Thursday, January 28, 2010

SPREAD THE LOVE CONTEST

Kali nih aku nak join contest by Iqafi...
Sesiap yang berminat nak join, sila klik banner di atas...

Gambar yang aku rasa amat menampakkan perasaan kasih sayang adalah:

Gambar aku n mama masa hari akad nikah aku...
Time nih aku n mama masing2 sebak n tak dpt menahan air mata...
Maklumlah, aku nih anak sulung mama...
Anak perempuan pulak tu...

Aku rasa perasaan aku dan mama pada masa tu adalah sama...
Bercampur-baur...Suka, sedih, terharu...
Aku suka kerana bersyukur telah disatukan dengan insan yg aku cintai...
Mama suka sebab akhirnya anak dara sulung nya dah dimiliki org yang menyayangiku...
Aku sedih sebab pasnih aku akan berpisah dgn family aku dan duduk dgn suami pulak...
Mama sedih sebab terpaksa melepaskan aku bersama suami tersayang...
Aku terharu kerana memiliki mama dan papa yang amat sayangkan aku...
Dan aku juga pasti mama terharu kerana akhirnya dia dapat melaksanakan tanggungjawab yang di beri oleh Allah untuk mendidik dan membesarkan ku...
Terima kasih mama...
Long sayang mama...

*** to ayra... nanti kalau ayra dah besaq, jgn lupa kan ibu dan abah ya... kami tak mintak ditatang dgn emas, intan dan berlian...cukuplah kasih sayang dan kebahagiaan yang ditaburkan... Ibu dan abah amat menyayangi ayra...

*** sori, entri utk contest nih ter'emo' plak...

JUAIMURAH BIG JANUARY GIVEAWAY



Jom ramai2 join giveaway yg dianjurkan oleh Juaimurah...
Juaimurah adalah blogshop yang menawarkan preloved toys dan barang2 baby terpakai...
Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan barang2 yg dijual masih dalam tip-top condition...
So, sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut...

HADIAH CABUTAN BERTUAH MDM 2010

Alhamdulillah, hadiah Cabutan Bertuah MDM 2010 dah sampai semalam...

Yang dikhabarkan oleh puan penganjur aritu cuma coklat dan kupon...
Tapi ada lagi satu hadiah tambahan, kipas tgn batik...
Comel, buleh bwk dlm handbag...
Tima kasih Sha...
Nanti kalau buat contest, jgn lupa jemput tau...

Wednesday, January 27, 2010

PEK-NGA NYOQ

Menu bekfes untuk pagi nih...
Pek-nga nyoq adalah panggilan bagi org di sebelah utara...
Kalau bahasa bukunya adalah lempeng kelapa...
Pek-nga tu adalah kerana lempeng itu dimasak dengan cara menempek adunan dalam belanga (kuali)...
Sungguh membuka selera...
Diiringi dengan nescafe panas, sungguh maveles...
4 ketol untuk aku, 4 ketol utk en abu dan 3 ketol utk ayra bwk gi umah bb sitter...

Cara nak buat sangat mudah...
2 cwn tepung + 1/2 sudu teh garam, 4 sudu teh gula, sebiji teluq dan sesenduk kelapa parut...
Gaul sebati dan ditempek dlm kuali..
Kalau non-stick pan lagi better...
Cubalah...

Tuesday, January 26, 2010

KASUT BARU

Design yang simple, selesa dan bukan jenama yg terlalu popular....
Potongan harga 50%, heel 1 1/2"...
Bakal dipakai untuk attend inteviu next week...
Dan yang penting, kasut nih dibeli dengan wang hasil tabungan NuffNang...

Monday, January 25, 2010

DI SUATU PETANG....

Ada sorang budak perempuan sedang berjalan seorang diri...

Tiba-tiba dia berhenti di tepi sebuah kolam untuk menikmati pemandangan indah kurniaan Allah....

Kemudian, abahnya datang menemani sambil menceritakan serba sikit pasal alam ciptaan Allah ini...

Begitu khusyu' sekali gayanya dua beranak tersebut...

Dan mungkin budak perempuan itu sudah letih 'bercangkung', dia minta untuk duduk di riba abahnya...
Dan dengan perasaan kasih sayang, si abah izinkan dan dia sambung bercerita lagi...

Sesungguhnya, alam ciptaan Allah ini terlalu indah...
Seindah hatiku yang berbunga riang kerna memiliki mereka berdua sebagai sebahagian dari hidupku....

Aku amat menyintai kalian....
Sehingga akhir hayatku....

Lots of Love:
Ibu ayra

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Klik sini untuk maklumat lanjut pasal contest nih...

Nama ibu: Rosfariedzah Rusli

Nama Anak: Mya Adzra Zuhayra binti Mohd Abu Zar

DOB: 4 May 2008

T-SHIRT UNTA

Yeay! Semalam dapat parcel atas nama Mya Adzra Zuhayra...
Aku dah agak, nih mesti hadiah t-shirt Abu Dhabi...
Dan tekaan aku tu mmg betol...
Dah sampai hadiah dari contest nih...
Terima kasih to puan penganjur contest...
Cute sangat gambaq unta dok kayuh basikal tu...

Friday, January 22, 2010

DOA UNTUK TEMUDUGA

Doa untuk temuduga ini diperolehi dari Dr Hj Fadzilah Kamsah menerusi rancangan 'Bersama Dato'' di siaran Astro Oasis 106.

Sebelum masuk bilik temuduga, baca:

1) Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Ayat 1000 Dinar
4) Zikir 'Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'

Tawakal. InsyaAllah, jika pekerjaan itu rezeki kamu, kamu pasti dapat. Jika bukan rezeki kamu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu...

*** Dah dapat surat inteviu P.T.D... 3/2/2010 kat Wis.ma Daru.laman... Doakan aku pass inteviu nih... Sangat berharap jadi part of P.T.D...

*** Lagi satu, tadi aku dpt email form asha informed that aku menang cabutan bertuah MDM 2010... Alhamdulillah murah rezeki kami sekeluarga...

CINTA - KASIH - SAYANG - HATI


SELALU YANG TERJADI.....

CINTA :
(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I
= impian indah ibarat syurga.
N
= nikah impian utama.
T
= taat setia membawa bahagia.
A
= awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I
= iblis yang merosak minda.
N
= nafsu semata-mata.
T
= tuba yang dibalas semula.
A
= api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.


HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat

macam mana?



TETAPI YANG SEHARUSNYA IALAH:

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)

N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang

A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga

S-Suami disanjung-tinggi

I-Isteri disayangi

H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama

Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

A-Amalkan hidup bertoleransi

N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama

G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh

T-Tanggung-jawab dipikul bersama

I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Aku harapkan takdak perbezaan bagi sebelom n selepas kawen...
Melainkan lebih rapat hubungan kami suami isteri...
Amin...

*** diambil dari inbox emailku...



PANTANG JUMPA PEN DAN KERTAS

Sekarang nih ayra pantang jumpa pen dan kertas...
Pegang je pen dan kertas, ayra akan terus duduk meniarap...
Konon2 mcm tgh study...
Rajin nya anak ibu nih...
Bagus...bagus... Teruskan...

Tapi ayra penah 'menulis' atas karpet dan sofa ibu...
Nasib baik tak ketara sangat 'tulisannya'...


Thursday, January 21, 2010

KELAS BAHASA MELAYU (ONLY IN MALAYSIA)

Gambar dari mr.google

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


*** adakah murid terlebih pandai atau cikgu yang tak pandai mengajaq? (bagi situasi di atas)


LUCKY DRAW BY CY4.0 : KURUS CARA SIHAT (16/1 - 24/1)

"Dengan ini, saya nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.."

More about this lucky draw:

  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.

  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja

  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.


Wednesday, January 20, 2010

AYRA & EEOOOWWWW

Ayra suka kucing...
Kalau ayra nampak kucing samada di majalah atau tv atau kat mana2, dia akan kata 'ket'...
Kalau ditanya, "Macam mana bunyi 'ket'?"
Ayra akan jwb " Eeooowwwww"

Tapi....

Ayra tak berani nak duduk dekat dgn 'ket'...
Paling dekat pun cuma lebih kurang 4-5 kaki ja jarak antara ayra dgn 'ket'...
Kalau 'ket' tu stay, bleh la dia duduk tgk 'ket' tu mcm gambaq atas dan bwh nih...
Tapi kalau 'ket' tu berjln ke arah dia...
Terus bgn lari kat ibu atau abah...
Kalau makin dekat 'ket' tu, makin kuat la jeritan dia...


THE WINNER OF LABEL & BANNER CONTEST/ GIVEAWAY

Ingat tak banner kat atas tu...
Aritu aku join label & banner contest giveaway yang dibuat oleh ayu...
Dan alhamdulillah...

Tima kasih to puan umah giveaway tu...
Tima kasih to mr random yang pilih aku sebagai pemenang...
Actually kan dah lama idam nak beli tote bag tapi tak terbeli2 jugak...
Akhirnya kumiliki jua, FOC plak..
Alhamdulillah...
Pasnih bleh la bwk brg2 ayra dlm tote bag tu...
Mesti comel...

Tuesday, January 19, 2010

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..


Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah ...sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

**diterima di email...

AYRA MADE FRIEND (BTOL KE AYAT NIH?)

Kemarin lepas balik keja, aku bwk ayra gi window shopping kat pasaraya Borong Din di TK...
Aku suka tgk 'set vantage' kat situ...
Tapi takleh nak stay lama, sebab ayra takmo dok diam...
Dia nak berlari2 dalam kedai tu...
Aku risau kang barang tak beli tapi duit kena bayaq, kalau pecah la...

Balik rumah, en abu nak kluar jumpa kwn...
Then tinggal aku berdua n ayra...
6.30 ptg, bawak ayra 'yalan-yalan' round taman...
Stop sat kat blkg kwsn perumahan aku, menikmati pemandangan sawah padi yg tgh menghijau...

Sampai rumah, ayra sambung main 'boom-boom' dia kat porch...
Memula main sesorg sambil ditonton oleh aku...

Pastu anak jiran selang 2 buah rumah kluar, n dia tgk ayra main...
Trus aku ajak 'kakak aisyah maisrah' masuk main dgn ayra...
Kakak aisyah nih dah 6 tahun...
Memula depa main kat porch, kakak aisyah tolak 'boom-boom' ayra...
Pastu sambung main toys dlm rumah...
Alhamdulillah, ayra dah made friend dgn org tapi adegan rebut-merebut tetap ada...
Apa yang kakak aisyah nak main, ayra mesti gi rebut ambik...
Sori kakak aisyah, ayra nih mmg camtu... semua dia nak...

Tengok jam dah makin lewat, kakak aisyah pun dok tgk pintu mcm nak balik ja...
Sblom dia balik, aku bagi buah tgn sket bg dia bwk balik rumah...
Takdak apa, cuma agar2 sumi untuk kakak aisyah and her abg...
Nanti kakak aisyah mai main dgn ayra lagi ya...

MY-ALIA.COM GIVEAWAY SPECIAL

Bagaimana anda hendak menang? Senang saja:

4 tiket - untuk satu entry di blog anda- DONE
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di My-Alia.com - DONE
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di Danial's and Eva's Diary - DONE
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Facebook anda (sertakan link ke page ini) - NOT DONE
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Twitter anda (sertakan link ke page ini) - NOT DONE
1 tiket - sekiranya anda letak banner My-Alia.com di blog anda (banner ada di sidebar) - DONE
1 tiket - sekiranya anda letak banner Danial's and Eva's Diary di blog anda - DONE

-total : 10 tiket

Hadiah yang ditawarkan:

Grand Prize:

Satu (1) Baby Slings brand Little Pods Pouch Style Baby Carrier (retail price RM80.00) warna biru turqoise

-Hadiah ini ditaja sepenuhnya oleh : Mama Danial dan Eva (gambar littlepods sling dari google)

Consolation prize:

Tiga (3) hadiah lagi berupa barangan dari Lovely Lace yang berharga sekitar RM20-RM30 setiap satu.

-Hadiah ini ditaja sepenuhnya oleh : Ibu Alia

Monday, January 18, 2010

FARYSH IN THE HOUSE


Farysh Irfan anak adikku...
Bulan nih genap la 8 bulan...
Baru terror meniarap...
Menyuluq or merangkak sket pun x nampak bunga2 lagik...
Farysh suka senyum kalau di agah...
Tapi jangan la sesapa yang dia tak kenal nak ambik or dukung...
Mesti terus gelisah, teriak cari ibu or ayah dia...

Related Posts with Thumbnails