#Throwback entri lagi. Almaklumlah, banyak sangat yang nak stori kat blog ni. Dah lama plan nak ke Pulau Lagenda nih tapi asyik tak menjadi. Aritu masa birthday Ayra, ros ajak en abu ke sana. Hadiah untuk Ayra, dia pun tak penah jejak kaki ke sana lagi.
Ros rancang dengan en abu diam-diam tanpa bagitau Ayra. Booking hotel thru Agoda, tiket feri beli pagi masa nak ke sana tu. Kangar dengan Kuala Perlis cuma 15 minit. Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma kena tunggu lama di jeti. Kami sampai kat jeti pukul 8 pagi sebab plan nak ambik tiket awal, dapat tiket dekat kol 11. Takpalah, janji ada tiket kan. Orang ramai sebab cuti weekend time tu bersambung dengan cuti Maulidur-Rasul kalau x silap, so ramailah yang pegi bercuti. Ditambah pulak dengan Pesta Air yang sedang berlangsung.
Sampai Langkawi dah tengahari. Lunch siap2 kat KFC jeti kuah pastu cari keta sewa. Terus ke Pantai Chenang, nak bawak ayra dan azri masuk Underwaterworld. Memang ayra sangat teruja.
Nih indoor tau, bukan outdoor.
Kat Kutub Utara. Hiihihihihi taklah, kat dalam Underwaterworld tu lah, ada penguin. Terserlah keboncitan perutku di situ.
Ikan yu.
Kuda laut.
Tapak sulaiman.
Ikan apa ntah, tak ingat nama.
Hai Mr Penguin ;-)
Lepas tu, round Pulau Langkawi dan singgah di Kota Makam Mahsuri. Dah nak tutup pun. Jalan-jalan sat, ambik gambaq.
Sudahnya hampir maghrib baru kami check-in hotel. Ros ambik Amara Hotel di Kuah, belakang Hj Ismail Group. RM70/day untuk satu bilik berkatil king size. Selesa untuk kami 4 beranak. Malamnya jalan-jalan cuci mata di Hj Ismail Group dan dinner pun area kuah ja.
Wajah-wajah kesayangan hamba yang happy dapat bercuti di Pulau Langkawi.
Oklah, stop sini dulu. Nanti sambung lagi part 2 ya.
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;
ROS
019-574 9154
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini.
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
dh lama i tak pegi langkawi..
ReplyDeleteMZ, lepas pantang nanti boleh la bawak baby razeen jenjalan langkawi...
Delete