Friday, September 30, 2011

BABY IN BAJU RAYA CONTEST



GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"

Nak join?

Klik SINI.

Gambar ayra di pagi raya,
2-3 pose taktau nak pilih yg mana,
Liuk lentok bak model ternama,
Akhirnya yang ini jadi pilihan bonda.

Hadiah bagi contest musim ini ditaja oleh
http://imaan09.blogspot.com/ & http://sayasukecoklat.blogspot.com/


Thursday, September 29, 2011

MAKNA BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar...

SAMA TAPI TAK SERUPA

Cuba korang tengok gambar ayra kat bawah nih.

Then tengok gambar kat bawah nih plak.

Ada nampak apa2 beza tak? Selain dari gambar kat atas ada en abu manakala gambar kat bawah takdak en abu.

Kalau korang perasan, kedua2 baju yang ayra pakai kat atas tu adalah baju yang sama. Gambar atas adalah 2 tahun yang lepas, masa umur ayra 1 tahun 4 bulan. Dan gambar di bawah adalah sekarang, umur ayra 3 tahun 4 bulan.

Ya, ayra masih boleh pakai baju tu cuma seluar yang dulunya adalah seluar panjang dah jadi seluar paras lutut. Nampak kan betapa cepat ayra 'meninggi'. Badan dia tak melebar sangat, cuma meninggi. Btol, mcm ibu n abahnya yang memang tinggi.

pssst: berat ayra sekarang adalah 13.8kg.

Friday, September 23, 2011

RAINBOW...AFTER THE RAIN....

Ya Allah...

Di manakah pelangi saya?


pic: kredit to google

Monday, September 19, 2011

RAYA 2011 : JUMPA BLOGGERS

Syawal 1432H meninggalkan kenangan yang manis buat aku. Sebabnya dapat buat mini gathering dengan dua org bloggers. Yang sorang memang dah selalu jumpa, yang sorang lagi selalu plan nak jumpa tapi tak penah jumpa lagi.

Taraaaa.... mini gathering aku aka Ibu Ayra, Ummi Anas&Aliff dan Ibu Dalila. See, 2 orang boys diapit oleh kakak2 girls. Min dgn Shira aka UmmiAnas&Aliff nampak seiras kan? Kebetulan 2-2 pun pakai spek.

Mulanya min aka ibudalila yang order kek ngan aku dan nak collect pada hari raya ketiga. Kebetulan pada raya ketiga tu aku di Jitra, di rumah mama. So, sekali ambik kek sekali beraya la. Dan dijemput jugak K.Long Shira aka UmmiAnas&Aliff yang sememangnya rumah MIL dia kat sebelah rumah mama aku. Aku panggil dia kak long, dia pun panggil aku kak long. Panggilan kami di rumah.

Tengoklah gelagat anak2 kami. Ayra pose, Anas tukang ambik gambar. Dalila plak dok intai kat iphone tengok gambar apa yang Anas ambik. Dalila sangat comel. Secomel macam dalam gambar2 yg diupload oleh Ibudalila di blog beliau.

Nih Anas anak Shira yg gila gadget. Btol2 anak zaman teknologi. Mula2 time sampai umah, diusungnya iPad sambil ON cita upin & ipin. Pas tengok semua orang bergambar, dia mintak iphone umminya, nak ambik gambar jugak. Seriau dengar cerita K.Long Shira pasal Anas hilang pada malam raya. Pasnih kena lebih hati2 la K.long dan Bang Long. Dah dapat beli harness??

Malam tu min dan k.long shira dijamu dengan nasi beryani ayam air tangan mamaku tercinta. Kebetulan raya ke-3 baru rumah mama diopen sebab raya-1 dan raya-2 mama, papa dan nana keluar beraya ja. Raya ke-3 baru ramai org dtg rumah. So, ada la rezeki min makan sedap2 sket. Kalau idak, makan kuih raya je la min.

Sronok jumpa min sefamily. Especially si Dalila comel tu. Sangat sopan-santun. Tima kasih min sebab sudi datang beraya dan sudi order kek-kek (choc moist kek dan marble cheese brownies) dengan kak ros. Umur kami sebaya tapi sejak mula kenal thru blog min dah panggil aku kak ros, so tak kisah la min. Kak ros pun kak ros la. Lagipun ramai yang panggil aku kak ros sebab aku kan tinggi lebih dari orang.

pssst: gambar kredit to min ibudalila.

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #8


Dah nazak gila adaptor laptop aku.

FIRST ORDER DARI 'ENCIK'

Order pertama yang aku dapat dari seorang lelaki. Biasanya 'cik' atau 'puan' yang order kek/cuppies.

Dari seorang suami nun jauh di Sabah buat isteri tersayang di S4 Perlis sempena Hari lahirnya.



Thursday, September 08, 2011

POSE 'CIKGU AYRA' DI PAGI RAYA

Spek mata tok wan yg dah patah tempat sangkut telinga dan dah pecah 2-2 belah cermin dah jadi hak milik dia di pagi raya. Sedang elok plak dengan ayra bila dia pakai. Dia sendiri cakap 'cikgu ayra' bila dia pakai spek tu.

Siap lentok kepala.

Gaya ala2 heroin hindustan.

Hehehehe...ayra....ayra....


Wednesday, September 07, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Dah bersawang blog aku nih. Sebulan lebih tak berapdet. Bz, memang bz giler. Siapkan tempahan sana sini, alhamdulillah semuanya setel sblom raya.

Rasanya masih blom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H buat semua yang baca blog aku nih. Mohon maaf zahir dan batin andai kata ada salah dan silap sepanjang nih.

Tahun nih kami 3 beranak berbaju sedondon hijau. Semuanya ready made, maleh dah nak tempah2. Asyik tak puas hati. Beli siap, senang. Pilih je mana yang nak. Sampai sini dulu. jemputlah beraya ke rumah.

pssst: tima kasih utk Min @ Ibudalila yg sudi beraya ke rumah mama k.ros di jitra. Comel btol si arifa dalila tu.


Related Posts with Thumbnails