Wednesday, August 21, 2013

SELAMAT TINGGAL KR 6699

Semalam (20 Ogos 2013), kereta biru nih telah selamat bertukar tuan. En Abu dah jual kereta kesayangan dia nih kepada orang Perlis jugak tapi dia kerja Bomba di Penang.


Betul kata orang, kadang-kadang kita terpaksa berkorban melepaskan apa yang kita sayang demi tuntutan lain yang perlu didahulukan. Aku tahu En Abu sangat berat nak lepaskan kereta biru nih kat orang lain tapi ini adalah yang terbaik buat kami pada masa ni. KR nih dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun kereta lama, tapi conditionnya adalah tiptop. Sampaikan owner baru tu tak cakap banyak masa nak beli KR. Terus dia setuju.

Aku pun sebak juga bila serah kereta biru nih kat owner baru coz banyak kenangan dengan KR nih. Kenangan zaman bercinta dulu. Kereta ni la yang bawak aku dgn En Abu ke sana ke mari. Kereta biru nih jugak dah sampai ke Melaka masa aku belajar kat sana dulu. 


Tapi sesungguhnya setiap ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Insyaallah kami sedang menunggu sesuatu yang lebih besar dan luas. Terima kasih abang sebab berkorban untuk kami.

pssst: terasa sebak la pulak bila taip entri nih. 

2 comments:

  1. takpa...jgn nagis...nanti dapat yg lagi besarrr..

    ReplyDelete
  2. sedih sebab keta nih byk sentimental value... dating dolu2 dgn keta nih aa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails