Thursday, June 03, 2010

NAUZUBILLAH...SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

Nauzubillah.

Hanya itu saja yang mampu aku ucapkan bila tengok gambaq nih. Kenapa ada syaitan yang bertopengkan manusia? Yang sanggup buang anak sebegini rupa? Menggigil aku. Geram dengan tingkah laku manusia sebegini.

Bayi ini tak berdosa. Dia tak dimintak dilahirkan di dunia nih. Khabarnya bayi nih dibuang melalui tingkap kereta di tepi jalan. Sungguh kejam pelaku perbuatan nih.

Ya Allah! Aku tak tahan tengok gambaq kat bawah nih. Terlalu kesian. Astaghfirullah hal'azim. Neraka jahanam lah tempat untuk mereka yang melakukan perkara kejam ke atas mu wahai bayi malang. Diorang tak sakit ke masa beranak? Sampaikan sanggup membuang bayi yang berdosa nih semudah membuang sampah. Nak ja aku sumpah orang yangbuang baby nih jadi batu. Ishhhhh kejam sungguh....

pssst: Naluriku sebagai sungguh tersentuh dengan dunia sekarang. Ayra, ibu terlalu sayangkan kamu. Ibu akan berusaha untuk berikan yang terbaik untuk kami dan bakal adik2mu nanti. (sebak sungguh bila menulis entri nih)

CIUMAN PEROKOK BOLEH BUNUH KANAK-KANAK

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber dari Berita Harian

pssst: En abu adalah perokok tegar. Dia tak penah merokok depan kami anak beranak. Port dia merokok adalah di luar rumah. Sebelum nih aku tak kisah sebab dah tak larat suruh dia berhenti merokok. Tapi bila baca artikel nih, alahai.... buat aku risau... Abang, berhenti merokok pleaseeee....

GIVEAWAY "CAYANG IBU"

Presenting:

GIVEAWAY "CAYANG IBU"

Gambaq nih diambik di The Thistle, PD tahun lepas. Masa nih aku ada conference kat situ, alang2 tu bawak en abu dan ayra sekali untuk cuti2 malaysia. Like this picha so much sebab nampak lautan yang luas yang sangat cantik, sejuk mata memandang.

Nak join?
Klik sini.

5 orang yang aku nak tag:
Min aka ibuarifa
Wan aka ibu najlaa
Ejan aka MamaLyna
Izan Ishak
Zety aka Mama_umar_maryam

Related Posts with Thumbnails