ALhamdulillah malam sabtu lepas kami suami isteri selamat mengadakan jamuan keluarga sempena ulangtahun ayra yang ketiga. Keluarga dan jiran terdekat ja diundang. Kenduri besday ja, kalau kenduri kawen anak dara aku nih, insyaallah ramai2 semua aku jemput ekk...
Birthday girl kemain lagi posing kat kek besday dia yang dibuat khas oleh ibu tersayang, aku ler tu.
Pose lagi, siap2 nganga mulut. Dah tak sabaq nak makan kek ka?
Family potret. Sebelum tetamu sampai, kami pose dulu.
Simple deco dan meja kek dan menu utama (bihun goreng). Selain tu aku buat popia crabstick+sos cili mayonis, puding cocktail, mama aku buat pulut seri kaya, MIL buat kuih lompang dan pizza. Jajan, kacang, coklat, jelly pun ada utk kanak2. Buah oren pelengkap rasa. Sirap dan teh panas penghilang dahaga. Meja menu lain aku ada snap tapi tak sure apsal tak lekat dlm memori card.
Mama dan mami (mak sedara aku merangkap kakak mama yang baru sampai dari kelantan) attend konvo sepupu aku di PTSS.
Abah ayra sedang khusyu' jadi khalifah doa selamat.
Birthday girl dan sepupu-sepapatnya yang seronok dapat topeng zorro, topi besday dan tiup2 pettttt (aku tatau apa nama benda tu, yang bila tiup buka gulung then bunyi pettttt). Dari kiri, ayish (anak adik aku), ayra, marissa dan maisara (anak SIL).
SIL dan BIL aku sedang menikmati makanan yang ada.
SILs aku, T dan Fiza (dok sarat bawak perut, insyaallah due date bulan depan).
Tak banyak gambaq sebab takdak sapa pegang kamera. Semua sibuk melayan tetamu plus makan2. Yang ada nih pun aku curi2 ambik. Gambar potong kek pun takleh nak amik sebab birthday sangat excited tengok orang ramai kat rumah dia, so dia cuma layan kawan2 dan asyik main sampai basah baju dek peluh. Aku biarkan ja dia main, kan malam tu hari dia. Bila orang dah balik, salin baju, terus terleleh sebab letih sangat main.
Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun menu yang teramat simple. TQ pada yang sudi datang. Insyaallah tahun depan kita jumpa lagi.