Friday, June 11, 2010

AYRA DAH STOP BF

Pada usia 2 tahun 1 bulan dan 5 hari, ayra telah distopkan daripada menyusu badan. Bukan sebab aku mengandung tapi aku rasa dah sampai masa aku patut stopkan dia from BF. Lagipun aku mula menyusu ayra dari jam ke-2 dia dilahirkan. Alhamdulillah, susu badanku banyak mula dari hari pertama ayra dilahirkan. Aku tak perlu mengurut dan sebagainya untuk banyakkan susu.

Mula2 macam sedih jugak nak stopkan ayra from BF. Tapi aku perlu buat jugak. So, aku kuatkan semangat dan bertanya kwn2 yg berpengalaman mcm mana nak stopkan BF. Macam2 petua yang aku dapat.

Salah satu petua yang diorang bagi ialah sapukan ubat gigi. Aku cuba sapukan ubat gigi (sket ja) kat 2-2 nipple pada 8 jun 2010.

Tapi cubaan pertama itu tak berjaya sebab ayra kata "urmmmm, kelet..." (urmmmm...coklat). Kemudian esoknya (9 jun 2010), aku cuba petua sapukan asam jawa. Aku sapu pada 2-2 nipple.

Mula-mula ayra isap sebelah, dia nangis. Dia mintak nak isap sebelah lagi. Bila dia isap lagi sebelah, trus dia kata "asyam..."

Lepas tu bila ditanya,

"ayra, nak nenen dak?"

Dia akan jawab

"amau, asyam...."

Alhamdulillah, dari saat itu sampai sekarang ayra dah tak menyusu lagi. Cuma sekarang dia suka 'merap'. Merap tu macam makin manja, sket2 nangis, sket2 nangis. Aku anggap semua tu cuma semantara dia nak biasakan tanpa isap nenen.

Apa pun aku bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mampu menyusukan ayra dgn susu badan aku sendiri sehingga ayra berumur 2 tahun ++. Mudah2an adik2 ayra nanti jugak akan diberikan rezeki(susu badan) yang sama mcm mana yang ayra dapat.

pssst: gambar ke-2 dan ke-3 tu kredit to google.

10 comments:

  1. Anonymous12:34 PM

    dah berjaya ek..
    kita tak berjaya sepenuhnya lagi
    kdg2 dia minta juga hehe kita bg juga hahah
    ntah bila nk benti btol2

    ReplyDelete
  2. bestnya, kak suzi tak penah berjaya bf anak2 selama itu, paling lama pun 2 bulan ja, macam2 petua dah buat

    ReplyDelete
  3. bagusnya petua ni,nanti nak try la..saya pun tengah start nak stop BF coz anak dah nak masuk 2 tahun..tapi macam agak sukarnya..

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah tuk kak ros.Dia merap seminggu dua ja..pasni dia akan ok.Pastu..dia akan cium 'kwn'lama dia tu tuk ilangkan rindu ja.hehehhe..pengalaman akka la..

    ReplyDelete
  5. @Nana

    alhamdulillah nana, cubaan ke-2 berjaya... skrg nih kekdg ayra still mtk nenen tapi ros sentiasa sapu air asam di nipple... sekali isap trus takmo..."asyam"...

    ReplyDelete
  6. @MAMASYAZA

    alhamdulillah kak suzi, rezeki ayra...

    ReplyDelete
  7. @Ummi Aisyah

    byk lagi petua2 lain tapi saya cuba yang tak memudaratkan anak... lain2 petua yg awak bleh cuba, guna sirih, bwg putih atau letak pencelup merah di breast (buat2 mcm darah, sakit)

    ReplyDelete
  8. @mela

    tu la akka, dok merap sungguh la nih...sket2 nangis, sket2 nangis...kekdg menguji kesabaran nih... tapi tu pilihan kak ros, so kena terima la... la nih pun kekdg dia dok pegang2, gosok2 'kwn lama' dia tu...

    ReplyDelete
  9. syoknyer ros dapat nenen ayra sampai umur 2 tahun...ejan 6 bulan jer..susu kurang!sob..sob..sob

    ReplyDelete
  10. @::Mamalyna::

    jgn sedih ejan... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya...mungkin rezeki Lyna kat tmpt lain... mana tahu nanti rezeki adik2 lyna sampai 2 tahun...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails