Thursday, December 09, 2010

LATIHAN MEN'DIAPERLESS' AYRA

Pagi tadi sempat BW ke beberapa blog dan singgah kat blog nana dan terbaca entri dia yang nih. Then teringat yang ayra dah 2 tahun 7 bulan tapi aku tak penah try lagi diaperless kan ayra. Hmmmm arinih bleh try kot.

Sblom mandi pagi tadi aku dah pesan kat ayra,

Aku: "Nanti nak kencing, habaq kat ibu tau"

Ayra: "Ok"

Aku: " Nanti nak kencing, habaq kat ibu "ibu, ayra nak kencing" tau"

Ayra: "Ok" (sambil angguk)

Aku: "Kalau nak kencing, cakap apa"

Ayra:"Nak kencing"

Aku:"Hmmm, ok"

Pas mandikan ayra, aku ambik baju tapi tak ambik pampers. Ayra suh ambik pampers. Aku bgtau arini takyah pakai pampers. Then suh dia ulang lagi macam yang aku train dia tadi. Dia anggukkan kepala. Dah selesai pakaikan baju, aku nak ambikkan sarapan untuk dia. Sekali tengok seluar ayra dah basah. Tak sampai 15 minit pun lagik. 1st time, takpa. Aku salin seluar yang baru sambil pesan lagi. Ayra jawab ok. Dalam masa 15 minit lagi, aku tengok seluar dia basah lagik. Aduhhh, nasib baik atas lantai. Bersih la lantai rumah kalau asyik dok ngelap gitu.

Dan sudahnya latihan untuk hari nih berakhir di situ saja (less than 1 hour) sebab lepas seluar basah buat kali kedua, aku pakai pampers sebab kalau idak tak jadi keja la. Asyik dok tukar pampers ayra je. Takpalah, nih baru first day.

Aku google cari tips utk diaperlesskan budak2 atau potty train dan terjumpa artikel INI dan INI.
Ibu, peace!

pssst: betul2 menguji kesabaran. Any tips/idea?

1 comment:

  1. hehehehhee
    ada plak nama kita disebut2 kat sini
    mmg menguji kesabaran sket ros..
    mmg kena banyak2 sabar
    damia ni 5mnt sekali dia minta g toilet...
    nak dkt seminggu ni train
    alhamdulillah
    berjaya
    malam tadi lagi bez pkl 2pagi dia kejut kita cakap nak kencing, (time tu kita pakai kan pampes dia) soa bangun buka pampes & dia kencing dlm toilet
    lps kencing kita xpakaikan pampers & dia xkencing sampai pkl 7 pg

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails