Monday, May 10, 2010

PUDING VANILLA FLAN

Mungkin ada perasan bahawasanya gambaq di bawah pernah aku letak dalam entri family party, birthday ayra nih. Dan sebab tu jugak, gambaq nih dimasukkan semula atas permintaan nieda yang nak resipi puding nih.

Buat nieda, dan yang lain2 selamat mencuba ya...

Puding Vanilla Flan

Bahan2:
1 paket serbuk vanilla flan (150g)
1 kotak susu segar (1L)
1 tin buah peach hiris
1 kotak jelly nona (perisa oren)
400ml air

Cara membuat:
1. Serbuk vanilla flan sibancuh dengan sedikit susu (sebahagian dari 1L susu itu).
2. Baki susu dipanaskan, dan serbuk vanilla yang telah dilarutkan dalam susu tadi jugak dimasukkan sekali dan dipanaskan. Sentiasa kacau dgn api yg sederhana.
3. Bila mendidih, tuang dlm bekas dan sejukkan.
4. Bila dah sejuk, susun hirisan buah peach dan bancuhkan jelly nona perisa oren+400ml air dan dituang di atas.
5. Sejukkan kembali. Dah siap, boleh dimakan.

4 comments:

  1. kna nk resepi kuih lapis...

    ReplyDelete
  2. dah diantar melalui private msg FB...

    ReplyDelete
  3. tq..tq very much.

    ReplyDelete
  4. @nieda

    sama2 nieda...selamat mencuba!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails