Friday, May 28, 2010

BREAKFAST ON PUBLIC HOLIDAY

Selamat bercuti buat semua terutama negeri-negeri selain kedah, kelantan dan terengganu. Sebab ke3-3 negeri tu dah memang bercuti di hari jumaat.

Hari nih terlebih rajin, so terjadi la 2 resipi yang sedap tapi sgt senang dibuat nih sebagai hidangan breakfast kami 3 beranak.

Maggi goreng, pizza roti dan nescafe panas. Sungguh membuka selera. 3 bungkus maggi goreng dah selamat dimakan sampai ke tengahari. Pizza Roti mmg sedap. Nak resipi?

Maggi goreng

Bahan-bahan:
3 bungkus maggi (lebih sedap perisa kari pedas, direbus dan ditos)
2 paket perencah maggi kari (dibancuh dgn sedikit air)
1 biji bwg besar (dihiris)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
sedikit hirisan kobis

Cara membuat:
1. Tumiskan bwg besar hingga layu. Ketepikan di tepi kuali
2. Pecahkan telur di tgh2 kuali. Bila agak masak baru disatukan dgn bwg besar tadi.
3. Masukkan perencah maggi kari, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap pekat, kicap manis dan gula. Biar kan seketika.
4. Masukkan hirisan kobis. Bila agak layu, masukkan maggi yang sudah direbus tadi.
5. Biarkan semua rencah meresap ke dalam maggi dan siap.

Pizza Roti

Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 sudu besar sos tomato*}
2 sudu besar sos cili*} disatukan
2 keping hotdog (dihiris menyerong dan nipis)
1 keping cheesedale cheese (dikoyak kecil)
Butter

Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
2. Sapu butter pada roti. Sapu campuran sos tadi dan susun hirisan hotdog.
3. Taburkan dengan cheese.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga cheese cair. Siap.

*** Boleh juga kalau nak letak tuna ke, capsicum ke atau apa saja ikut citarasa sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

  1. kak suzi bakaq roti sapu peanutbutter ja pagi ni

    ReplyDelete
  2. @MAMASYAZA

    sedap jugak tu kak suzi...tapi en abu tak minat peanut butter...kalau roti bakar selalu sapu kaya atau choc spread...

    ReplyDelete
  3. erm..idea menarik..rajin2 nanti nazz cuba resipi tu..tunjuk skil skit kat mak..huhuhu

    ReplyDelete
  4. @Nazz@Purple

    cubalah buat nazz...mak mesti suka espcially bila anak dia masak... menu simple tapi sedap... gudluck ya ;-)

    ReplyDelete
  5. waa...sedap..sedap..bila nak jadi jiran sebelah umah I ni?

    ReplyDelete
  6. @mela

    akka bila nak mai dok umah sebelah umah kak ros? hihihihi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails