Wednesday, February 02, 2011

'NGAKU' JUGAK AKU AKHIRNYA

Aritu baca kat blog nana pasai buah ngaku nih. Teringin nak mencuba dan aku dah plan kalau jumpa buah ngaku nih kat memana, aku akan beli dah cuba makan. Lagipun buah ngaku nih cuma ada bila musim raya cina saja. Selain ngaku, buah nih jugak dipanggil arrow head kan? Sori kalau maklumat aku nih salah. Kalu yang tak penah tengok buah ngaku nih, tengok kat bawah nih.

Rupa dia lebih kurang macam buah sengkuang cina cuma kulit dia tak hitam macam sengkuang cina. Aku beli 5 biji ja, risau beli banyak2 takut tak lalu makan. Almaklumlah, benda baru nak cuba. Tak mahal buah nih, sekilo RM 2.90 ja.

Cara memasak dia pulak macam nih. Memula korang kupas kulit dia then hiris nipis-nipis. Atau lebih senang, sagat nipis-nipis.

Kemudian, korang goreng sampai garing. Ala-ala macam goreng kerepek. Dan hasilnya akan jadi macam nih.

Memang sedap. Rasa dia lemak-lemak masin tambah kelat2 sket. Lebih kurang macam kerepek pisang. Kalau nak tau macam mana rasa, cuba la beli then goreng. Cepat, sebab musin buah ngaku nih dah nak abih.

pssst: aku ngaku ketika entri nih ditaip, aku sedang mengunyah kerepek ngaku.

10 comments:

  1. patotlea teman tengok kat tesco aritu, kan main ramei le dema (bangsa cina) dok pilih2 buah nie.. dok pikior.. ape le buah nie...
    leh try kalau ada ternampak buah nie nanti!!!

    ReplyDelete
  2. salam...
    cam tu ka....nanti nak gi tesco nak beli....

    ReplyDelete
  3. @kulop ludin

    ye la, buah bermusim... bila tiba musin pakat berebut membeli especially bangsa cina... org kita tak ramai yang tau makan buah nih...

    ReplyDelete
  4. @pak long

    salam... ya pak long... mcm tu la kira2nya... cubalah beli sebelum abis musim buah nih... kalau tak, kena tunggu tahun depan le jawabnya...

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan buah ni,rasa mcm nk cuba je

    ReplyDelete
  6. @Ummiross

    cubalah sementara masih ada musim nih... rasanya rata2 pasaraya ada jual buah nih..

    ReplyDelete
  7. tak pernah dengar pun buah ni.asal mana ya ..?

    ReplyDelete
  8. ada kat supermarket.... asal mana kak ros tak pasti...

    ReplyDelete
  9. kat tempat kakyong ni, kat pasar la.. selalu ade buah ni.. x kira musim.. selalu pun cina jer yg beli.. rupanya buleh buat kerepek yer...

    ReplyDelete
  10. @kakyong

    tak bermusim ekk kak yong... a'ah, boleh buat kerepek...kalau masak lain2, ros tak pasti pulak mcm mana...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails