Thursday, August 28, 2014

TIPS DAN ADAB MASUK RUMAH BARU

Insyaallah dalam masa terdekat nih kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Terjumpa entri blog ni yang sangat sesuai untuk ros simpan di sini sebagai rujukan.


Persediaan Sebelum Berpindah

Sebelum itu pastikan sudah ada rumah baru untuk didiami sama ada sewa atau beli. Kemudian pastikan sudah cuci rumah berkenaan dan bersedia menerima kemasukkan barang. Proses persediaan sebelum berpindah adalah seperti berikut:
1.Kenal pasti kategori Barang
2.Cari kotak atau dapatkan bakul tertutup
3.Labelkan kotak atau baku tertutup
4.Masukkan Barang ke dalam kotak atau bakul tertutup mengikut kategori barang dan kepunyaan bilik mana.
5.Barang kaca dibungkuskan dengan kertas atau kain/tuala
6.Barang mudah patah diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak atau baku bertutup yang dilabelkan mudah patah/pecah
7.Barang-barang yang sudah lusuh dan tidak digunakan sangat boleh dihantar ke pusat pelupusan atau pusat jualan barang-barang lama. Ambillah duit dari bahan jualan ini dari pengutip barang.
8.Asingkan barang keperluan semasa
9.Semasa makin hampir dengan hari berpindah, tinggalkan barang untuk kegunaan semasa untuk baki hari yang tinggal sahaja. Yang lain packing kan masuk dalam beg dan kotak. Labelkan
10.Buat checklist barang supaya tidak akan hilang barang masa berpindah
11.Letakkan setiap kotak dan bakul bertutup di bilik/ruang masing-masing. Jangan di campurkan kerana mudah untuk mencari barang jika perlu
12.Hubungi dan tempah lori seminggu sebelum berpindah
13.Hubungi saudara dan adik beradik minta bantuan seminggu sebelum berpindah

Kerja Semasa Berpindah

Bangun pagi dengan ceria dan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja berpindah. Kemudian mula kan kerja dengan penuh semangat :
1.Kemas kesemua barang termasuk barang kegunaan minggu terakhir yang dah berlalu
2.Bawa keluar dan bawa turun ke semua kotak dan bakul tertutup dari ruang/bilik masing-masing
3.Angkat dahulu barang yang berat dan diletakkan diluar rumah
4.Barang yang ringan tinggalkan dahulu di dalam rumah
5.Masukkan barang yang berat dan besar dahulu di atas lori
6.Bakul dan kotak yang berat dan padat diletakkan di bahagian bawah
7.Bakul dan kotak yang ringan diletakkan di bahagian atas
8.Barangan di dalam beg dan mudah diangkat boleh saja di bawa dengan menggunakan kereta sendiri dan kereta saudara serta adik beradik yang membantu
9.Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan bersih
10.Sapu habuk dan bersihkan lantai rumah sebelum ditinggalkan pada hari berkenaan atau datang pada hari yang lainnya atau tinggalkan amanah ini kepada saudara yang duduk berhampiran. (jika pindah jauh)
11.Pastikan semua punca elektrik ditutup dan pili air dikunci.
12. Kunci rumah sebaiknya
13. Ucapkan selamat kepada kediaman yang ditinggalkan dan ucapkan terima kasih kerana memberi perlindungan di sepanjang menduduki rumah berkenaan
14. Jika ada tanaman, siram tanaman buat kali terakhir. atau bawa sekali tanaman (jika tanaman pasu)

Tips Pindah Masuk Barang ke Rumah Baru

1.Pastikan sudah bersihkan rumah baru yang akan didiami terlebih dahulu beberapa hari sebelum masuk ke rumah tersebut.
2.Pastikan juga kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan kabinet baru dan sebagainya sudah diselesaikan dahulu sebelum bawa masuk barang ke dalam rumah tersebut.Kerja-kerja ini berhabuk dan boleh dilakukan sebelum berpindah
3.Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus di bawa ke ruang/bilik yang sepatutya mengikut label yang telah dicatatkan pada kotak dan bakul tertutup.
4.Terus keluarkan barang dan susunkan barang ke dalam kabinet yang telah disediakan setelah kabinet tersebut dibersihkan dan dilap.
5.Jika dapati ada barang yang tidak sesuai atau sudah tidak diperlukan lagi, asingkan ke dalam kotak atau plastik yang lain untuk diagihkan ke tempat sepatutnya
6. Elakkan menangguh penyusunan barang atau tinggalkan di dalam stor sahaja
7.Gunakan tenaga dan mood berpindah yang diluangkan ini sebaiknya untuk mengemas sahabis mungkin.
8.Elakkan menwujudkan ruang/bilik stor. kerana barang yang disimpan besar kemungkinan tidak akan digunakan langsung. Jadi, semua barang yang digunakan susun sebaiknya. Tiada istilah stor di dalam rumah
Adab duduk rumah baru

1. Beri salam kepada rumah yang bakal di duduki
2. Cuci dan bersihkan dahulu rumah tersebut
3. Datang sekerap mungkin sebelum duduki untuk membersihkan kediaman dan solat serta mengaji di rumah tersebut setiap kali selesai aktiviti memberishkan rumah
4. Sebelum tidur di malam pertama, pastikan rumah sudah dibacakan doa dan dipasang "pendinding". Jemput jemaah surau berdekatan untuk mengadakan solat hajat dan sedikit tahlil untuk memberikan roh islam ke dalam rumah tersebut dan menghalau gangguan jin dan syaitan yang mungkin mendiami rumah tersebut sepanjang tidak berpenghuni.
5. Banyakkan mengaji dan bersembahyang di rumah ini bagi mengekalkan tembok "pendinding" penghalang masuknya gangguan jin dan syaitan ke dalam rumah
6. Setiap kali masuk ke rumah ucapkan salam
7. Berkenalan dengan jiran sekeliling untuk menjamin keselamatan rumah dan keluarga
8. Tidak terlalu membuat bising hingga mengganggu jiran sebelah
9. Membuat kerja-kerja drill dan mengetuk di siang hari sahaja (malam jiran rehat dan tidur)
10. Sentiasa jadikan rumah dalam keadaan bersih dan terjaga

Itulah serba sedikit perkongsian dari tentang tips berpindah dan masuk rumah baru.

Kredit untuk blog ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails