Wednesday, November 03, 2010

BANJIR 2010


Keadaan di rumah aku pagi tadi (3 nov 2010). Setakat petang ni, air dah naik sehingga paras lutut. Rumah mama di jitra pulak air masuk ke paras pinggang. Berserah saja kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Monday, November 01, 2010

RISAU....BANJIR DAH TIBA

Korang tengok la gambaq2 kat bawah nih. Semua gambaq nih adalah di sekeliling kawasan perumahan aku. Asalnya sawah padi tapi sekarang dah jasi mcm laut.

Kampung2 kat tepi2 kawasan perumahan nih pun dah banjir. Air sungai pun dah hampir penuh.
Tengok berita tadi, paling ramai mangsa banjir dipindahkan adalah di perlis. Aduhhhh, risau...risau...

Sebab rumah aku nih penah banjir pada tahun 2005. Air masuk dalam rumah sedalami 1 kaki. Ujan langsung tak reda, apatah lagi berenti sejak ari sabtu lepas.

Banyak jalan dah ditutup, tak boleh lalu sebab air naik. Tapi mujur di dalam bandar Kangar blom ditutup, masih ok lagi. Tapi kalau keadaan hujan mcm nih, tak tau la nak kata apa. Harap2 hujan berenti... Amin...

pssst: Banjir besar 2005, rumah mama aku tenggelam paras dada. (dada aku yg tinggi 173cm nih). Peristiwa tu pada 18 Dis 2005, sehari sblom iaitu 17 Dis adalah hari pertunangan aku dgn en abu. Abis semua hantaran tenggelam banjir.

Thursday, October 28, 2010

AYRA BERINAI

Actually nih kali kedua ayra berinai. Memula dulu kalau tak silap aku masa dia setahun. Time tu dia blom pandai berckp lagi. Time tu abih baju dia kena inai, sebab dia tak dok diam. Kali nih ayra yang excited lebih bila aku ajak pakai inai. Dia siap jerit-jerit

"yeay, yeay...nak pakai inai...."

"yeay, yeay....ayra pakai inai..."

Aku pakaikan inai tiub dari mekah pemberian seorang kawan yang baru balik dari umrah. Seronok kawan aku tu, dapat berpuasa sebulan dan sambut raya sekali kat Mekah. Mudah2an satu hari nanti kami sekeluarga dapat la jejakkan kaki ke sana. Nih la rupa inai tiub tu. Sori gambaq terlebih pencahayaan. Macam ubat gigi tapi kecik ja. Mudah, tak payah nak tumbuk2 lagi. Rasanya sekarang kebanyakan orang balik umrah/haji akan bagi inai tiub nih sebagai ole2 selain dari tasbih, air zam2 dan kurma kan?

Ayra diam ja sepanjang aku pakaikan inai kat kuku dia. Aku cuma pakaikan atas kuku. Dan hasilnya...

Tengokla muka budak yang suka sangat bila dipakaikan inai.

'Peace' pulak...

pssst: ayra pakai kat kuku tangan, ibu ayra pakai kat kuku kaki... ibu pun keciwi jugak.

Related Posts with Thumbnails