Friday, June 07, 2013

SOFIA THE FIRST - ONCE UPON A PRINCESS

Mulai Julai 2013, Disney's akan mempersembahkan siri televisyen puteri kecilnya yang pertama iaitu "Sofia The First - Once Upon A Princess". Tayangan perdana filem animasi ini telah diadakan pada hari Ahad, 19 Mei 2013 dan Isnin, 23 Mei 2013 di Disney Junior. Filem ini menampilkan satu penampilan istimewa watak klasik Disney iaitu Puteri Cinderella. Filem ini juga dipenuhi dengan muzik dan menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa.


Sofia mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.     


Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.     

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.       


Selain tayangan perdana “Sofia the First: Once Upon A Princess”, Disney Channel dan Disney Junior akan melancarkan laman sesawang DisneyChannel-asia.com dan DisneyJunior-Asia.com/Sofia yang menampilkan kehidupan kaum diraja. Kanak-kanak boleh menjalani aktiviti kreatif, mencipta avatar putera dan puteri mereka sendiri dengan permainan Royal Me, menghias bilik Sofia atau berseronok dengan pelbagai laman aktiviti dan video yang didapati dalam laman tersebut.

“Sofia the First: Once Upon A Princess” dibintangi oleh:

Ariel Winter (“Modern Family”) sebagai Sofia 
Sara Ramirez (“Grey’s Anatomy”) sebagai Permaisuri Miranda
Wayne Brady (“Let’s Make A Deal”) sebagai Clover 
Tim Gunn (“Project Runway”) sebagai Baileywick 
Darcy Rose Byrnes (“Desperate Housewives”) sebagai Amber 
Zach Callison (“Land of the Lost”) sebagai James 
Travis Wilingham (“Ultimate Spider-Man”) sebagai Raja Roland II
Jess Harnell (“Doc McStuffins”) sebagai Cedric
Ashley Eckstein (Star Wars: The Clone Wars”) sebagai Mia the Bluebird
Meghan Strange (“Special Agent Oso”) sebagai Robin
Lagenda Disney, Russi Taylor (Minnie Mouse) sebagai Fauna
Barbara Dirickson sebagai Flora
Tress MacNeille (Daisy Duck) sebagai Merryweather.
Jennifer Hale sebagai Cinderella.

Pastinya “Sofia the First: Once Upon A Princess” akan membawa satu fenomena baru dalam dunia animasi yang seterusnya akan menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan.

 




4 comments:

  1. Uhuk. Anak perempuan takda.. tengok la nanti mak budak2 ni yang tunggu tengok, haritu punya pon mona rekod tau ros.. free2 mona tengok.. comel kot si sofea tu! =))

    ReplyDelete
  2. hihihi... mak2 budak pun sure akan layan jugak... mmg comey sofia nih... apa tunggu lagi, mona junior la plak... ;-)

    ReplyDelete
  3. Gegirl for sure akan suka cerita ni. My daughter pun tiap2 hari nk tgk. Nasib baik rekod hari tu. X sabar tunggu july. Haha

    ReplyDelete
  4. nieda, benda comey sure gegirl suka...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails