Thursday, May 23, 2013

JUMPA NINA MASTERCHEF MALAYSIA S2

Selepas 15 tahun baru jumpa balik dengan Nina (Masterchef Malaysia S2). Actually Nina nih schoolmate aku dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Sebelum ngundi ada inbox dia FB, bgtau kalau dia balik jitra nak ngoder kek kat dia. Nina bgtau yang dia akan balik ngundi, insyaallah lepas tu boleh dapat kek. Akhirnya dapat jugak merasa kek air tangan Nina.

Tuan tanah kedaung dengan Nina yang sememangnya dari dulu putih gebu. Tambah pulak dok sebelah aku yang tak berapa nak gebu nih kan...


Tima kasih Nina coz sudi luangkan masa antar kek nih ke rumah ros.

Kek Darulaman Rinduku.
Actually kek nih Nina buat masa kat dalam Masterchef dan dia menang episod tu. Chef Jo pun suka sangat dengan kek ni. Memang sedap. Gabungan kek labu dengan sususan pisang segar dan dikomplimen dengan whipping cream dan strawberry n kiwi memang mengancam.


Nih la pengarang jantung si Nina tu, Darwish namanya. Comey macam mama dia.


Terima kasih daun keladi Nina, umuq panjang jumpa lagi.

2 comments:

  1. Anonymous6:35 PM

    Memang putih melepak orangnya ye..sedap nampak kek tu ha

    ReplyDelete
  2. mmg nina putih melepak... yup, kek tu mmg sedap...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails