Friday, September 12, 2014

KISAH ANAK-ANAK | AYRA DAN AZRI

Sekarang ni jarang sangat bercerita pasal anak-anak kat blog nih kan? Dulu masa anak sorang, kemain lagi. Semua progres anak nak tulis, nak cerita. Dah dua anak, banyak progres anak skip cerita kat sini. Sori dik, vitamin M ibu menguasai diri.

Oklah, layan dulu sekeping gambar dua beradek nih. Kawan bermain, kawan suka, kawan duka. Kakak jarang atau lebih tepat tak penah pun nak buat/kacau adik. Biasanya adik yang kacau kakak. Apa yang kakak main, semua adik nak main jugak. Kadang-kadang sampai merajuk kakak dibuatnya.

Kalau kakak nak bermanja dengan ibu, mula la mai akai adik nak isap nenen. Dan-dan tu la adik mai dok atas riba ibu. Dah pandai jealous. Tapi satu, adik dan kakak tak pernah berebut makanan. Kalau adik makan, bila kakak mintak dia akan bagi. Walaupun pada mulanya acah-acah tak bagi. Nak nyakat kakak la tu.


Kakak kekadang merajuk dengan ibu atau abah especially bila ibu bagi lebih perhatian pada adik. Jenuh nak explain yang adik tu masih kecik, kakak dah besaq. Masa kakak kecik dulu, ibu buat macam tu jugak kat kakak. Ibu sayang dua-dua anak ibu.


Adik dah boleh berjalan pada umur 1 tahun 5 bulan. Lambatkan? Risau gak aritu, tapi masih sabar menanti. Kalau 1 tahun 6 bulan masih tak berjalan, memang kena jumpa paed la. Kakak dulu berjalan pada umur 1 tahun 1 bulan. Mungkin lelaki lambat sikit progresnya. Alhamdulillah sekarang dah cekap berjalan dan memanjat sofa/katil. Gigi pun dah banyak, rasanya dah hampir 16 batang. Gigi pertama keluar masa umur adik 9 bulan.


Nampak tak gigi dah penuh. Tapi paling tak suka gosok gigi. Ibu kena paksa, gosok gigi sambil adik nangis. Adik dan kakak punya persamaan. Dua-dua takleh jumpa kamera. Pantang sangat. Pantang jumpa confirm posing sakan, senyum sampai telinga.


Ibu  bersyukur dikurniakan dua permata hati yang akan mendoakan ibu nanti. Semoga adik dan kakak akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Cemerlang dunia dan akhirat.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

2 comments:

  1. Takpa ros.. org tua2 kata.. kalau gigi tumbuh awal.. lambat sket jalan.. dont worry k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mona, ayra start tumbuh gigi umor 4 bulan. Lagi awal. Apa pun, la nih azri dah bleh jalan. Yeay!

      Delete

Related Posts with Thumbnails