.long Shaakira aka ummianas
3. Kak suzi aka mamasyaza

Gudluck semua!

Tuesday, September 21, 2010

RENDANG DAGING PERTAMAKU & CENDAWAN TIRAM GERGASI

Stok daging masih banyak dalam esbok. Semalam dah buat masak kicap black pepper. Arini teringin nak buat masak rendang. Seumur hidup aku tak penah masak rendang sendiri. Sebab aku rasa nak masak rendang nih susah dan lambat nak masak. Tapi arini aku kuatkan semangat. Tanpa ikut mana2 resipi, aku masak rendang daging menggunakan apa saja bahan yang ada kat dapur aku. Maleh nak gi kedai.

Dan hasilnya....

Amacam? Nampak menarik dak? Aku saja koyak2 kan saja daun kunyit dan daun limau purut. Kalau hiris halus, susah nak asingkan time nak makan nanti. Nak resipi ke? oklah, jom tengok apa la yang aku letak dlm rendang nih...

Rendang Daging

Bahan2: (aku main agak je sukatan nih, ikut sesedap rasa korang la)
1/2kg Daging (dihiris nipis)

15 tangkai cili kering =
2 labu bwg besar = dikisar halus
4 ulas bwg putih =
2 inci halia =
3 btg serai (dihiris nipis) =

3 sudu besar kerisik
1 ketul gula kabung (kecil) atau gula 'gerek'
garam
air asam jawa
air

1 helai daun kunyit = dikoyak2 (dihiris halus pun boleh)
5-6 helai daun limau purut =

minyak utk menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan daging. Tutup periuk. Masak sehingga daging empuk. (Tambahkan air jika perlu, utk memasak daging)
3. Bila daging empuk, masukkan kerisik, gula kabung, garam dan air asam jawa. Biarkan agak kering.
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
5. Siap dan sedap dimakan ketika panas.

Sebagai mengiringi rendang daging untuk hidangan makan tengahari, aku masak cendawan tiram goreng kunyit. Tengokla saiz cendawan tiram nih. Sebesar tapak tangan aku. Segar dari ladang. Cendawan nih en abu beli dari kawan dia yang mengusahakan sendiri tanaman cendawan tiram nih kat area Beseri. Memang gemuk2 dan fresh.

Nih la rupa candawan tiram goreng kunyit tu. Nampak mcm sotong. Senang je. Korang hiris nipis bwg besar, tumis sampai garing. Masukkan garam dan sesudu kecil kunyit serbuk. Kemudian masukkan cendawan yang dah dibersihkan dan dicarik2. Masak sampai air cendawan tu kering. Sedap. Cubalah...

pssst: esok aku nak masak resipi daging apa pulak ekkk?

Related Posts with Thumbnails