Sunday, November 21, 2010

AYRA DISCAJ ON THURSDAY


Ayra dah discaj dari wad pediatrik HTF pada khamis lepas. Doc off drip pada petang rabu sebab time tu dia kencing dah overflow even baru 3 jam pakai pampers. Started from rabu tu jugak dia dah berselara nak makan dan minum. 9 botol jugak la ayra kena drip. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan ayra. Jasa korang semua hanya Allah yang boleh balas.

Esok (22/11/2010) ayra ada appointment kat klinik pediatrik HTF. Kali nih nak tengok lebih detail pasal kelenjar dia yang membengkak tu. Report chest x-ray yang ambik time di wad blom dapat laporan penuhnya dari pakar. Result blood test yang diambik 3 hari sblom discaj pun blom dapat lagik. Hope semuanya normal. Tapi kelenjar ayra tu masih maintain besar tu jugak. Tak membesar dan tak mengecut. Hmmmm, perasaan aku bercampur baur sekarang. Aku hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya.

pssst: aku demam pas ayra discaj. satu badan lenguh. sampai skarang pun masih terasa lemah2 badan. tu baru seminggu menjaga org sakit di hospital...

MENANG HADIAH MISTERI FROM TIYA WITH LOVE 1ST GIVEAWAY

Alhamdulillah, lepas ayra kluar wad aku dapat tau aku menang hadiah misteri di blog Tiya. Tima kasih pada puan penganjur dan tahniah pada semua pemenang.
Klik sini untuk tengok pemenang lain.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA DARI WAD PEDIATRIK HTD


Syahdu ja rasa hati bila dengaq takbir raya. Buat pertama kalinya, kami sekeluarga akan beraya di wad pediatrik, Hospital Tuanku Fauziah. Ayra bertambah baik setelah 8 botol air masuk ke dalam badan dia. Selera makan dia masih macam tu jugak, takmau makan. Pagi tadi buat x-ray, doc kata nampak ok. Tapi kami masih tunggu laporan penuh dari pakar kanak-kanak. Petang pulak buat ujian ultrasound kat perot. Normal jugak. Semalam nurse ambik stool ayra sebab semalam dia kena diarrhoea. Diorang dapat trace dalam stool ayra ada kuman. Sekarang just nak tunggu ayra makan mcm biasa, then baru bleh discaj. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt.
Related Posts with Thumbnails