Membazir tu amalan syaitan kan? Sebab tu aku tak suka membazir dan selalunya aku akan cuba sedaya upaya mengabihkan makanan yang ada tanpa dibuang walau sket pun. Sebagai contoh yang mudah, roti kalau tak abis dimakan akan aku buat puding roti. For sure akan habis sebab itu feveret aku. tapi kalau selalu makan benda yang sama, boring jugak kan?
Sesekali nak jugak berubah angin. Apa kata kita pandang ke timur. Hehehe, ikut seruan che det la. Dari bread pudding (western style) kepada bread sushi (eastern style). Sushi jepun aku memang tak makan. Entah, tak kena dengan tekak aku la rasanya. Especially yang half-cooked atau mentah trus. Bahan-bahan dalam gulung sushi roti tu letak je apa yang sesuai yang ada dalam esbok tu.
So, sila menjamu mata la sushi roti yang aku buat 2-3 ari lepas. Dicicah dengan adik kepada 'sos wasabe', iaitu campuran sos cili+sos tomato+mayonis. Terangkat! Kalau ada seaweed lagi real sushi.
Senang je caranya, korang canai roti sampai nipis. Then, susun la apa saja yang korang nak letak. Aku letak, cheese (chesdale), hotdog yang dibelah 2, crabstick dan carrot yang direbus. Gulung Dengan ketat then korang gamkan dengan gam tepung (tepung gandum+air, pekat). Ini untuk mengelakkan dari gulungan roti tu terbuka. Siap! Pasti ramai yang suka sebab lain dari biasa.
salam pagi jumaat.
ReplyDeletenanti leh terai resepi nie
@atty's
ReplyDeletesalam atty... cubalah, senang dan sedap..