Sedang berblog walking, terjumpa blog Chef Norzailina...
Dan terjumpa entri beliau tentang satu resipi yang best nih...
Cubalah buat resipi nih, insyaallah kasih sayang antara ibu dan anak akan bertambah erat dan utuh....
RESIPI KASIH IBU
250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat
Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus
Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.
*** Ayra, ibu terlalu sayangkan ayra. Kasih sayang ibu padamu melampaui segalanya. Semoga ayra akan menjadi anak yang solehah.
*** Mama, long sayang mama sangat2. Terima kasih diucapkan atas semua jasa dan pengorbanan mama selama membesarkan long. Long cuba buat yang terbaik untuk kita sekeluarga. Doakan kebahagiaan dan kejayaan long di dunia dan akhirat.
huhu,aiseyman..syahdunye..rasa..
ReplyDeletesedihnya baca entry ni.
ReplyDeleteini semua kerana aku pernah bergelar seorang anak dan kini seorang ibu...
bagus resepi ni..tersirat dan tersurat yg perlukan pengertian mendalam :)
ReplyDeletediyana: sunggoh menyentuh hati kan...
ReplyDeleteibu emy efy eqy: btol, ros pun rasa yg sama...
ayu:ya ayu, jom kita sama praktikkan untuk keluarga kita...