Friday, February 18, 2011

LYE HUAT GARDEN PART 1

15 Feb 2011 sempena cuti umum di perlis, aku ajak en abu ke Lye Huat Garden di kawasan R&R Changlun. Kawasan rekreasi nih ala2 zoo+taman bunga/bonsai. Macam-macam benda ada kat sini. Fees masuk agak mahal, RM10 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak2 5 tahun-12 tahun. Tapi aku rasa agak berbaloi memandangkan kawasan Kedah dan Perlis yang agak terkebelakang dengan tempat riadah sekeluarga macam nih. Zoo pun takdak.

Ayra pose di pintu masuk ke Lye Huat Garden.

Sebaik masuk pintu utama, korang disambut dengan lanskap yang dikuasai oleh satu pokok bonsai yang besaq.

Patung-patung askar zaman Tamadun China lama. Poyo ja en abu posing gitu. Layan je la.

Ayra naik kuda besi.

Tengok sapa lagi tinggi?

Ayra posing sendiri then request aku ambik gambaq dia.

Konon-konon dua beranak nih dok main-main dengan 'kuda' tu.

Ishhhh, bolattttnya pipi aku.

Salah satu jambatan yang merentasi kolam buatan manusia yang dipenuhi dengan ratusan ikan toman yang sebesar paha.

Single pose. Nampak skema le plak.

Charlie's Angle pose by ayra dan en abu.

To be continued...

Thursday, February 17, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE

Dah lama bercita-cita nak buat coklat sendiri. Akhirnya last weekend aku terjah ke kedai jual bahan-bahan buat kek di Jitra, rembat sepapan dark choc dengan hazelnut paste. Plan nak mix dengan white choc yang masih berlamabk dalam esbok. Siap beli acuan choc lagi. Dan hasilnya
Amacam? Ok tak? Hehehehe, coklat nih sangat sedap. Tak manis sangat. Tapi kalau ada kekacang lagi best. Terlupa nak beli kekacang sebenarnya aritu. Takpa, pasnih nak beli kekacang plak. White choc masih berbaki dalam esbok, tambah beli dar choc je. Puas hati bila buat sendiri.

Bahan-bahan:

1 bar dark choc
1 bar white choc
1 sudu besar hazelnut paste

Cara membuat:
Double boil kan semua bahan. Bila sebati, sudukan ke dalam acuan. Sejukkan, siap untuk dimakan.

pssst: aku pakai white n dark choc brand Colatta.

PESERTA TEKA-TEKI TEKA-TEKUK: HADIAH DAH DIPOS

First and foremost nak mintak bebanyak maaf kat semua peserta Teka-Teki Teka-Tekuk @Cerita-Ceriti Ibu Ayra di atas kelewatan proses penghantaran hadiah korang. Walaubagaimanapun, setelah hampir sebulan berlalu hari nih aku dah selesai poskan hadiah 'comel' buat kesembilan peserta kecuali Wan yang tak bagi address. Wan, insyaallah nanti ros bagi by hand kalau berkesempatan ke rumah wan.

Rasanya minggu depan baru sampai ke tangan korang sebab aku pakai normal pos. Nanti dah terima, inform ya. Kalau tak terima pun inform tau. Harap korang suka dengan hadiah 'comel' tu. TQ sangat-sangat coz sudi memeriahkan Teka-Teki Teka-Tekuk tu. Nak tengok hadiah, klik SINI.

Jom join 4th Anniversary Giveaway @ Cerita-Ceriti Ibu Ayra plak.

pssst: kebetulan en abu beli setem pun kaler PINK. I likeee!

Related Posts with Thumbnails