Tuesday, December 08, 2009

PRE-PAC DISEMBER 2009

Diambil dari http://tipsptd.com/blog/

Sebagimana yang diketahui, pre-PAC sesi Disember ini masih mengekalkan format 1 hari dan rasanya format tersebut akan kekal buat masa ini. sedikit bagi mereka yang tidak mengetahui, format 1 hari ini diperkenalkan pada hujung tahun 2008 menggantikan format 3 hari yang sebelum ini. Aktiviti tak banyak berubah bahkan ianya menjadi lebih mudah berdasarkan feedback dari peserta yang mengambilnya berulang kali. Aktiviti utama masih dikekalkan yang mencakupi penilaian;
  • Kemahiran berbahasa (English/MElayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Itu lima benda yang biasa dinilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Janagn lupa kemahiran melontarkan idea dan menerima idea dan bagaimana attitude anda di sana. Anda tak perlu jadi hipokrit dengan berlakon yang anda bagus, cumanya simpan atau sembunyikan sahaja sikap-sikap panas baran, nak selalu betul, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya yang anda fikir negatif. Cuma tonjolkan sahaja nilai positif yang anda ada di sana.

Latih dan tingkatkan tahap keyakinan anda, jangan mudah mengalah. Ramai yang cepat mengalah dalam aktiviti fizikal sedangkan kalau dicuba dengan lebih bersungguh, anda akan mampu menghabiskannya.. saya pasti. Apa yang kurang ialah, anda tak yakin yang anda boleh melakukan. Begitu juga keyakinan dalam berucap dan melontarkan idea. Yakin dengan idea anda dan lontarkan dengan penuh kayakinan dengan suara dan nada yang yakin. Anda seorang graduan universiti dan anda lulus ujian bertulis yang mana puluhan ribu orang gagal, anda harus sedar hakikat ini dan tahu bahawa anda adalah graduan yang terpilih!

ptd assessment center


*** wish me luck! i'll attend PAC at INTURA on 12th December 2009....

6 comments:

  1. good luck kak rose!

    ReplyDelete
  2. k.ros, wish u all the best :)

    ReplyDelete
  3. tima kasih semua... tengah nervous nih....dup dap dup dap...

    ReplyDelete
  4. kak ros pasti berjaya..jgn berpeluh na..

    ReplyDelete
  5. mela: insyaallah...mesti berpeluh sebab kena lari 2.4km...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails