Tuesday, May 25, 2010

SELAMAT BELAJAR CIK SU

Weekend baru nih kami (aku 3 beranak, abg ngah 3 beranak, mama 3 beranak) gi KL. Bukan gi jalan2 makan angin tapi gi antar cik su nana (adik bongsuku) daftar di Pusat Asasi IIUM, PJ. Kami konvoi 2 buah kereta. Kat sana stay umah cik esah (mak sedara aku) kat Damansara Utama. Dekat je dgn Pusat Asasi IIUM tu.

Nih first time cik su berenggang dengan mama. Dia tak penah stay kat hostel. Tatau la mcm mana adegan drama swasta antara dua beranak tu. Yang pasti adegan nangis-nangis sure ada. Aku, en abu n ayra terpaksa balik hari ahad walaupun plan awal nak stay sampai isnin dan nak gerak balik sekali. Semua nih sebab en abu kena attend meeting yang tak bleh digantikan dgn org lain. Alhamdulillah, selamat sampai di kangar pukul 1.30am, isnin.

To cik su nana, selamat belajar. Semoga akan lulus cemerlang dan menjadi graduan IIUM. Mudah-mudahan akan menjadi lawyer syariah yang berjaya satu hari nanti. Doa along, mama dan kami sekeluarga sentiasa mengiringi nana. All the best dear sis!
(dalam gambar tu cik su nana bertudung putih di belakang ayra)

pssst: rambut depan anak dara ku itu dah hampir tutup mata. Kena jadi hair stylist nampaknya ptg nih. Cepat panjang btol rambut depan tu.

2 comments:

  1. cik su amek course ape? law ek?
    sama la ngan sepupu saya..
    ntah2 diorg dh jd kawan skrg..hehe :)

    ReplyDelete
  2. @Nad a.k.a MamaZakwan

    a'ah cik su amek law... Agaknya kot, tapi skarang orientasi kan? btw, sepupu awak nama apa n org mana?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails