Monday, December 30, 2013

HIS FIRST HAIR CUT

Dah lama sebenarnya nak bawak budak kecik ni potong rambut. Penah sekali trim sendiri ja rambut kat tepi2 telinga dia. Yang belakang tak penah dipotong sejak cukur sepenuhnya dulu.

Akhirnya petang kemarin menjadi jugak. Kebetulan gi rumah member kat Arau, dah bgtau en ebu kalau ada saloon buka nak singgah nak potong rambut adik.

So ini lah hasilnya. Adik nampak matured. Nampak macam bigboy. Makin terserlah kemelepakan dia tu.


Notty face. 

Thursday, December 19, 2013

KRABI WITH LOVE 141213-151213


Hujung minggu lepas (14-15 Dis 2013) Kami empat beranak jalan-jalan makan angin (JJMA) ke Krabi. Actually plan awalnya nak gi minggu sebelum tu tapi aku n Azri x sihat so terpaksa postpone sampai kedua kami sihat walepatliat.

JJMA kami kali ni dijoin sekali dengan member en abu dan wife dia. The more the merrier kan. Gi satu keta je. Alhamdulillah perjalanan pegi dan balik lancar. Masa pegi, cuaca cerah dan panas. Masa balik plak cuaca mendung+hujan.

Budak kecik yang sangat behave masa on the way pegi tapi sangat cranky masa on the way balik sebab demam takut laut.
Depan 7E di wilayah Pakbara kot (x ingat). Setiap petrol station akan ada 7E yang berfungsi macam R&R la kat Malaysia ni.

Signboard yang mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Krabi

Late lunch di Adam Bungalows sebaik saja jejak kaki di Krabi. Lepas makan baru check in hotel.

Topview Hotel, tempat kami berehat, mandi+tidur. 2 minit saja dari Pantai Aonang, Krabi.

Deretan kedai cenderamata bertentangan dengan Pantai Aonang.

Sunset di Pantai Aonang.

Budak kecik first time main pantai. Dia takut laut rupanya. Malam tu sampai demam panas.

Kakak yang sangat teruja mandi laut+main pasir. Jenuh pujuk ajak balik hotel walaupun hari dah senja.

Kenangan kami sefamily ketika sunset di Pantai Aonang.

Aku dok pujuk Azri pelan2 supaya biasa dengan laut+pantai.

Signboard Krabi.









On the way balik singgah Outlet Village (ala-ala JPO) dan Tesco Lotus di Town Krabi tak sempat posing sebab budak kecik tu cranky, demam.

Tak puasa stay sana satu malam. Lagipun tak pegi island hoping dan snorkeling. Insyaallah nak ajak en abu pegi lagi, tunggu budak kecik tu besar sket baru seronok. Kalau tak, kesian kat dia, kang demam lagi. Sapa nak ikut? Jommmm!!!
 

 

Monday, December 09, 2013

SHAKLEE - SAYA ADALAH PENGEDAR SAH



Saya adalah pengedar sah Shaklee.

Nak beli produk Shaklee dengan harga ahli?

Gunakan ID saya : 1077873

Untuk membuat sebarang pembelian di cawangan Shaklee berdekatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya:

SMS/Wassap/Call: 019-5749154

Email: rosrusli@gmail.com

FB: Rosfariedzah Rusli
 








Thursday, December 05, 2013

KEMBALI BERSUA...

Assalamualaikum semua... alahai bersawangnya rumah saya nih... Masuk sat-sat ja tapi takdan apdet.. Intro sket dulu la no.

Chenta hati saya... dah besaq kan? Kakak dah nak masuk 6 tahun, adik dah nak masuk 10 bulan.

Alhamdulillah Kakak dipilih jadi Pelajar Terbaik 5 tahun di tadika dia. Seronok sangat. Abah dah bagi reward, round2 Penang. Ada lagi satu reward yang abah blom bagi. Tunggu ya, kakak. Teruskan pencapaian ni sampai bila-bila tau.

 Adik pulak dah makin lasak. Gigi dah ada 2+1... Dua di bawah dah satu di atas... Makin kerap menggeget bila menyusu... Jenuh menahan... Ya, adik masih menyusu badan...

Ringkas je dulu, nanti banyak cerita akan menyusul... Daaaa!


Monday, October 07, 2013

Friday, September 27, 2013

FAKTA YANG TAK PERNAH KITA AMBIL TAHU

  • ORANG PERTAMA DALAM ISLAM :

    1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. ...
    2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
    3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
    4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
    5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
    6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
    7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
    8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
    9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
    10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
    11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
    12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
    13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
    14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
    15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
    16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
    17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
    18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
    19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
    20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
    21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
    22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
    23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
    24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
    25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
    26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
    27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
    28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
    29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
    30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

    Info nih dishare oleh one of my friend dalam FB. Thanx pada penulis asal.

Wednesday, September 25, 2013

WORDLESS WEDNESDAY 250913


Wajah-wajah kesayangan hamba.

Ibu sayang kakak dan adik. 

Tuesday, September 24, 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA 060913-090913

Awas! Ini adalah entri penuh dengan gambar. Sila jangan boring.

Adik Azri dalam keta. Landing baik punya.

Ibu n adik dalam bilik hotel di Senawang

Adik @ One Garden Hotel, Senawang

Suka sangat geget botol susu kakak

Toyota Raya 2013 @ Stadium Mini Tampin (ni la sebab utama Cuti2 Malaysia kali nih)

Almost 400++ biji keta yang ada

Semua jenis Toyota ada

Wajah kesayangan hamba

Time nih @McD Bandar Hilir. Baru bangun tido. Kakak n abah gi naik Menara Taming Sari

#Ikea, 090913

Kakak n adik first time naik LRT @090913

Orang KL sure tau area mana nih kan? #Sogo & #JalanTAR

Dinner @ Senawang. @NasiArabDamsyik. Nasi Arab dalam dulang. Terbaekkkk!

Wednesday, September 11, 2013

WORDLESS WEDNESDAY 110913

Cuti-cuti Malaysia 060913-090913

Perlis-Negeri Sembilan-Melaka-Kuala Lumpur-Perlis






Wednesday, August 21, 2013

SELAMAT TINGGAL KR 6699

Semalam (20 Ogos 2013), kereta biru nih telah selamat bertukar tuan. En Abu dah jual kereta kesayangan dia nih kepada orang Perlis jugak tapi dia kerja Bomba di Penang.


Betul kata orang, kadang-kadang kita terpaksa berkorban melepaskan apa yang kita sayang demi tuntutan lain yang perlu didahulukan. Aku tahu En Abu sangat berat nak lepaskan kereta biru nih kat orang lain tapi ini adalah yang terbaik buat kami pada masa ni. KR nih dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun kereta lama, tapi conditionnya adalah tiptop. Sampaikan owner baru tu tak cakap banyak masa nak beli KR. Terus dia setuju.

Aku pun sebak juga bila serah kereta biru nih kat owner baru coz banyak kenangan dengan KR nih. Kenangan zaman bercinta dulu. Kereta ni la yang bawak aku dgn En Abu ke sana ke mari. Kereta biru nih jugak dah sampai ke Melaka masa aku belajar kat sana dulu. 


Tapi sesungguhnya setiap ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Insyaallah kami sedang menunggu sesuatu yang lebih besar dan luas. Terima kasih abang sebab berkorban untuk kami.

pssst: terasa sebak la pulak bila taip entri nih. 
Related Posts with Thumbnails