Friday, October 30, 2009

@ THISTLE BEACH RESORT, PD

Isnin dan Selasa lepas (26-27 Okt) aku kena attend conference kat PD...
Alang2 nak ke sana sorang, baik gi satu family...
Sambil2 tu bleh bercuti...
Conference tu buat kat Thistle Beach resort, PD...
Kami bertiga pun stay kat situ jugak...
Senang aku nak ulang-alik tgk cik kecik tu kalau ada apa2 hal...

Thistle nih best jugak...
View dari bilik kami cantik, nampak pool dan beach...
Bila petang nampak sunset, sambil relaks2 kat beranda...
Cik kecik tu yang paling suka...
Sesampai ja kat bilik, trus di jelajahnya seluruh bilik tu...

Isnin, lepas breakfast kami round sekitar Thistle...
Terus sampai ke pantai...
Time nih ayra suka sangat...
Takmo orang pegang tgn dia langsung, nak jalan sendiri...
Bleh le jalan sendiri, berlari2 sebab rumput dia cantik...
Jatuh pun confirm x sakit...





Enjoy sangat holiday kali nih...
Insyaallah ada rezeki lain kali nak bercuti lagi sekeluarga...

JUNDECO STICKERS CONTEST

Mombloggersplanet dan Jundeco Stickers buat satu contest...
Jundeco Sticker Contest!



Hadiahnya adalah:

1x First PrizeRM100 worth of stickers

1x Second PrizeRM80 worth of stickers

1x Third PrizeRM60 worth of stickers

Contest nih akan berlangsng sehingga 31 oktober 2009...

Aku rasa contest nih amat bersesuaian dgn jiwa aku yang amat sukan seni hiasan rumah...
Dan rumah sewa aku skrg nih pun dindingnya pun mcm kosong ja...
So, teringin jugak nak deco dinding putih kat rumah tu dgn stiker yang lawa2 mcm yang ada kat Jundeco Sticker tu...
Harapnya dgn terjoinnya contest nih, ada rezeki ler aku menang n bleh ler beli stiker yang menjadi pujaan hatiku...

Nak tengok tak mana satu menjadi idaman kalbu?

Sekuntum ros merah...
Mestilah ros kan, dah nama pun ros...
Tapi sebenarnya dah lama aku nak beli painting atau gambar kelopak ros merah yang besar mcm nih...
Errmmmm, plannya nak letak kat dalam master bedroom...
Bagi nampak suasana romantik sket... *wink*
Biar panas membara...


Thursday, October 29, 2009

AYRA @ ZOO MELAKA

Dah lama berhajat nak bawak ayra masuk Zoo Melaka...
Masa gi melaka bulan jun aritu x dpt masuk sebab ari ujan...
Kali nih alhamdulillah, cuaca amat mengizinkan....

Ayra memang teruja tgk binatang2 kat situ...
Tapi ada satu cerita lawak yang jadi...
Masa kat kandang hyppo...
Dalam kandang tu ada 2,3 ekor hyppo...
Salah sekor hyppo tu dok lenggang kangkung berjln ke arah en abu yg dok dukung ayra...
Ayra nangis, takut...
Dia ingat hyppo tu nak p kat dia...
Padahalnya hyppo tu dok dlm kandang, mana bleh kluar...
Rasanya dia takut sebab hyppo tu besar sgt, besar sket dr gajah...


Dan dalam byk2 binatang kat Zoo Melaka tu...
Ada sekor burung amat menarik perhatian ku...
Kalau tak salah, namanya Burung Enggang Jambul Putih...
Burung tu ada rambut punk kaler putih, ekor panjang kaler putih, bulu mata 'palsu' yang lentik kaler putih dan burung nih ber'eye' shadow biru...
Lawa kan....
Itulah kebesaran Allah swt...

Dan inilah budak yang keletihan lepas round Zoo Melaka...
Sampai kat car park, naik keta trus isap nenen....
Trus tidoq ternganga...


BABY WID & BABY ANIS

First of all nak mintak maaf kat anis and wid sebab lambat gi tgk baby korang...
Almaklumlah, perlis nak ke Ipoh dan Melaka bukannya dekat...
Kalau dekat dah lama kak ros gi...

Alhamdulillah, ada jugak peluang jumpa wid, anis dan jugak baby masing2...
Sambil nyelam minum air...
Sambil nak ke conference, sambil tengok anak2 kawan2...

On the way ke Melaka, singgah Ipoh tengok Nur Aisya' Wajha...
Anaknya wid (yang aku penah ceta pasal first baby dia yg meninggal dulu tu)...
Tembam btol si Aisya' nih...
Ibunya pun sama naik bolat...
Wid, diet sket...
Background gambar yg colourful tu kat rumah wid yg bakal dijadikan taska...

Sebelom ke PD, kat Melaka gi tengok baby Khayra Amani...
Anak kepada ex-coursemates aku, Anis & Kiyai....
Khayra nih sebijik muka ummi dia...
Tak nampak lagi iras ayah nya...
Kecik comel jer...
To Anis, selamat me'BF' Khayra Amani...
Semoga sampai umur dia 2 tahun...
Insyaallah...


OLE-OLE DARI SABAH

Nih cerita basi tapi tak dan nak story kat sini...
2 minggu lepas en abu telah di hantar oleh bossnya ke Sabah...
Untuk attend course kat sana bah....
Tarikhnya adalah sama dgn tarikh aku kena attend I.COMM.S kat Bay.view Beach Resort, Penang...
Mulanya dah plan kami 3 beranak nak gi bercuti kat penang sambil aku attend conference tu...
Tapi terpaksa dibatalkan dan akhirnya aku sorang ke penang...
En abu ke Sabah dan cik kecik tinggal dgn mama tok kat jitra...

Nak tau tak apa en abu bwk balik dari negeri di bwh bayu???
Satu kotak ole-ole di bwk balik...

Nih kuih cincin dan keropok pelang-pelang...
(kredit to k.rina, sebab terbaca kat blog dia baru teringat 2-2 benda nih)


Harus ada, fridge magnet...


Dan jugak.... mutiara sabah...
Yang dlm kotak merah tu dan tentu2 utk aku kan, gelang n rantai...
Yang kotak itam besar tu, gelang2 pelbagai saiz utk anak dara sorang tu...
Kotak itam kecik tu, butang baju melayu utk tuan yg membeli...

Dan tuan yg membeli jugak dah rembat selai t-shirt sabah yg bertulisan emas...
Cantik tapi lupa nak ambik gambaq....

Tima kasih abang...
Susah-susah ja beli banyak2 nih...
Orang dah beli, ambik je la...
Rezeki jangan ditolak.... kan???

Saturday, October 24, 2009

..::LEMARIUMMI COLLECTION (LUC) GIVEAWAY ::..

Sticky mode sampai 24 oktober 2009....
Sila scroll ke bwh utk entri terbaru...


Lemari Ummi Collections buat giveaway...
Hadiahnya berupa Tudung Dezahra...
Ala, tudung yg macam selebriti TV dan artis bertudung pakai tu...
Aku nak beli sendiri tudung nih idak ler mampu...
So, harap2 dapat tuah ler join giveaway nih...
Lagipun skrg nih mmg aku pakai tudung2 jenis dan seumpamanya nih ja...
Tapi takdak la yang mahai2 mcm Tudung Dezahra nih...
Tudung bawalku semua terlipat rapi dalam gobok buruk ke...
Lagipun, susah pakai tudung berbrooch bagai bila ada anak kecik nih...
Ayra penah sekali tercalar pipi gara2 dia gi sapu pipinya kat brooch aku...
Lepas tu trus tersimpan rapi tudung bawal n brooch2 tu semua...
So, kepada hubby tunya punya blog yg buat giveaway nih, nanti pilih la nama saya ya...
Sekian...

Friday, October 23, 2009

SAY GUDBYE TO BUKUMUKA

Helloooo, helloooo......

Dear all,

Untuk makluman semua, FB di Kluster Uni.MAP telah diblock... (tak pasti samada akan diblock sementara atau sampai bila2)...
So, aku tak dapek la nak menjenguk dan mengupdet FB ku lagik...
Walau bagaimanapun, aku masih dapat mengupdate status FB ku melalui sms Celcom pakai henfon antik ku ini... (Kalau henfon canggih mesti aku bleh layan FB kat mana2 pun kan)...
Kat rumah pulak xdak internet, disebabkan ketidakmampuan ku utk melanggani sebarang strimik atau brukband...
Sekian harap maklum....

*Gambar hiasan adalah cik kecik masa umor 4 1/2 bulan... Dah pandai nak gayut tepon...
Gambar ihsan dari henfon antik en abu...

Tuesday, October 20, 2009

ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL

Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kirA

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Peserta yang terpilih dari blog ini adalah:

Nama: Mya Adzra Zuhayra binti Mohd Abu Zar

Umur: 1 thn 5 bulan++ (DOB 4 Mei 2008)

Jom kita tengok gambar2 senyum ayra yg comey2...





Wish us best of luck ya!!!!

Friday, October 09, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Ometomei buat contest sempena Ulangtahun Pertama puteri kesayangannya, Nur Aqilah Insyirah pada 23 oktober nih...

Tarikh contest 6 hingga 31 Oktober 2009

3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.

Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang.

Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.

Dan gambar yg dah terpilih adalah:

Nama baby: Mya Adzra Zuhayra binti Mohd Abu Zar

Umur baby: 1 tahun 5 bulan 5 hari (DOB 4 Mei 2008)

Pendapat saya tentang penggunaan walker nih ada kebaikan dan keburukannya. Tapi kebaikannya lebih byk daripada keburukan.

Kebaikan walker adalah seperti berikut:
1. Bagus untuk melatih baby berjalan.
2. Merangsang pergerakan kaki dan tangan bayi, cthnya kaki berjln dan tgn bermain toys yg biasanya ada di walker.
3. Melatih baby berdikari maksudnya tak bergantung kepada orang lain utk bergerak.
4. Memudahkan para ibu membuat kerja terutamanya ketika takdak org lain kat rumah.

Keburukannya pulak:
Walker ada objek yang ringan, mudah terbalik. Oleh itu pengawasan org dewasa amat perlu semasa baby kita menaiki walker.


Thursday, October 08, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Excited nak join contest nih sebab hadiah2 yang ditawarkan amat menarik...


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A

Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Nama baby: Mya Adzra Zuhayra binti Mohd Abu Zar

Umur : 1 tahun 5 bulan (DOB 4th may 2008)

Tak banyak pilihan gambar ayra masa raya lepas, sebabnya kebanyakan gambar dia mesti tunjuk ke arah kamera...
takdak satu pun yang fotogedik...
apa pun, kalau ada rezeki ayra, alhamdulillah.... bersyukur....

GAMBAR-GAMBAR LAMA

Untuk sesiapa yg rajin, layan ler gambar2 lama berdua sebelum kawen dan sebelum kelahiran cahayatamata kami...

Intro: Nih kat bukit Statdhuys, Banda Hilir Melaka... Zaman aku blaja dulu...

1. Gambar tahun 2006, masa nih dah tunang. Kat umbai, gathering dgn kengkwn before konvo..

2. Masih dlm mood honeymoon, kat bukit merah...Mei 2007...

3. Kat KLCC, April 2007...

4. Kat jelebu, akad nikah wid dan ejam. April 2007...

5. Wedding my SIL, Jun 2007...

6. Kat rumah Pakcik en abu di KL, baru balik dari IIUM Kuantan, antar SIL... Jun 2007...

7. Raya 2007... Masa nih tengah morning sickness tu yg muka lain mcm jer...

8. Raya 2007, baru lega pening2 terus ambik gambar....

9. Raya haji 2007, Disember 2007... Atas feri ke Pulau Pinang...

Tuesday, October 06, 2009

1ST TIME AYRA MAIN BUNGA API

Jom tengok gelagat cik kecik yang pertama kali tengok dan main bunga api...
Diam ja dok atas riba, ikut ja apa org buat kat dia...
Agak pelik jugak tengok muka dia masa memula tengok bunga api tu menyala...
Lokasi kejadian di rumah mama tok ayra pada hari raya ke-14...
Tok ayah yg belikan bunga api...


Nak tau tak sapa yang dok melayan cik kecik tu main bunga api....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Dan mereka adalah mama tok dan che su ayra....

Related Posts with Thumbnails