Monday, May 31, 2010

JUMPA EJAN@MAMALYNA

Bila cuti sekolah pasti sinonim dengan cuti. La nih tak tunggu cuti panjang pun dah ada orang buat kenduri. Macam aku, ari sabtu lepas ja ada 2 kenduri di 2 buah negeri yang berbeza. 1 di kedah, 1 di perlis. Hehehe, macam la jauh sangat, tak sampai sejam pun perjalanan.

Tapi kenduri yang aku attend di kedah ari sabtu lepas lain sket. Sebab kenduri tu adalah kenduri adik ipar MamaLyna. Dia jemput aku sekeluarga sambil2 kami boleh jumpa2, kenai2. Sebenarnya, husband MamaLyna tu classmate aku masa di Poli. Masa wedding depa aritu pun aku pi tapi time aku tatau pun yang MamaLyna nih jugak blogger. Dan dia pun tak perasan aku time tu, maklumlah orang jadi raja sehari memang dah tak perasan apa dah.

Nih la pengantinnya aka adik ipar MamaLyna.

Nih la dia, MamaLyna dan si comel Lyna. Sori ejan, gambaq nih ja yg ada. Digicam tu slow sket. Kalau nak candid, selalu tak jadi.

Nih plak cik Lyna kita. Memula aku nak ambik gambaq budak berdua nih (Lyna n Ayra) sebab time tu aku suh ayra hug lina. tapi memandangkan digicam aku tu dah pening, takdan nak capture saat tu. Dan hasilnya, gambaq Lyna sorang dan nampak sket kepala ayra.

Last but not least harus ada gambaq kami berdua tambah dua orang budak2 comey tu. First ayat Ejan aka MamaLyna cakap bila nampak aku "tingginya....". So, bila tengok gambaq, korang imagine la tinggi mana aku nih ye. Sila abaikan muka yg berminyak itu.

pssst: Tenkiu ejan sebab jemput kami sekeluarga. Dapat jugak kita jumpa kan. nanti jemput mai rumah kami pulak.

@ TASIK MELATI

Cuti Hari Wesak jumaat lepas tak ke mana pun, stay kat rumah ja. Lebih kurang kol 5 lebih, en abu tanya nak ikut dak dia nak pi antaq barang kat bengkel (untuk KR dia yang sedang dirawat). Aku angguk ja.

On the way ke bengkel, aku kata pasnih kita pi Tasik Melati, bleh? Plan nak bawak ayra jalan2 dan nak bawak di main kat playgorund kat situ.

Nih kat bahagian depan.

Abah n ayra mcm nak nyanyi lagu Negaraku ja.

Ayra wajib buat pose sakit gigi dia tu.


Dah puas jalan, sampai kat playground. Ayra sempat main slide 2 round ja, pastu dia tarik tgn abah dia ajak balik. Boring kot sebab ramai sangat budak2 kat situ. Dia takdak celah nak masuk.

Friday, May 28, 2010

MUFFIN OREO DAN AGAR2 SIRAP LONGAN

Pagi tadi dah makan maggi goreng n pizza roti. Untuk minum petang terpikir nak buat muffin oreo yang aku tgk kat blog izahdaut. Kebetulan semua bahan dah ada, ON ja la. Dan hasilnya agak memuaskan. Kalau tambah chopped cooking choc lagi best.

Dah lama sebenarnya nak buat pencuci mulut yang satu nih. Lagipun stok bahan utama memang dah sedia ada. Dengan keadaan arini yang agak panas, maka jadilah agar-agar sirap longan. Ishhhh, sejuk ja masuk kat tekak. Kalau makan dengan susu cair, sure lagi best.

pssst: Kalau ada request, aku akan share resipi

BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST

Sebenarnya dah lama ditag oleh ibudalila untuk join contest nih. Time ditag tu macam takdak gambaq yang sesuai nak join. Yang ada pun cuma gambaq yang diambik dgn henfon en abu (gambar last). Lagipun tengok dateline, lambat lagi. So sebab tu lambat sket nak buat entri utk contest nih. Tapi akhirnya langsai jugak hutang tag dgn min.

Kalau korang berminat nak join, klik sini.

Gambar ayra yang baru diambik hari rabu lepas time gi melawat Farysh di hospital. Selamba jer anak dara nih ambik botol susu trus naik tido atas katil hospital. Dahtu, siap bersila panggung lagi. Tergelak semua yang ada di situ masa tu.

Nama anak: Mya Adzra Zuhayra (Ayra)

Tarikh Lahir: 4 Mei 2008

Email: rosrusli[at]gmail[dot]com

Dan sebagai tambahan, gambar masa ayra berumur 3 bulan. First time dia dapat pegang botol sendiri. Time nih botol cuma diisikan dengan air masak sebab ayra fully BF sampai umur 8 bulan.

Dan yang bertuah terpilih untuk ditag ialah:

Nana aka Ibudamia

Tima kasih buat pihak penganjur:

http://nurul-ashari.blogspot.com

BREAKFAST ON PUBLIC HOLIDAY

Selamat bercuti buat semua terutama negeri-negeri selain kedah, kelantan dan terengganu. Sebab ke3-3 negeri tu dah memang bercuti di hari jumaat.

Hari nih terlebih rajin, so terjadi la 2 resipi yang sedap tapi sgt senang dibuat nih sebagai hidangan breakfast kami 3 beranak.

Maggi goreng, pizza roti dan nescafe panas. Sungguh membuka selera. 3 bungkus maggi goreng dah selamat dimakan sampai ke tengahari. Pizza Roti mmg sedap. Nak resipi?

Maggi goreng

Bahan-bahan:
3 bungkus maggi (lebih sedap perisa kari pedas, direbus dan ditos)
2 paket perencah maggi kari (dibancuh dgn sedikit air)
1 biji bwg besar (dihiris)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
sedikit hirisan kobis

Cara membuat:
1. Tumiskan bwg besar hingga layu. Ketepikan di tepi kuali
2. Pecahkan telur di tgh2 kuali. Bila agak masak baru disatukan dgn bwg besar tadi.
3. Masukkan perencah maggi kari, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap pekat, kicap manis dan gula. Biar kan seketika.
4. Masukkan hirisan kobis. Bila agak layu, masukkan maggi yang sudah direbus tadi.
5. Biarkan semua rencah meresap ke dalam maggi dan siap.

Pizza Roti

Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 sudu besar sos tomato*}
2 sudu besar sos cili*} disatukan
2 keping hotdog (dihiris menyerong dan nipis)
1 keping cheesedale cheese (dikoyak kecil)
Butter

Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
2. Sapu butter pada roti. Sapu campuran sos tadi dan susun hirisan hotdog.
3. Taburkan dengan cheese.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga cheese cair. Siap.

*** Boleh juga kalau nak letak tuna ke, capsicum ke atau apa saja ikut citarasa sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, May 27, 2010

SIMPLE MAY CONTEST FROM D.A

Berminat? Klik sini.

IBU HADIF'S GIVEAWAY "MAKAN BOLA, TIDUR BOLA"

Nak join klik sini.

CONTEST 'TIDUR PALING COMEL ' BY INFANTIAHOUSE

Presenting:

Brought to you by:

http://infantiahouse.blogspot.com

Dan peserta seterusnya ialah:

Nama: Mya Adzra Zuhayra (Ayra)

Umur : 2 tahun

Tarikh Lahir : 4 Mei 2008

Warna feveret: Pink

Gambar kat bawah nih hanya selingan. Gambar view penuh time ayra tgh tido tu. Masa yang sama dgn gambar di atas. Kaki siap silang.


Nak join jugak? Klik sini.

AYU IDRIS BIRTHDAY GIVEAWAY

Berminat? Klik sini.

DOUBLE BIRTHDAY GIVEAWAY BY LIESSA

Klik sini kalau nak join.

SEMOGA CEPAT SEMBUH, FARYSH

Aritu aku baru tulis entri pasal 1st besday farysh (anak adik aku). Dan on his besday jugak, kami ke KL coz antar cik su nana daftar kat Pusat Asasi IIUM. Sepanjang perjalanan, besday boy tu asyik cherry berry. Hampir setiap hentian di highway tu kami berenti utk cuci berry farysh. Sampai je kat damansara, umah makcik aku, badan farysh panas. Adik aku trus bawak dia gi klinik, doc kata suhu bdn dia dah 39 darjah celcius. Doc masukkan ubat ikut bontot. Pastu nampak farysh mcm dah ok sket tapi mlm tu dia tak lena termasuk la ibu n ayah dia jugak tak lena. So, jadinya diorang tak gi antar cik su, diorang just stay kat rumah.

Walaupun suhu badan dah turun, farysh tetap cherry berry lagi. Dalam masa 1 1/2 hari, dah 15kpg pampers. Malam kedua kat damansara, adik aku bawak farysh ke Hospital Universiti. DOc suruh admit tapi bila diterangkan yang diorang bukan stay kat situ dan esoknya dah nak balik kedah, doc lepaskan. Tapi doc siap bagi surat utk refer ke hospital di Kedah.

Bila sampai di rumah ari selasa, cherry berry dah ok, badan pun tak panas dah. Farysh pun nampak macam dah ok so ayah dia tak bawak ke hospital. Lagipun doc pesan suh bwk ke hospital kalau dia masih demam n cherry berry dia berlarutan.

Tengahari semalam, cherry berry dia kembali dan suhu badan pun naik. Kali nih poo farysh beserta dgn darah sket. Ayah farysh takdak time tu, sebab dah start keja balik lepas bercuti panjang. So, tok ayah (papa aku) bawak farysh trus ke hospital. Dan farysh kena admit.

Semalam aku 3 beranak gi tgk dia kat hospital. Result ultrasound perut dia, ok. Result poo dia pun ok, takdak rotavirus. Sekarang tunggu satu lagi 'poo test', samada ada kuman yg hidup dalam poo tu. Kena tunggu 48 jam. Tapi alhamdulillah, badan pun dah tak panas. Selera makan dia pun dah ok kalau nak dibandingkan dgn 2 hari lepas.

Muhammad Farysh Irfan... Chik long, ayah long n kak ayra doakan semoga farysh cepat sembuh. Harap2 takdak apa yang serius.

Wednesday, May 26, 2010

CONTEST KASIHNYA ATUK

Presenting:

Brought to you by:

http://hatiberbunga.blogspot.com/

Gambaq nih diambik di Airport Sultan Abdul Halim, Kepala Batas masa kitorang gi antar maktok aku merangkap tok nek ayra nak ke Melaka tapi dia turun di KLIA. Memula tok ayah ayra yang jugak papa aku dukung maklong arissa (panggilan ayra utk dia sebab arissa tu sepupu aku, yang berdress jeans tu). Pastu ayra nampak trus jerit suh tok ayah dukung dia pulak, jeles la tu. Dia mmg tak boleh 'hakmilik dia' (ibu, abah, mama tok dan tok ayah) dukung orang lain. Papa pun ikutkan je la cucu sulung dia dan didukungnya ayra n arissa. Kebetulan masa tu aku tengah pegang digicam, papa kata meh farysh (anak adik aku), tok ayah dukung. Dan cepat2 aku ambik saat-saat berharga tu. Tok ayah (papa aku) mmg suka melayan cucu-cucu dia.

Nak join? Klik sini.

KID'S FUN TIME CONTEST BY FUNZ-UNIVERSE & SIMFONIKASIH.NET

Presenting:

Kalau berminat nak join, klik sini.


- Saya ialah.... Follower http://funz-universe.blogspot.com

- Nama yang digunakan untuk follow : Ibu Ayra

- Nama penuh : Rosfariedzah binti Rusli

- Nama anak dan umur : Mya Adzra Zuhayra / 2 tahun

- Email : rosrusli[at]gmail[dot]com

- Penerangan gambar
Gambar nih diambil di hadapan rumah MIL yang kawasan lapang dan sebuah kolam ikan puyu dan sepat. Tiap kali balik rumah MIL, ayra sangat suka berlari2 dan bermain kat kawasan tu. Macam yang korang nampak dalam gambar tu, ayra sedang khusyu' 'bermain' dengan rumput2 dan daun2 kering yang mana ia merupakan sesuatu yang baru bagi dia. Sebab sblom tu aku tak penah bagi dia duduk trus dan main2 dgn rumput2 dan daun2 kering tu.

"THIS CONTEST IS BROUGHT TO YOU BY http://funz-universe.blogspot.com & www.simfonikasih.net"

HARIZ GIVEAWAY

Presenting:

Sebagai memenuhi syarat giveaway, aku letak gambar masa besday yang yang ke-2 pada 4 mei lepas. Besday girl sedang khusyuk meniup lilin. Festime ayra excited nak tiup lilin sendiri. Masa 1st besday tu dia tatau apa2 lagi.

Klik sini kalau korang nak join giveaway nih.

GIVEAWAY - BIRTHDAY PAPA ZAKWAN!

Nak join, klik sini.

GIVEAWAY PERTAMA DARI ZETY

Hurmmmm, aku rasa Zety n family nak gi bercuti ke:

1. Pulau Langkawi

2. Cameron Highlands

Jom teka jugak, klik sini.

PORTRAIT ME GIVEAWAY

Presenting:

Contest : Portrait Me!

Prizes: Exclusive Your Little Ones Potraits or Your Self Portrait (3 winner)
Print Size * 8R (8"x10") 720x900 (Printed on Photo Glossy Paper)


Contest Period: 25th May 2010 - 10th June 2010

Klik sini kalau nak join.

Kalau ada rezeki menang, aku nak potretkan gambar anak dara kesayangan aku nih.


Related Posts with Thumbnails