Friday, July 23, 2010

RUPA TIADA TAPI.....SEDAP!

Tajuk tak bleh blah langsung. Hehehe tapi aku rasa tu tajuk yang sesuai untuk entri aku kali nih. Tapi jangan salah anggap ya. Entri aku kali nih adalah pasal donat. Sapa tak penah makan donat, angkat tangan? Semua mesti penah makan kan? Biasanya donat yang korang makan, rupanya mcm gambaq kat bwh nih kan? Cantik ja, bulat, gebu, kaler pun cantik ja.

Petang tadi aku buat donat untuk minum ptg kami sekeluarga. Nak tengok mcm mana rupa donat aku? Sila jangan gelak....

Hahahaha, aku sendiri pun gelak guling2. Bulat tu dah ada. Cuma tak berlubang kat tengah. Pastu kaler pun ala2 macam baru berjemur kat tepi pantai ja kan. Hihihihi, korang gelak le puas2. Apa pun donat nih tetap sedap. Double thumbs up tau! Aku gentel bulat2 sebab aku takde acuan donat (nak kena beli satu nih). Kalau aku bentukkan lubang2 tu sendiri, sure lagi tak lawa. So, baik aku buat bulat2 je kan, lagi selamat. Kalau korang nak tau rasanya, cubalah buat. Aku guna resipi Donat Suria ambik dari blog syerah.

Aku suka resipi nih sebab senang dan sedap. Lagipun aku nak abiskan stok susu tepung DL123 Honey ayra yang aku beli last month. Ayra reject susu tu, dia kata "asyammm...." Actually ayra sekarang minum Nespray 1+ Honey tapi problem sembelit dia masih tak solve2 lagi. So, aku nak tukarkan balik ke DL123, tapi dia reject. So aku terpaksa bagi Nespray 1+ Honey tu balik dan alhamdulillah sekarang nih ayra dah tak sembelit lagi. Ok, jom tgk resipi donat nih.

Donat Suria

Bahan-baha:
3 cwn tepung gandum
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula castor
3 sudu besar susu tepung
200 ml air suam,larutkan dgn 2 sudu kecil yis kering.20 ml air jika perlu.

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.
2. Bentukkan dan goreng.
3. Boleh la gaul dgn gula atau apa2 saja yang korang suka (nak dip dlm coklat ke)

3 comments:

  1. salam kenal...

    anak2 akak pon suker donut nih... nnti nak cuba la resepi ros nih...

    p/s : akak sggah dari blog nana... da folow tau... nnti xchange link yer..

    ReplyDelete
  2. Hi, hope it's OK to contact you here. We would love to include your blog on our giveaway search engine: Giveaway Scout (http://www.giveawayscout.com). Have a look and if interested, use our online form to add your blog (http://www.giveawayscout.com/addblog/ ). thanks, Josh

    ReplyDelete
  3. @zue @ annaleeya

    salam kenal kak zue...
    cubalah buat. insyaallah jadi...resipi pun senang... ok, kita exchange link...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails