Thursday, September 08, 2016

GAAMBAR WHITE STUDIO RAYA

Yeay, nampak sangat keterujaannya di situ. Dah lama teringin nak bergambar dalam white studio. Akhirnya raya baru baru jadi kenyataan. Tak plan pun. Tetiba buka topik pasal gambar raya dan en abu terus ajak gi kedai gambar. Time tu on the way balik rumah PIL dari rumah parentku.

First singgah kedai gambar kat Arau, takda background putih ler pulak. Dalam masa tu, tertengok fb dan nampak sorang kenalan ambik gambar white studio. Terus call dia tanya kedai dan terus shoot ke kedai tu. 

Alhamdulillah orang x ramai. Ambik pakej 3 gaya dgn satu poster frame dan 2 keping 5R. Walaupun x macam yang aku impikan (freestyle) tapi okla dari takda. 

First time ambik studio berempat.



Ini yang diposter frame kan. Kat bawah ni pulak cuci 5R.





Semoga keluarga kami kekal bersama hingga ke akhir hayat. Amin.


Tuesday, August 16, 2016

JUMPA SAHABAT LAMA DI HARI RAYA

Aduh, baru nak aktif berblogging dah tersangkut. Rupanya kena ikut kelajuan data. Data banyak, laju la update. Data kureng, maka takda la update. Harap faham ya.

Berbalik pada tajuk entri, bila masing-masing dah kawen, dah ada komitmen dengan family, jarang la dapat jumpa kawan-kawan lama. Especially bagi pempuan. Lelaki lain, bebila pun depa bleh kluaq ngeteh.

Time raya la kalau ada masa nak jumpa n sembang lama2 sikit pun. Alhamdulillah Aidilfitri 1437H dpt jumpa 2,3 org sahabat lama.



Wati, cikgu di Putrajaya. Sahabat sejak dari sekolah rendah. Pernah lost contact lebih 20 tahun dan fb menemukan kami kemballi. Kebetulan, rumah parents wati pun di Perlis. So, ambik peluang jumpa walaupun sat.

Dan berkesempatan juga jumpa dgn ina dgn emie, kawan sekelas masa form 4 dan form 5. Masing2 dok belah utara ni saja tapi bukan main payah nak jumpa. 



Cidah, sahabat zaman poli sampai zaman U, sampai la ni pun sempat jumpa. Cidah sekeluarga beraya ke rumah aku.

Alhamdulillah, semoga persahabatan ni kekal hingga ke akhir hayat. Kawan-kawan lain yang mungkin baca entri ni, ada jodoh kita jumpa na.


Saturday, August 13, 2016

HOBIKU MASIH MEMASAK

Selain dari setelkan keja rumah dan ngadap fon, hobiku masih tak ubah dari dulu. Memasak, ya memasak. Satu masa dulu rajin sangat kongsi resepi, tetiba sunyi ja tanpa satu resepi pun. Zaman bujang dulu nak makan apa bleh mintak mama masakkan. La ni dah dok sendiri dengan famili sendiri, memang kena layankan sendiri la selera makan yang tahap apa taktau nak habaq dah. Nanti kalau rajin, resepi akan dishare lagi. La ni layan gambaq ja dulu no.



Amra asam boi. Pokok tanam tepi rumah, buah tak penah putus. Alhamdulillah.



Kek coklat moist.



Nasi carrot dengan daging masak hantu. Feveret ni.



Tiramisu.



Ni makan-makan family masa birthday kakak Ayra bulan mei aritu. Nasi lemak, kuih qasidah, brownies n sandwich telor.

Friday, August 12, 2016

FAMILY PHOTO ~ COMPLETE

Aidilfitri 2016, akhirnya dapat jugak bergambar ramai2 cukup korum untuk kedua2 belah family.

Gambar family aku di malam raya dengan masing2 blom berbaju raya sebab ni ja time yang semua ada. Pagi raya, adik aku yg baju ijau tu kena kerja. Berkhidmat untuk negara.


Ni pulak family en abu di hari raya pertama. Semua cantik berbaju raya. Complete.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang satu ni. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami sehingga ke akhir hayat. Amin.

Thursday, August 11, 2016

BENTO AYRA

Masih istiqamah sediakan bekal untuk kakak Ayra bawak ke sekolah. Alhamdulillah tak pernah skip lagi. Jom cuci mata antara bekal (bento) yang kakak Ayra bawak ke sekolah.


French toast, epal n kacang.


Sandwich telor, oren n cereal.


Sandwich nutella dan oren.


Cucur bawang, biskut sandwich coklat n salad buah.


Nasi goreng, biskut coklat n pisang.

Wednesday, August 10, 2016

AYRA DAN AZRI - OGOS 2016

Dah lama blog ni takda apdet pasal anak dara dan anak teruna ibu. Meh nak intro sikit pasal depa dua ni.


Si sulung, Ayra dah darjah dua. Sat ja rasa, maknanya ibu makin tua. Alhamdulillah sangat bertanggungjawab, rajin dan pandai berdikari. Dah boleh diharap buat kerja rumah. Sangat rajin tolong ibu jaga adik dan tolong bila ibu masak.



Si bongsu (buat masa sekarang), Azri dah tiga tahun setengah. Ya, lelaki tau. Bukan perempuan. Paling banyak akal, ligat, aktif dan semuanya. Jenuh melayan dia sorang. Bila buat perangai, fuhhhh sangat-sangat menguji kesabaran.

Oklah, nanti smbung lagi. Taip dengan fon ni lain macam sikit. Tambah pulak tangan gemok, agak seksa sikit di situ. So mood nak mengarang pepanjang pun ke laut lah. Tq sebab masih sudi singgah kat blog ni. Sayang korang.

TEST BLOGGING THRU BLOGIT!

Kembali semula selepas setahun lebih blog ni ditinggalkan tanpa sebarang apdet. Harap bukan hot-hot chicken shit lah...

Meh nak belanja sekeping gambar famili time raya aritu.

Related Posts with Thumbnails