Wednesday, August 31, 2005

HARI MERDEKA KE-48....

Tahun nih merupakan kali kedua aku sambut merdeka kat KUTKM. Yang first masa aku tahun 2, masa tu student x ramai lagi so sambutan pun x meriah sangat. Lokasi sambutan ambang kemerdekaan KUTKM masih di tempat yang sama, Padang TTU. Malam nih memang happening giller, macam2 aktiviti yang diaturkan dari kol 8 malam rasanya. Tapi aku, wid dan hasnah cuma ke sana lepas kitorang makan malam lebih kurang dlm kol 11. Sempat la nak tengok beberapa performance dan countdown hari merdeka yang ke-48 nih. Memang terasa hangat sambutan kali nih. Yang paling best masa countdown disambut dengan laungan MERDEKA sebanyak tiga kali dan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil disulami dengan percikan bunga api. Memang happening habis. Takyah nak gi KLCC ke Dataran Merdeka ke.
Image hosted by Photobucket.com

view pentas utama....

Image hosted by Photobucket.com

semangat merdeka warga KUTKM...

Image hosted by Photobucket.com

bacaan sajak KERANAMU MALAYSIA oleh rektor

Image hosted by Photobucket.com

wid, hasnah, myself....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-48, semoga bumi kita akan sifar penjajah dari segi mental, fizikal dan budaya...

Monday, August 29, 2005

KENAPA........

Kenapa orang kata pasangan sulung sama sulung susah nak kekal? Kenapa orang kata pasangan sulung sama sulung nih 'panas'? Kenapa bongsu dan bongsu pulak 'sejuk'? Kenapa tempoh sesuatu hubungan tu dikatakan bukan penentu jodoh itu kekal atau tidak? Kenapa susah seseorang nak memahami seseorang yang lain? Kenapa mesti setiap pasangan bergaduh? Kenapa mesti ada yang tak kena? Kenapa 'lidah kena gigit dgn gigi'? Kenapa kepala mesti sakit kalau banyak sangat memikirkan masalah? Kenapa kehidupan perlu disulami dengan pelbagai masalah? Kenapa mesti aku timbulkan semua persoalan 'kenapa' nih? Kenapa terlalu banyak 'kenapa' nih? Kusut laaaa.....serabut....Astaghfirullah hala'zim....

Friday, August 26, 2005

KENALI PERSONALITI LELAKI...

As I promise, nih entry bagaimana untuk kenali personaliti lelaki. First & foremost korang kena tau burfday si dia atau kawan lelaki korang pastu tukar tarikh masihi tu kepada tarikh hijrah. Kat bawah nih aku dah sediakan converter tarikh masihi ke hijrah. Selamat membaca. Semuanya sekadar panduan tapi jangan terlalu berharap atau percaya..


Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'ban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Wednesday, August 24, 2005

KENALI PERSONALITI WANITA....

Sekarang nih aku teruja sangat dengan something yang related tentang bagaimana untuk mengenali personaliti seseorang. Tak kisah ler berdasarkan apa cara sekali pun. Last entry aku ader masukkan tentang graphology iaitu mengenali peribadi sesesorang berdasarkan tulisannya. Dalam entry nih plak aku khususkan bagaimana untuk mengenali personaliti wanita berdasarkan simbol alam seperti tanah, api, air dan angin yang diklasifikasikan mengikut zodiak tarikh lahir mereka. Yang penting korang cuma perlu tau tarikh lahir dan juga zodiak girl yang korang nak tgk personaliti tu. So, check it out....

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. "

Macam mana? Dah tau personaliti kawan pempuan korang atau awek korang? By the way, ini cuma ramalan dan x semestinya 100% tepat. Ermmmm....maybe akan ada yang kata aku bias sebab just masukkan entry tentang wanita. Insyaallah aku cuba masukkan bagaimana untuk mengenali personaliti lelaki plak. So, tunggu yer....

Akunyer bulan lahir ---> 3x5+6-1+1x4/12=ketam :)

Saturday, August 20, 2005

PINK HELLO KITTY LAPTOP...

Hehehehe... Dapat lagik satu subjek best yang boleh dijadikan entry dalam blog aku. Satu benda yang sememangnya menjadi kegilaan aku dulu, kini dan selamanya. Pink Hello Kitty Laptop, itu ler bendanya. Aku terjumpa page yang story-mory the morning glory how to make such pinky thing. Sebelum nih aku cuma penah tengok laptop yang Reese Weetherspoon pakai dalam Legally Blonde jer yang pink kaler. Tetiba malam nih terjumpa lagik yang lain. Actually, laptop tu takde dijual di pasaran tapi boleh dibuat sendiri. Klik kat sini kalau nak tengok camana nak buat laptop pink nih.

Image hosted by Photobucket.com

Feeewiiitttt, cutenyer. Sekali pandang macam laptop mainan bebudak jer kan? tapi nih real tau.

GRAPHOLOGY....

Tadi baru jer aku tulis dalam tagboard yang aku takde idea. Arini boleh dikategorikan sebagai paling boring, sambil2 dok surf internet, aku terjumpa satu kajian atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai graphology (kajian tulisan) yang dibuat oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Meh aku syer ngan korang. Cuba go thru entry nih pastu tengok samada kajian nih menepati personaliti atau peribadi korang.

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
* Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat (Semua huruf ditulis dengan bulat)
* Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper (Tulisan yang angular dan sharp )
* Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
* Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
* Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
* Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
* Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
* Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
* Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
* Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
* Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
* Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
* Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
* Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Tulisan aku = kecik2 + bulat2 + tegak2...
So, dah teliti tulisan memasing? Sama tak kajian nih ngan personaliti korang? Rasanya 90-100% hampir tepat kan?

Friday, August 19, 2005

TETIBA JER...

Tetiba jer, aku teringat kan lagu nih... kenaper ekkk??? Lagu nyanyian kumpulan nasyid In Team...

DOA SEORANG KEKASIH...

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Tuesday, August 16, 2005

KIMONO.....

Zaman sekarang macam-macam fesyen ada. Bak kata pakcik Astro 'MACAM-MACAM ADA". Ada fesyen kurang kain, ada fesyen terlebih kain, ada fesyen macam nih, ada fesyen macam tu. Sebelum nih, musim baju kebaya yang disuaipadankan dengan jeans (macam aku pakai gi kenduri Pn Hamimi tu). Bukan sahaja untuk majlis formal jika dipakai dengan kain batik malah boleh dijadikan pakaian kasual. Sekarang datang pulak musim baru. Kimono, merupakan pakaian tradisional masyarakat jepun. Dalam pasaran tempatan, dah ada jual kimono dengan harga yang amat berpatutan. Ni bukan kimono yang labuh ke kaki atau yang kena pakai bengkung kat pinggang pastu jalan pun terkedek-kedek dengan terompah kayu tu (teringat ceta OSHIN). Actually kimono nie dah diubahsuai supaya sesuai dengan cuaca dan keadaan di sini. Material yang digunakan adalah kain kapas, berlainan sekali dengan kimono original dari kain sutera yang tebal berharga ratusan malahan ribuan ringgit.

Aku sendiri tak terlepas dari tempias fesyen kimono nie. Aku ada 2 helai ( mcm gambar kat bawah). Kimono nie boleh dipakai dengan jeans, memudahkan pergerakan dan takdela nak jln terkedek-kedek lagi.

Image hosted by Photobucket.com

model tanpa kepala - kimono paras lutut hijau pucuk pisang...

Image hosted by Photobucket.com

model bercuti - kimono paras punggung hitam bunga merah+kuning..

Pada pandangan aku, aku amat setuju jika pakaian tradisional nie disuaipadankan dengan zaman sekarang. Supaya generasi muda tak lupa tradisi sendiri dan sekurang-kurangnya pelancong asing pun dapat mengenali budaya sesuatu negara. Dan tak salah jugak kalau tradisi dikongsi asalkan tidak menyalahi undang-undang agama dan negara.

ralat : Entry kali nih ayat sopan ler plak. Latar belakang untuk gambar kedua adalah karpet dalam bilik aku..

Sunday, August 14, 2005

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Weekend nih aku x ke mana, juz stay kat rumah. Memula ingat nak gi KL nak survey baju n brg2 utk ber****** tapi memandangkan keadaan darurat jerebu, terpaksa aku cancelkan plan tu. Last thursday dah gi tangkak, dapat ler barang skit. Start hari jumaat kena plak roomate aku blk kampung, bilik kat tingkat atas nih tinggal aku sorang jer. Yang lain sumer ader aktiviti memasing, ptg nih baru diorg balik. dahler buah hati aku x ok lagi, nih pun pakai pc wid (mentang dia balik kg, pc nih aku yang punya, hehehehehe).

Haaaa, arini baru aku ader aktiviti best. Pegi kenduri kawin ex-tutor elektronik, Pn Hamimi Fadziati & suami kat Telok Mas. Kitorang gi 2 buah keta dari Ayer Keroh, sampai sana ader sebuah keta lagi sedia menanti. Arini aku dressing kebaya pink+jeans hijau army+tudung pink+high heel pink=(ratu pink).

Image hosted by Photobucket.com

aku dgn kebaya pink ku...

Sampai rumah pengantin, hujan renyai2 menyambut kami. Pengantin mengenakan persalinan serba hijau pucuk pisang (memang sesuai sebab kedua pengantin berkulit cerah). Pelamin dan meja makan beradab pun hijau. Cantik dan ceria.

Image hosted by Photobucket.com

bagai pinang dibelah dua...

Selesai mengisi perut, kitorang berjumpa dengan pengantin. Ucap tahniah, bersalaman dan ada jugak yang bertanyakan berbagai soalan. Lepas tu, Pn Hamimi mempelawa kami bergambar bersama dia dan suami di pelamin. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang.

Image hosted by Photobucket.com

bergambar kenangan di pelamin raja sehari...

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA PN HAMIMI FADZIATI & EN.AMIR FADZLIM. TERIMA KASIH DI ATAS UNDANGAN DAN CENDERAHATI YANG DIBERIKAN. DIDOAKAN SEMOGA KALIAN BERDUA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT. AMIN...

p/s : klik sini untuk tengok banyak gambar lagi...

Friday, August 12, 2005

ABU ZAR....

Abu Zar al-Ghifari (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masehi) : Seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliaulah daripada orang-orang yang mengharamkan arak dan judi pada masa jahiliah dan daripada mereka yang tidak menyembah berhala. Beliau masyhur dengan sifat ketakwaannya dan hidup dalam keadaan susah. Beliau telah menggalakkan orang-orang fakir supaya berkerja dengan orang-orang kaya. Beliau telah menyertai dalam pembukaan kota Baitulmaqdis bersama dengan Omar bin al-Khattab. Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenainya yang bermaksud: "Allah merahmati Abu Zar yang mana beliau hidup berseorangan, mati berseorangan dan akan dibangkitkan dengan berseorangan".

~~u've got the same name wif him dear, so hope u'll also act like him~~
~~Juz wrote somethin bout him coz i missed u very much. ~~

Tuesday, August 09, 2005

BEAUTY OF A WOMAN...

Actually, entry nih sumbernya aku dapat dari e-mail yang dihantar oleh salah sorang sahabat aku. Aku suka baca...

~~ Beauty of a Woman ~~

The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman
With time, only grows..

Monday, August 08, 2005

SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF)...

Semester nih kitorang aktif melampau. Dah sem last baru nak gigih, apsal dulu2 kiter x aktif cam nih ek? Lepas pesta konvo, main netball lagi. Kali nih untuk inter-faculty. Tapi memang best aarr, enjoy abis. Dalam banyak2 yg main tu rasanya kitorg jer yang veteran, yang lain sumer putik2 jagung lagik. Semangat kefakultian kitorang kuat, mana taknya siap pakai baju kaler oren lagi (sama kaler ngan bangunan fakulti Kej. Elektrik kat Kampus Durian Tunggal).

Image hosted by Photobucket.com

nih ler team FKE yang bersemangat dr segi pemain dan jugak para penyokongnya. cayalah FKE!!!
Game kali nih lain skit sebab kitorg just main 4 org satu team, main half-court. Sebabnya ada satu keter kancil biru *AT **49 parking kat situ, tuan keter tu takde so takleh ubahkan keter tu. Actually court netball yang kitorg main semlm kat depan hostel pangsapuri (hostel pempuan). First time aku main netball camnih (half-court). Memula tuh, confuse gak dgn rules dier tapi dah lelama ok aa... Penat giler sebab sesapa jadi GS kena jadi GK, sapa jadi GK kena jadi GS, WA jadi WD, WD jadi WA, GA jadi GD, GD jadi GA. Means, kena main non-stop aa..

Main punya main, kitorg dapt naib johan. semua game menang cuma dgn Fakulti Kej. Elektronik & Komputer jer kitorg kalah. Itupun kitorg puas ati sebab diorg memang terror (maklumlah player kolej). Yang paling best kitorg dpt gol 42 masa lawan dgn FK*. Sumer hadiah sama jer, beg KUTKM. Bezanya ada tulis johan, naib johan atau tmpt ke-3 jer. Tak kisahlah, yang penting semangat kesukanan dan semangat berpasukan tu yang patut diutamakan.

Hmmm...main punya main, game last aku injured. Kaki aku terseliuh, ala-ala Kefli bunyinya 'praap'. Urat merah, buku lali bengkak. So, arini aku x gi kelas Prof Marizan (sistem pengagihan). Maaf yer prof, sumernye demi FKE. Nanti dah ok, saya msk kelas prof.

Image hosted by Photobucket.com

nih ler kaki yang injured tu, siap dibandage. hmmm, nak tunjuk sandal pink ke tu??

p/s : naz, thanx a lot dik. Maju suka untuk FKE!!!
nak tengok banyak gambar lagi, klik sini

Sunday, August 07, 2005

..::WORLD::..
BELIA BENCI DADAH!!!

Friday, August 05, 2005

DR ALITA OH DR ALITA....

Arinih last day utk Dr Ir Alita Dewi ( x-lecturer electrical machine & power system analysis aku) berada di bumi Malaysia. Actually dia nih muda lagik n still single but dah ader title Dr n Ir. Dia dah tamat kontrak selama 3 thn mengajar kat sini dan ada pihak2 berwajib tak menyambungkan kontrak dia. Mlm nih sumer bebudak pempuan kls aku gi rumah dr alita. Kitorg borak dari kol 10.45 sampai kol 12. Sambung plak sesi tangkap-menangkap gambar. Rasa sedih plak, sebab maybe aku agak close ngan dia especially sem nih n sem lepas coz selalu temankan wid jumpa dia discuss pasal PSM. Thanx a lot for everything that u gave us. We'll appreciate wutever u've done before, semoga doa Dr nak tgk kitorg sukses akan dimakbulkan oleh Allah. Doa kami semoga Dr selamat sampai ke jakarta dan all the best in ur future. Itu jer buah tangan yang sempat kami beri dalam keadaan kelam-kabut, wutever pun hope u forget us not!!! We Love You Very Much!!!


Image hosted by Photobucket.com

Dr Alita Dewi, orgnyer simple tapi berisi. Thanx for everything Dr.

P/S: Sebelum ke rumah Dr Alita, ke JJ Ayer Keroh dulu, beli somethin' for her. Sebelum tu pulak, kitorg dari rumah kiyai n the gang coz diorg buat majlis tahlil dan doa selamat (katanya ada budak rumah tu psg niat). Thanx utk nasi goreng+karipap+kek pisang+air sirap. Semoga kita semua diberkati olehNya.....

Wednesday, August 03, 2005

BUAH HATI AKU SAKIT.....

Sedihnyer, 'buah hati' aku sakit. Dalam 2,3 minggu lepas lagi memang dah poblem skit2. Biler nak ON jer dier suh press F1 la, press enter la. Rasanya salah aku gak, aku terdelete file system masa aku delete file atau program yang aku dah x pakai dalam dier. Semalam dier makin teruk, siap suh insert boot disk dan takleh nak ON langsung.

Aku sayang sangat kat dier, w'pun dier slow, lambat, lembab dan sewaktu dengannya, dierlah yang banyak tolong aku start dari aku mula blajar kat sini. hampir 4 thn aku bersama dengan dier. W'pun dier cuma mempunyai processor PENTIUM III 450MHz, aku cukup berbangga dengan laptop aku yang satu nih. RAM dier aku dah tambah, laju ler skit. W'pun x selaju org lain. Sekarang nih ejam merangkap bf roomate aku tengah tengokkan 'buah hati' aku tu. Aku doakan semoga dier cepat sembuh. Yang paling penting, banyak gambar2 dari aku semester lepas ada dlm tu termasuk software PSM aku. Sayang, semoga cepat sembuh yer...
Related Posts with Thumbnails