Thursday, August 21, 2014

AIDILFITRI 2014

Dah nak abis Syawal baru nak up entri raya ye cik puan ros?? Sori, lambat apdet di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tahun ni kami beraya kat Sungai Petani, rumah mak tok ros.

Semangga ni ja (orang kedah kata) gambaq kami berempat. Tak sempat nak posing sangat tahun ni. Azri baru boleh berjalan, keja dok ligan dia ja la. Tema baju raya kami tahun ni, kelabu.


Dengan anak-anak. Alhamdulillah ayra dah mula bertudung. Ros tak suruh pun, dia sendiri yang nak pakai. Kalau keluar rumah, sure cari tudung.


Dengan anak teruna yang makin lasak.


En. Abu dengan geng dia.


Tahun nih tahun kedua Azri sambut aidilfitri. Makin seronok sebab dah pandai salam, dah pandai jalan dan mulut pun dah boleh sebut banyak perkataan.


Cair ibu tengok gambaq adik senyum macam ni.


Nih plak gaya raya Azri masa gi open house rumah Pak Long E di hari raya ketiga. Siap berneck tie bagai.


Gambaq kakak Ayra tak banyak sebab asyik la main dengan sepupu-sepupu dia. Plan nak ambik gambaq studio tahun nih tapi ntah, tak jadi-jadi lagi.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;
ROS
019-574 9154
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails