Thursday, June 17, 2010

PUDING ROTI BAKAR

Semalam buat puding roti untukminum petang. Roti gardenia paket kecik baru dimakan 2,3 keping, expired date dia 17 jun(arini). Mesti takdan nak abiskan. So aku decide nak buat puding roti bakar. Dulu selalu buat tapi version kukus. Sejak ada oven nih tak penah lagik buat version bakar.

Sila jamu mata dulu ya. Pandangan atas. Aku taburkan coklat rice dan choc chips.

Pandangan sisi plak. Memang sedap, tak manis sangat. Tak lemak sangat. Tak keras dan tak lembik, sedang2 elok.

Nak resipi ke?

Puding Roti Bakar

Bahan-bahan
1 bungkus roti gardenia kecik (aku guna tak sampai sebungkus)
4 cwn fresh milk (aku guna 2 cwn fresh milk, 2 cwn susu cair)
1/2 cwn gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
3 bj telur

Cara membuat:
1. Preheat oven 180 darjah celcius.
2. Koyak-koyakkan roti menjadi kepingan kecil. Bahagian tepi tak perlu dibuang.
3. Di dalam satu mangkuk sederhana besar, satukan gula, susu, telur, garam dan esen vanila. Gaul sebati.
4. Masukkan roti yang telah dikoyakkan tadi ke dalam mangkuk bahan2 campuran tersebut. Kaup balikkan, biarkan seketika supaya campuran susu meresap ke dalam roti.
5. Sapu loyang acuan dengan butter, tuang campuran roti tadi dan bakar selama 45 minit.
6. Bila masak, sejukkan seketika sblom di makan.

SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

  1. wah... cam sedap la... cara buat pun senang ni... bila2 nak try la...

    ReplyDelete
  2. haaa..benda ni senang nak buat..tapi akka tak penah buat.tak sabar nak duk umah sendiri..pasni leh eksperiment.leh rujuk kak ros nanti.heheheh..

    ReplyDelete
  3. @10

    mmg sedap dan senang... cubalah buat mesti tak menyesal...

    ReplyDelete
  4. @mela

    resipi yg kak ros buat semuanya senang2... ok ja, tanya la kalau ada apa kemusykilan...kalau boleh tlg, kak ros tlg...

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:29 PM

    Sy buat tp lembik..knpa ye?

    ReplyDelete
  6. awak buat ikut resipi nih ke? agaknya telur yang awak guna tu saiz besar kot atau cawan awak saiz besar...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails