Friday, December 31, 2010

REZEKI DI PENGHUJUNG 2010

tengah BW tengok contest/giveaway yang dah expired, terjumpa entri nih. Alhamdulillah, rezeki di penghujung 2010. Aku menang top up RM10 dari blog izyan sempena Giveaway Lucky Followers. Tima kasih izyan.

Kat dalam gambar tu senarai penuh pemenang. Nak tengok lebih detail, klik sini.

SELAMAT DATANG 2011!


BUAT SEMUA SAHABATKU, BLOGGERS, VISITORS, SILENT READERS...

SELAMAT TAHUN BARU 2011

MOGA 2011 AKAN LEBIH BAIK DARI 2010


Thursday, December 30, 2010

HADIAH GIVEAWAY MJ

Tghari tadi posmen dtg antar sepucuk surat. Bila dibuka, isi dalam ada satu sachet mangosteen coffe dan nota comel seperti di bawah. Rupanya hadiah kemenangan aku dalam 2nd Giveaway by MJ. Tenkiu very much.. tak rasa kopi itu.


Wednesday, December 29, 2010

ENTRI KECUR AIR LIUR

Hari nih nak tayang 2 jenis dessert. Yang dibuat special untuk 2 orang insan tersayang.

Pertama, Puding Tauhu 'semi-perfect'. Kegemaran mama dan memang dibuat istimewa untuk beliau. tapi kata sepupu saya semi-perfect puding sebab sepatutnya ia mesti lagi lembik (bukannya agak keras sampai boleh dipotong dengan pisau). Ia kena dicedok dengan sudu. Sebab puding nih ala-a taufu fa. Sebab tu namanya puding tauhu. Dan ia wajib dimakan dengan air fruit cocktail (yang dalam jug bertudung oren tu). Takpalah, semi-perfect tu kira okla untuk percubaan kali kedua saya. Actually yang pertama aritu terlalu lembik sampai bila dicedok pun jatuh ranap abih. Time tu pakai agar2 serbuk. Yang nih pakai agar2 strips, terlebih keras plak. Insyaallah percubaan ketiga mesti perfect. Sedap sebab ada rasa lemak2 santan, susu cair dan manis susu pekat dan buah2an. Tak manis sangat walaupun pakai setin susu pekat.

Dessert kedua ialah Kek Coklat yang sangat2 moist dan ditambahkan dengan topping coklat untuk moistkan lagik. Nih favourite adik bongsu aku dan jugak anak dara aku yang sorang tu.

Amacam? Kecur tak air liur korang....hehehehe...i'm sorry...

Wednesday, December 22, 2010

AYRA TOP10 CUTE BABY CONTEST BY PMZ

Arinih Mama Zakwan dah kluarkan senarai Top 10 Cute Baby Contest kategori Girl & Boy. Alhamdulillah ayra salah sorang dari Kategori Girl. Gambar ayra yang dalam kotak merah tu. Baby Top 10 (Girl) yang lain pun ada aku letakkan kat sini. Mana tau ada anak korang kat sini.


Tahniah pada semua Top10 Girl & Boy. Klik sini untuk tengok senarai penuh kategori girl dan klik sini utk kategori boy..

pssst:Untung sabut timbul.

Tuesday, December 21, 2010

HEPI BESDAY MY DARLING!

Tepat kol 12 tgh malam semalam, aku suh ayra ketuk pintu bilik tengah (ayra mmg tidoq lewat). Sebab en abu sedang mengonlinekan diri dalam bilik tu. Ayra ketuk pintu sambil nyanyi

"abah, epidei tu yu.... epidei tu yu abah, epidei tu yu..."

Si abah pun buka la pintu... sambil tersenyum dia kata

"tima kasih...abah pun lupa arinih besday abah"

Then en abu suh ayra kiss dia, terus dia dukung ayra yang dok nyanyi 'epidei tu yu' lagik. Sudahnya ayra nangis sebab nak "epidei tu yu". Ayra panggil kek besday tu "epidei tu yu". Jenuh gak nak memujuk tapi nasib baik time tu dia dah ngantuk. Sat ja pujuk dah ok. terus lena.

Pengalaman pertama dalam idup en abu, anak sendiri nyanyikan lagu besday. Ibunya takyah kira lah, dah berkali2 nyanyikan...

Happy birthday abang...
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...
Terima kasih untuk segalanya...
Terlalu banyak untuk dicoretkan di sini...
Luv u with all my heart...
From: Ur wife

pssst: plan nak buat oreo ciskek tapi tak jadi sebab cream cheese kat kedai yang satu tu dah abih...kat perlis nih susah nak dpt cream cheese...sampai skrg blom decide nak buat apa... raanya takde celebration besar2an mcm tiap2 tahun kot...hmmmm sori bang... NGCML4U

Monday, December 20, 2010

CENDERAHATI DARI PENGHANTAR MISTERI

Tadi dapat satu parcel. Aku belek2 envelope, takdak pun nama pengirim. Tengok cop setem dari Shah Alam. Aku pun buka tengok apa isi dalam parcel tu. Takde sebarang note/kad/pesanan. yang ada sekeping stiker kereta macam dalam gambar kat bawah tu. Aku dapat yang paling atas dari ketiga2 design tu.

Aku pikir sah2 nih hadiah GA/contest yang aku menang. Cuma aku tak pasti yang mana satu sebab kalau ikutkan kiraan aku, masih ada 3 contest/GA yang aku menang tapi hadiah tak sampai lagi. Then, aku decide untuk jenguk ke3-3 blog penganjur contest/GA yang aku dah menang tu. Rupanya stiker kereta comel tu dihantar oleh Keyphochee. Stiker kereta tu rupanya cenderahati yang aku dapat sebab join GA dia yang nih (klik sini kalau korang nak yang mana satu). GA Keyphochee nih best sebab semua peserta dapat hadiah. Tima kasih byk ya. Japgi nak gi join contest kat blog Keyphochee yang tengah berlangsung sekarang. Jom join sebab semua jugak akan dapat cenderahati.

Friday, December 17, 2010

KENTUCKY FRIED HOTDOG

Tepat pukul 11 malam semalam kami 3 beranak mengadap makan snek ringan yang aku buat sendiri nih. Agak2 korang boleh teka tak apa benda tu?

Itu adalah hotdog yang digoreng denga tepung kentucky. Ala2 macam Kentucy Fried Hotdog la. Saja takmo goreng hotdog kosong jer, tengok2 ada stok tepung kentucky lebihan buat cendawan celup tepung aritu. So, apa lagi. Nampak kecik sebab aku potong dua kemudian di belah dua lagi. Means, satu hotdog dapat la 4 ketol. Senang nak menggoreng dan senang jugak nak makan.

Memula celup hotdog dalam telur then gaul plak dalam campuran tepung kentucky dan tepung goreng cucur. Sebarang brand pun boleh. Aku dah tak ingat brand apa aku pakai sebab kotak semua dah selamat dibuang.

Dan Kentucky Fried Hotdog tu bukan dicicah dengan sos biasa tapi dicicah dengan sos seperti di atas. Aku dapat resipi dari rancangan Sarjan Saji last episode. Chef Kamarul buat kat rumah adzriefaiz untuk dicicah dengan KFC. Tapi aku buat untuk dicicah dengan KFH (Kentucky Fried Hotdog). Senang je. Korang campur sos cili, sos tomato dan mayonis. Portion setiap sos terpulang la kat korang. Kalau nak extra mayonis, letak mayonis lebih, kalau nak pedas, letak sos cili lebih.

Cubalah buat, mesti tak rugi punya.

HADIAH BERKECAI & HADIAH TAMBAHAN

Tengahari tadi abg posmen poslaju berenti depan rumah aku then dia picit hon. Sah-sah ada parcel untuk aku. Ya, btol memang ada parcel untuk aku. Tapi bila dibuka, sayang seribu kali sayang. Hadiah mug dari nadia ar-rumaisha sempena kemenangan aku dalam Giveaway Murah Hati dah berkecai. Tengoklah....

Memang sayang sangat sebab mug ni cantik. Cuba korang tengok design serpihan mug tu. Cantik kan?

Actually kat kotak parcel nih ada tertulis 'fragile' tapi nadia, akak rasa kena tulis besar2 sket kot. Staf Pos Malaysia tak sempat nak baca kalau tulis kecik2. Kalau tulis besar, sure diorang trus nampak. tapi takpalah, dah takde rezeki. Nak buat macam mana.

Tapi kesedihan aku terubat sebab ada lagi hadiah iringan selain dari mug yang dah bersepai tu. Seketul slimming soap. Best! Aku suka sebab berat badan sekarang dah melampau2 naik. Spare part kat badan nih pun macam dah banyak sangat. Boleh try, kalau sesuai boleh terus pakai. TQ nadia.

Dan ada lagi satu hadiah dari nadia, iaitu detox foot patch. Ada 10 keping, banyak tu. Aku tak penah try pakai lagi foot patch nih even before nih member aku dah bagi sampel 2 keping tapi blom terpakai. Insyaallah malam nih nak try lah. TQ lagi sekali nadia. Banyak tol hadiahnya selain dari watermark yang semua peserta Giveaway Murah Hati akan dapat.

2,3 hari lepas aku dapat satu parcel. Bila tengok alamat, dari UmiAnas. Ingat2 balik, aritu dah dapat FM Shanghai dari dia sebab ayra menang no.3 Cute Little Muslim/Muslimah. Rupa2nya ada lagi satu hadiah yang dia tak antar sekali dengan FM tu sebab hadiah yang nih lambat sampai ke tangan dia. Susah2 je Kak Long antar 2x, tak kisah pun lambat sket. Anyway thanx a lot ya. Eh, nak tau tak hadiah apa? Tengok la tuan punya hadiah dah siap fitting.

Ya, sehelai tudung yang comel. Ayra suka sangat sebab before nih dia cuma ada sehelai tudung yang mama tok belikan since umur Ayra 3 bulan lagi. yang satu tu je la yang dia dok angkut ke sana ke sini. Alhamdulillah boleh tambah koleksi tudung ayra. Tima kasih UmiAnas.

pssst: Kak long, insyaallah ahad nih kami sekeluarga akan sampai di Big Day Angah. TQ atas jemputan.

Wednesday, December 15, 2010

PAPA'S 58TH BURFDAY SMALL CELEBRATION

11 Dis 2010, genap usia papa ku merangkap tok ayah ayra 58 tahun. Dan bermula dari tarikh tu jugak papa akan bercuti terus dari bekerja atau senang cakap, berpencen. Kami adik-beradik mulanya takdak plan apa2 pun nak celebrate birthday papa nih. Tetiba aku teringat, alang2 papa & mama nak mai ambik aku n ayra pi 2 buah kenduri di kangar nih, better aku plan buat 'celebration mengejut secara kecil2an" dengan adik aku. Aku gi kenduri dgn papa n mama sebab en abu takde, dia gi join autoshow di Dewan Wawasan Jitra. (tahniah abg, sebab dapat no.2 kategori kereta ekstrem).

Aku call abg ngah suh dia beli kek. Dan aku terus buat puding roti dan fruit cocktail. Menu utama aku ingat nak gi beli laksa Kola Perlis dengan 'birthday boy' on the way balik rumah lepas balik dari kenduri. Tapi tak jadi gi beli sebab kami rushing nak balik rumah coz waktu asar dah nak abih dan masing2 blom solat lagik.

So, jadilah 'celebration mengejut kecil2an' dengan menu yang tak semenggah. Last minit plan punya pasal. Pisau dah siap di atas kek sebab anak dara aku dah siap nak test potong kek 'abeday to yu" tu.
'Birthday boy' dan gelfren beliau merangkap mama aku.

Dan si pengacau yang sibuk nak jugak potong kek 'abeday tu yu'.

RESULT MANTOUX TEST AYRA

Kat bawah nih adalah di antara kesan-kesan yang akan jadi pada bekas suntikan mantoux test pada pesakit yang ada TB selepas 48-72 jam disuntik. Mungkin melepuh macam kat bawah nih.

Atau hampir menjadi kudis macam kat bawah nih.

Dan ada jugak yang jadi ruam atau rashes di sektiar kawasan suntikan yang kebiasaan sebesar syiling 20 sen.

Selepas 72 jam disuntik, aku n en abu bawak ayra ke HTF utk ditunjukkan pada doc dan alhamdulillah langsung tiada sebarang kesan pada Tempat suntikan tersebut. itu adalah penunjuk yang baik. Ayra adalah negatif TB. Sputum test yang dibuat 3 hari berturut2 jugak adalah negatif. Apa pun, bulan depan kena jumpa doc sekali lagi. Yang pasti ayra kena buat blood test sebab level hemoglobin dia rendah sket. Takpala, doktor buat apa yang diorang rasakan perlu. Mudah2an ayra dijauhi dari penyakit yang serius. Amin...

Cuba tengok budak nih yang dah makin kuat makan sekarang. Ntah apa2 posing yang dia buat. "Peace' dah jadi 3 jari. Siap muncung2 mulut lagik. Ayra....Ayra.... Ibu sayang ayra sangat2, lebih dari ibu sayang diri ibu sendiri tau... (tiba2 emo plak)

Tuesday, December 14, 2010

MENANG GIVEAWAY MURAH HATI

Alhamdulillah rezeki aku di blog Nadia Ar-Rumaisha sebab adik lelaki dia dah cabut nama aku sebagai salah sorang pemenang yang dapat hadiah lebih sket (sebab semua peserta akan dapat cenderahati dari nadia). Tahniah pada semua 6 orang pemenang yang tersenarai di bawah dan tahniah jugak untuk semua peserta Giveaway Murah hati nih sebab semua kita dalah bertuah.

Terima kasih pada Nadia sebab sudi buat giveaway nih dan sudi bagi watermark+gift buat semua peserta. Akak sangat suka sebab akak cuma pakai watermark sempoi je skarang nih.

Klik sini utk result penuh.

Saturday, December 11, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KE-58, PAPA!


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan papa
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi tok ayah
Selamat hari jadi

&

SELAMAT BERPENCEN!

Long, Abu dan Ayra sayang papa sangat2!

Friday, December 10, 2010

AYRA KENA BUAT MANTOUX TEST

Lepas discaj aritu, ayra dah buat sputum test sebab doc nampak white spot kat gambar chest x-ray ayra. Doc suspek Tibi. petang nih ayra kena buat mantoux test pulak. Dari bacaan aku dari internet, test nih sakit sebab ayra kan dicucuk di permukaan kulit. Result sputum test aritu negatif tapi still kena buat mantoux test nih. Harap semuanya berjalan lancar. Kalau la aku dapat bertukar tempat dgn ayra.


kredit to here

What is a Mantoux Test?

A Mantoux Test is a skin test which is used to test someone for signs of exposure to Mycobacterium tuberculosis, the bacterium which causes tuberculosis infection. This type of test may be ordered in a wide variety of circumstances, from a routine physical to a medical examination performed as part of the requirements for a job. Because tuberculosis is highly infections, people who seek employment in schools and government agencies are often asked to get a Mantoux Test as a term of employment.

In this test, a medical professional injects a small amount of protein from the tuberculosis bacterium under the skin of the arm. This substance is known as tuberculin or purified protein derivative (PPD). It cannot cause tuberculosis, but it will spur the immune system to react, causing an area of raised skin to appear at the injection site if someone has been exposed to or infected with tuberculosis.

After the injection, the patient is sent home for two to three days. He or she must return to a doctor's office to have the test read. In a negative test, little to no swelling has occurred. Positive tests cause the appearance of a raised disc which can be between five and 15 millimeters in diameter. If someone has a compromised immune system, a five millimeter reading is considered positive. In individuals with risk factors for tuberculosis exposure, the raised skin should measure at least 10 millimeters for a positive reading, while individuals who are at low risk would have positive readings if the area was 15 millimeters or more in diameter.

It is possible to get a false negative on a Mantoux Test, in the case of someone who was exposed lightly, or infected and treated more than 15 years prior to the test. People who have been infected and treated may experience false positives, in which the test makes it look like the patient is actively infected, but he or she cannot pass the bacterium on to others because it is not present. In these cases, additional diagnostic tests can be used to confirm that the patient is free of the bacterium.

If a Mantoux Test is positive, the patient will be advised to seek medical advice from a doctor who can perform additional diagnostic tests and offer treatment recommendations. Generally these tests will include x-rays to check on lung function. If the patient does indeed have an active tuberculosis infection, antibiotic medications can be provided to kill the bacteria in the body. A person with a positive Mantoux Test may be barred from employment in certain types of jobs until he or she can provide documentation indicating freedom from tuberculosis.

Info taken from here.

Thursday, December 09, 2010

LATIHAN MEN'DIAPERLESS' AYRA

Pagi tadi sempat BW ke beberapa blog dan singgah kat blog nana dan terbaca entri dia yang nih. Then teringat yang ayra dah 2 tahun 7 bulan tapi aku tak penah try lagi diaperless kan ayra. Hmmmm arinih bleh try kot.

Sblom mandi pagi tadi aku dah pesan kat ayra,

Aku: "Nanti nak kencing, habaq kat ibu tau"

Ayra: "Ok"

Aku: " Nanti nak kencing, habaq kat ibu "ibu, ayra nak kencing" tau"

Ayra: "Ok" (sambil angguk)

Aku: "Kalau nak kencing, cakap apa"

Ayra:"Nak kencing"

Aku:"Hmmm, ok"

Pas mandikan ayra, aku ambik baju tapi tak ambik pampers. Ayra suh ambik pampers. Aku bgtau arini takyah pakai pampers. Then suh dia ulang lagi macam yang aku train dia tadi. Dia anggukkan kepala. Dah selesai pakaikan baju, aku nak ambikkan sarapan untuk dia. Sekali tengok seluar ayra dah basah. Tak sampai 15 minit pun lagik. 1st time, takpa. Aku salin seluar yang baru sambil pesan lagi. Ayra jawab ok. Dalam masa 15 minit lagi, aku tengok seluar dia basah lagik. Aduhhh, nasib baik atas lantai. Bersih la lantai rumah kalau asyik dok ngelap gitu.

Dan sudahnya latihan untuk hari nih berakhir di situ saja (less than 1 hour) sebab lepas seluar basah buat kali kedua, aku pakai pampers sebab kalau idak tak jadi keja la. Asyik dok tukar pampers ayra je. Takpalah, nih baru first day.

Aku google cari tips utk diaperlesskan budak2 atau potty train dan terjumpa artikel INI dan INI.
Ibu, peace!

pssst: betul2 menguji kesabaran. Any tips/idea?

Wednesday, December 08, 2010

MAAL HIJRAH 1432

Awal Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Doa Akhir Tahun:
*Dibaca 3 kali
*Pada akhir Zulhijjah
*Antara waktu asar sehingga ke waktu maghrib (6 Dis 2010)

Doa Awal Tahun
*Dibaca 3 kali
*Pada awal Muharam
*Selepas waktu maghrib (6 Dis 2010)

Kredit to Joegrimjow

Monday, December 06, 2010

BLOGLARIAN

BW kat blog mama zharfan, ternampak entri pasal BlogLarian nih. So, ni nak memeriahkan majlis dengan harapan dapatlah majlis tu memeriahkan blog kecik aku nih plak.

"Saya suka berblog walking kerana dapat mengisi masa terluang dan menambah kenalan selain mem'promote' blog sendiri secara tak langsung (utk up traffic).

Jom join BlogLarian. Klik sini.

Nak tag:
MamaLyna
Min IbuArifa
Kak Long Shaakira

Saturday, December 04, 2010

DAPUR IBU AYRA

Beberapa bulan lepas, aku ada organize satu Lucky Draw. Kalau yang join tu mesti korang ingat kan? Kalau tak ingat, korang bleh klik sini. LD aku tak ramai sangat join, almaklumlah aku sekadar blogger picisan. Kat sini korang bleh tengok berapa orang yang join. Kalau korang nak tau sapa yang menang, korang bleh la klik kat sini plak. Sori, main klik-klik plak kan? Sesekali, exercise sket tangan tu.

Oklah, berbalik pada tajuk entri aku. Time aku buat LD tu, aku buat syarat yang sapa nak join kena bagi komen pasal blog aku nih. Ok ke tak? Apa yang patut aku tambah, apa yang kurang. So, ada beberapa komen yang aku rasa sesuai aku applykan kat blog aku nih. Salah satu yang aku dah buat adalah komen dari Ain nih.

Maka terhasil lah blog Cerita-Ceriti Contest Ibu Ayra. Mungkin dah ada yang perasan dan mungkin jugak ada yang tak perasan. Senang sket bila asingkan blog utama dengan blog contest, takdak la serabut sangat blog utama nih. Kalau tak, asyik penuh entri contest ja.

Dan lagi satu komen yang baru aku applykan kat blog nih adalah "DAPUR IBU AYRA". Apa tu? Actually, aku rasa komen MamaLyna nih sangat bersesuaian dengan hobi aku yang lagi satu tu, memasak.


So, sebab itulah wujudnya DAPUR IBU AYRA. Satu ruangan di sidebar aku yang aku letakkan link masakkan2 yang aku penah buat. Takde la banyak mana tapi akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Aku harap DAPUR IBU AYRA nih dapat menyenangkan korang sebab aku susun by alphabetical order. So, selamat mencuba resipi2 simple aku tu.

Terima kasih untuk semua peserta LD aku aritu an terima kasih untuk semua komen2 korang. Aku amat hargai jasa baik korang.

Related Posts with Thumbnails