Friday, January 28, 2011

TESTING BLACKQUOTE

Blogwalking kt blog ibudalila nih, dan dah lama perasan yang dia guna blackquote. Dia jugak ada buat tutorial camana nak buat blackquote.

So, aku pun try la.

Dan hasilnya adalah:

IBU SAYANG ABAH

ABAH SAYANG IBU

IBU DAN ABAH SAYANG AYRA

I LOVE MY FAMILY SO MUCH!


EN ABU MENANG CONSO PRIZE CAKE MOMENT CONTEST

Buat pertama kalinya, en abu menang contest. Tapi bukan dia yang join. Aku yang join cuma aku letak gambar dia untuk Cake Moment Contest oleh Reza-Nani-Delite. Alhamdulillah, tahniah abang. Hehehe, sebelum nih dok join contest yang pakai gambar ayra or gambar aku ja. Kalau ada gambar en abu pun bukan yang solo tapi kekdg dgn ayra atau dengan aku. En abu nih ada ong kot. Pasnih bleh la join contest pastu letak gambar en abu bebyk. Hehehe eksploitasi apa yang ada.
Walaupun sekadar saguhati, tetap menang jugak kan. Tahniah jugak buat pemenang lain especially nad (sebab gambar papa zakwan menang), eb (aerish menang), ann hati berbunga (ayra dia menang). Tima kasih byk2 buat Reza-Nani Delite!

Klik SINI untuk 3 pemenang utama kategori kanak-kanak.

Klik SINI untuk 3 pemenang saguhati kategori kanak-kanak.

Klik SINI untuk 3 pemenang utama kategori dewasa.

Klik SINI untuk 3 pemenang saguhati kategori dewasa.

pssst: kemenangan ke-8 utk jan 2011

HADIAH GIVEAWAY HANYA UNTUK KAMI DAH SAMPAI!

Terima kasih izan cute aka mummychacha! Hadiah yang awak pos dah selamat sampai ke tangan saya 2-3 hari lepas. Macam yang saya SMS aritu. Cuma lambat post kat blog disebab oleh masalah INI.

Dan isi sampul pos ekspres kat atas tu adalah yang di bawah nih.

Frame gambar 5R dan satu brooch merah yang comel. Makasih izan.

Thursday, January 27, 2011

"HEEL" : HADIAH UNTUK PESERTA TEKA-TEKI TEKA-TEKUK @CERITA-CERITI IBU AYRA

Memula nak mintak maaf buat semua peserta yang join Teka-Teki Teka-Tekuk @Cerita-Ceriti Ibu Ayra merangkap yang akan menerima hadiah comel dari aku sebab urusan hadiah yang blom selesai. Buat makluman korang, aku dah beli hadiahnya dan korang semua akan menerima 'kasut tinggi'.
Amacam? Korang suka tak? Haaa! ada yang tak pakai heels? Alamak, macam mana nih? Aku dah beli heels untuk korang. Aiseymen.... Hmmmm......

Hehehehe, actually aku dah belikan heels yang semua orang boleh pakai. Tak kira yang suka pakai 'heels' atau tak. Sebenarnya, aku dah belikan korang keychain berbentuk 'heels' untuk kesepuluh peserta yang bertuah tu. Dan keychain yang akan korang dapat adalah seperti di bawah.

Amacam? ok tak? Hadiah kecik comey je tapi yang penting ikhlas dari aku. Aku pilih keychain nih sebab korang boleh letak kat kunci rumah/kunci kereta/kunci ofis atau apa2 saja kunci dan keychain nih akan ikut korang ke mana saja. Dan aku harap bila korang tengok keychain nih, korang akan ingat aku.

Warna korang takleh pilih sebab aku akan letak dalam envelope secara random. Dan bagi aku sket masa untuk proses pengeposan. Harap korang suka. Sebab aku sangat suka!

Nak tengok sapa yang akan dapat heels comey kat atas tu? Klik SINI.

pssst: kalau korang perasan kat gambar keychain tu, ada lebih dari 10. Aku plan nak buat satu GA yang simple. Ada sesapa nak join ke?

Monday, January 24, 2011

CAKAP TAK SERUPA BIKIN LA BERUK... NIH!

Lately aku dan en abu hairan, apasal la line internet kat rumah kitorang nih lembab sangat. Masing2 dok buat macam2 andaian. Line sibuk la sebab makin ramai orang guna, line tak ok la dan macam2 lagik.

Sampai la kami dapat SMS (dalam kotak merah) kat bawah. Rupa-rupanya line internet kami dah disekat atau lebih tepat lagi, dicontrol oleh Celcom sebab penggunaan dah melebihi 5GB. Dah setahun pakai berukben nih, nih la pertama kali jadi benda macam nih. Rasanya kami guna lebih kurang sama ja setiap bulan.

Aritu masa register org Celcom kata unlimited tapi nih lain plak. Cakap tak serupa bikin. Ada orang kata tu la marketing strategi. Apa kes plak macam nih punya marketing strategi. Tension sangat. Try buka website Celcom dan cuba tengok dalam kotak merah kat bawah nih plak. Plan tu yang aku ambik. So far memang takdak masalah, line pun laju macam yang RM98 punya.
Dulu volume quota tu takdak pun, tetiba ada volume quota plak. Ishhhh, line internet dah jadi lembap selembap2nya. Kalau nak laju, depa suh tambah volume. Betoi2 cakap tak serupa bikin. Nak buka satu2 web, 5 minit pun tak tentu bleh buka. Dulu 5 saat ja dah buka. Nak join contest, giveaway pun takleh. Apatah lagi nak apdet blogdan blogwalking, mau berjanggut menunggu. Nak siapkan entri geram nih pun hampir setgh jam dok tunggu upload 2 keping gambaq tu. Letih aa macam nih.

pssst: ada tak sesapa staff celcom? bleh tolong explain tak kes nih...?

Friday, January 21, 2011

SURAT KENA CEROBOH LAGIK!!!

Hadiah Contest CCK - Hitam itu menawan dah selamat sampai ke tangan aku iaitu FM dari Cameron Highland.
Dan jugak Koleksi Setem korporat sempena sambutan Jubli Intan TLDM yang di'giveaway' oleh Keyphochee yang komen di entri beliau jugak telah aku terima sekali dengan FM CH tu. Rasanya sempat lagi kalau korang nak join. Tapi di sebalik hadiah2 nih ada satu cerita yang tak berapa best.

Seperti yang aku ceritakan di sini. Surat ku diceroboh lagik. Geram!!!!!

Buktinya adalah seperti dalam gambar di atas. Korang tengok kat bahagian bawah sebelah kanan. Nampak kan? Dah terang lagi bersuluh. Apsal diorang buat gitu? Setem dah RM1.20, parcel nih bukannya berat sangat pun. Nasib baik takdak apa yang hilang.

Tutup cerita tu. Aku nak ucapkan terima kasih bebyk kat Keyphochee yang susah payah antar hadiah2 tu. Terima kasih daun keladi, kalau ada bagi lagi.

PUDING LAICI

Time panas-panas nih macam nih memang best kan kalau bleh makan dessert. Bukan desert tau tapi dessert. Especially yang disimpan dalam esbok bagi sejuk. Perrggghhhh, memang nikmat.

Few days ago aku buat puding laici. Resipi tak follow memanag. Ikut suka hati aku, agak2 ok masuk ja. Bahan2 cuma 10g serbuk agar2, air, setin laici in syrup, setin susu cair, gula. Itu saja. Siap.

Saja aku buat lembik sket, ala2 taufu fa. Bila nak makan kena cedok, licin ja masuk ke dalam tekak. 2, 3 hari simpan dalam esbok, dia akan jadi berair. Lagi sedap bila makan time tu.

SCRAMBLE + SOSEJ & CHEESE

Sesekali nak jadi omputih walaupun sedar yang kulit nih tak berapa nak macam omputih. Tambah2 bila kat rumah cuma tinggal berdua dengan si ayra. Time tu keluar idea yang bukan nak 'edit' atau 'modify ' makanan. Time abahnya ada pun ada jugak buat kerja gitu tapi bila berdua dengan anak, ikut suka hati aku la nak makan apa kan. Si anak ikut ja apa yang ibunya makan.

Kat atas tu adalah dinner aku n ayra dua hari lepas. Scramble egg (telur+susu segar yang digoreng hancur) dan sosej yang digoreng dan ditaruk keju kat atas. Burrrppp, kenyang alhamdulillah.

pssst: sesekali entry ceta ntahapaapa yang keluar.

Wednesday, January 19, 2011

LEGGING MINNIE FROM HK DAH SAMPAI TAPI....

Aritu aku ada post entri pasal kemenangan di blog Hana Kirana (HK) kan? Ala, My Girl Want This Skirt Giveaway tu. Dan kat bawah nih la skirtnya. Legging skirt minnie mouse yang so adorable. Dah selamat sampai ke tangan peserta bertuah iaitu aku, hehehe...

Tapi ada sket cerita tak best bila terima saja skirt legging tu. Bungkusan berisi skirt tu dah 'diceroboh', dirosakkan tanpa izin. Tak pasti la nih keja abg posmen ataupun staf kat PO. Kat bawah nih bukti bungkusan aku diceroboh. Korang nampak kan? Nih first time jadi kat aku. Sebelom nih aku penah baca kat blog ifa tiefazatie, banyak kali jugak jadi kat dia benda nih. Apa komen korang hal nih?

Tapi dalam bungkusan tu ada satu pengubat kesedihan@kemarahan aku. Penganjur contest aka HK baik hati coz bagi hadiah iringan seperti di bawah iaitu sekeping kad yang cute dan satu keychain love yang chomel. Pakai printed felt lagik.

Buka jer bungkusan tu, tuan empunya skirt dah tau itu dia punya. Dan-dan la tu jugak mintak nak pakai. Apa lagi, terus pakai dan terus suruh ibu ambik gambaq dia. Posing wajib ('peace') harus ada.

Posing yang sama cuma lokasi berbeza.

Terima kasih buat Hana Kirana.

Tuesday, January 18, 2011

BOOKMARK COMEL FROM ZUNETA DAH SAMPAI

Alhamdulillah, bookmark yang aku menang GA Zuneta Card Craft dah selamat sampai ke tangan aku tengahari tadi. Memang comel, sweet sangat. Yang penting menepati permintaan aku yang nak kan bookmark yang ada roses pink & red, loves dan butterfly.

Nih la bookmark comel itu. Comel kan?

Zuneta pun ada buat special entry utk bookmark nih. Klik SINI kalau korang nak baca. Kalau berkenan, boleh terus order.

ME WON GA HANYA UNTUK KAMU BY MUMMYCHACHA

Patut la gatal tangan kanan nih semalam. Rupanya nak dapat hadiah. Alhamdulillah, aku menang cabutan bertuah GA hanya untuk kami by mummychacha @ izan cute (memang cute pun). Tima kasih Putri Fasya Amanina yang cabut nama aunty.

Hadiah yang bakal aku dapat adalah frame gambar dan brooch, seperti di bawah tapi tak sure mana satu yang akan menjadi milik aku. Tak kisah lah, aku terima seadanya.

Tahnah jugak buat pemenang yang lain especially cikpuanhady. Banyak jugak awak menang GA/contest ek. Tahniah.

Buat izan yang cute, tima kasih daun keladi. Nanti kalau buat GA, jangan lupa jemput nanti.

Klik SINI untuk entri penuh tentang pemenang.

psssst: nih kemenangan ke-7 utk jan 2011


Monday, January 17, 2011

AYRA SUKA POSE DALAM 'CAR' DENGAN SUNGLASS

Lately, kalau naik kereta ayra terus cakap

" Ayra hot, nak pakai spek"

Sambil ambik spek mata itamku dalam kotak di tgh antara dua seat depan. Then trus dia pakai.

"Ibu, ambik gambaq ayra ibu..."

Sambil tersenyum sengih sampai telingan dan kekadang buat 'peace'. Macam kat bawah nih.

Macam2 gaya, kekadang macam nih.

Tak buat 'peace' pun ada. Ala2 kontrol ayu gitu.

Pastu sambung buat 'peace' lagik.

Dan lagik.

Sampai la aku kata...

" Dah la, tengok depan nanti ayra pening. Dok diam2 ok..."

Kekadang dia ikut kekadang suh ambik lagi gambaq dia. Hmmm, macam2 ragam la pengarang jantung sorang.

pssst: time nak naik keta sekarang kena ikut arahan. ayra dok depan, ibu dok belakang. itulah budak2 zaman sekarang.

Saturday, January 15, 2011

BUSHA LEGGING - RM 8 SAHAJA (SOLD OUT)


2 pcs Busha Legging (saiz 95) untuk dijual.

Sesuai untuk kanak-kanak 1-2 tahun.

RM 8/pcs
(both untuk RM15)

exclude postage

email me: rosrusli@gmail.com

Sapa cepat dia dapat!


MENANG SAGUHATI CROYDON BABY BOY GIVEAWAY

Alhamdulillah. Tadi dapat komen di entri nih dari Afidah Arif. Dia bagitau yang aku menang Croydon Baby Boy Giveaway yang dia buat. Jenguk entri announce pemenang, aku dapat saguhati. Syukur sesangat. Walaupun sekadar saguhati, aku happy.

Tahniah jugak buat pemenang yang lain. Terima kasih buat Afidah, agak2 apa hadiah untuk ros ekk? Apa pun ros terima seadanya.

Klik SINI untuk entri penuh tentang pemenang GA nih.

pssst: utk rekod, nih kemenangan ke-6 utk jan 2011


Thursday, January 13, 2011

BILA AYRA JUMPA HADIAH IBU

Macam nih la jadinya. Bergaya, posing sana, posing sini...

Mula2, ikata tudung gaya 'mak itik' (atau ikatan cikgu bedah dalam adik manja). Control senyum.

Ok, 1 2 3... tersengih sampai ke telinga.

Kita baring plak... Peace!
Ikatan 'selendang pusing-memusing' plak... Senget kepala sket...Adeiii sakit pinggang plak...

Gaya senyum terkontrol...

2 x peace...

Last but not least, ibu jangan marah tau.... hehehehe.

Shawl polka dot tu adalah hadiah dari Nini D atas kemenangan aku dalam GA blog teman udah setahun. Sampai ke tangan aku hari isnin lepas. Makaseh bebanyak ye.

Wednesday, January 12, 2011

MENANG MY GIRL WANT THIS SKIRT GIVEAWAY

Alhamdulillah rezeki datang lagi. Aku menang My Girl Want This Skirt GA by Hana Kirana.

Dan hadiahnya adalah skirt comel seperti di bawah. Rezeki ayra nak bergaya dgn skirt comel tu. Ayra said, "Tima kasih aunty Hana Kirana."

Tahniah jugak untuk pemenang lain.

Klik sini untuk entri penuh pemenang GA nih.

pssst: untuk rekod, kemenangan ke-5 utk jan 2011

Related Posts with Thumbnails