Monday, April 27, 2009

EWA BULE

Esok aku & ayra akan ke pantai timur...
Mana lagi, kelik kelate lerr...
Last minute punya plan...
Mama call pagi tadi, tanya nak follow dak dia dgn papa...
Mama nak gi sana, ada hal sket...
Lagipun x penah lagi bawak ayra balik tanah tumpah mama tok dia...
Tapi balik kejap ja, coz nak kena balik kedah dah coz nak buat preparation utk si kecik tu...
En. Abu x ikut sebab dia ada course esok & lusa...

Thursday, April 23, 2009

ADAT ORG PEREMPUAN

Adat la kan, org perempuan mesti nak berhias diri...
Dah lama aku pendamkan hasrat nak tocangkan atau hias rambut ayra...
Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan...
Sebabnya rambut ayra nih jenis yang jarang dan halus...
Amat susah nak digayakan...
kalau ikat, senang tercabut getah ikat tu...
Aritu aku ada gi satu kedai n terjumpa klip rambut kecik2...
Trus rembat untuk anak dara aku yang sorang nih...
Tengoklah dia pakai klip tu, comey kan...

Kalau x nampak, meh nak close up...
Klip rambut bunga, so comey la....
Ayra tak cabut tapi klip tu masih x brapa nak lekat sangat...
Tapi ok la...

Wednesday, April 22, 2009

BERDIRI & MERANGKAK

1. Ayra merangkak dalam tapak buaian dia sambil dok tengok TV yg dok tayang iklan astro CERIA

2. Suka sangat panjat tiang buaian dia. Dah tak boleh tinggai sorang nih.

3. Berdiri pegang playpen dia. Sambil dok ngendap tv gak. Ada iklan feveret dia rasanya masa nih.

4. Ish, berserabutnya rambut dia. Cewahhhh!, gaya berdiri macam orang dah bleh berjln.

FACES OF AYRA

Petang kemarin lepas ambik ayra dari rumah bb sitter, layan dia main2 kat ruang tamu...
Before tu dah ready siap kamera, nak snap mana2 pose yang sesuwai...
Sebabnya x banyak sgt gambar dia dalam umor 11 bulan nih...

Align CenterNih jadinya bila dia tiru ibu dia moncongkan mulut...
Ada ala-ala angelina jolie tak? hehehe...

Nih plak akan jadi bila aku kata "ayra, abah buat mcm mana...?"
Mata akan dikecik kan dan mulut akan dikepam...

Nih bila dia duduk atas aku n kepala dia tolak masuk kat antara 2 lutut aku...
Teramat sukanya dia...

SEKODENG

Jom kita tengok ayra buat apa...
Amat khusyuk gayanya...
Benda lain dia dah x ambil kira...
Akan dilayan sampai terlena...

Tuesday, April 21, 2009

KURUS

Gambar ayra nih was taken in December 2008...
So, masa nih umor dia lebih kurang 6 mos la...
Purpose of gambar nih adalah utk buat border pass masa nak gi hattyaii aritu...
Nampak dalam gambar nih pipi ayra labuh...
(abaikan gambar dua ibu jari tersebut)...

Last week bawak ayra gi timbang...
Graf berat dia naik sket dan hampir mendatar...
Naik 250g ja...
Dari 7.4kg jadi 7.65kg...
Nurse tanya, "dia x makan ka?"
Aku jawab, "Semua dia makan, nurse. Susu pun dia minum byk"
Nurse kata, "mungkin dia lasak atau x cukup tidoq kot"

Ada sesapa nak bagi menu utk dikongsi?
Sebabnya aku rasa anak aku dah jemu dengan moi nasi+ayam+carrot+kentang+sawi...
Kekadang sup ayam aku masak asing, campur dlm moi nasi...
Ikan bilis, ayra xmau... tersedak kalau dia makan...
Petang nih nak try beli makaroni...
Campur dlm sup ayam...


Friday, April 17, 2009

VOTE FOR AYRA PT.2

Diambil dari blog mama aqish

Ok mama2 semua...ari ni bermula la hari vote untuk memilih siapakah pemenang untuk BABY CUTE CONTEST.....pemenang akan dibahagikan kepada 2 kategori, seorang pemenang dari Baby Boy's & Seorang pemenang dari Baby Girl's.....untuk makluman semua hadiah untuk pemenang kedua & ketiga pun akan diberikan....ape hadiahnyer???akan diumumkan pada hari pengumuman pemenang nanti.....

Berikut merupakan cara2 untuk vote baby2 yang menyertai contest:

1. Setiap blogger hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja untuk setiap kategori...

2. Cara undian adalah dengan menaip BCC (space) Boy's @ Girl's (space)no yang diwakili baby(space) berapa bintang. (undian bintang dari no 1 Bintang hingga 5 bintang )
contoh : ( BCC_boy's_ 01_5 bintang) - Baby Boy's
( BCC_girl's_01_5 bintang ) - Baby Girl's
3. Sila tinggalkan undian anda di komen untuk pihak pengadil mengira markah...
Ingat!!!!50% undian adalah ditangan anda......so selamat mengundi....
Undian akan dibuka bermula dari 17hb April 2009 sehingga 23hb April 2009....pengumuman pemenang akan dibuat pada 24hb April 2009....
Peringatan : Undian hanya sekali saja bagi setiap kategori untuk setiap blogger
***setiap blogger yang memasuki contest...tidak dibenarkan mengundi untuk diri sendiri....tetapi anda boleh mengundi untuk blogger lain....***

VOTE FOR AYRA--->BCC_girl's_23_5 bintang

Thursday, April 16, 2009

GIVEAWAY BY SWEETLILCRAFTSHOP

Sekarang nih ramai btol yang bermurah hati buat giveaway...
Nih lagi sorang buat benda alah nih...
Dia buat thru blog kedai dia...
Tapi kan, giveaway dia comel2...
Secomel anaknya Amjad...

Selain tu, tuan blog amat fanatik dgn kraftangan felt nya...
Aku tgk semua kerja tangan dia cun wooo... (kasi puji lebih2 sket)

Last sekali, aku harap aku dapat la salah satu barang nih, especially beg atas tu...
Tapi kalau dapat 2-2 pun ok gak...
Hehehehe...
Sekian terima kasih...

****Harap-harap hasil bodekan aku nih akan membuahkan hasil.

VOTE FOR AYRA

Assalamualaikum Malaysia, Brunei dan seantero dunia...

Jangan lupa undi ayra utk BABY CUTE CONTEST tu...
Undian akan bermula esok (17 April 09)...
Klik di sini untuk vote....
CHAIYOK AYRA! CHAIYOK!

*** poyo jer kan, aku nak buat ala2 mcm budak2 AF tu kenalkan diri... hehehe... saja suka-suki...

Wednesday, April 15, 2009

BABY CUTE CONTEST

Surf punya surf terjumpa satu contest dan kebetulan dateline dia ari ni b4 11.59 mlm...
Saja mencuba nasib, mana tau ada rezeki ayra kan...



Ayra sekarang dah 11 bulan 1 minggu 4 hari...
Gigi dah ada 7 batang (nampak tak ayra tunjuk semua gigi-gigi ayra)...
Ayra pandai tepuk tangan bila ibu nyanyi lagu tepuk amai-amai...
Ayra pandai lambai tgn bila org kata bye-bye...
Ayra pun dah pandai salam dgn org bila ibu kata amin...
Ayra suka tengok Astro Ceria waktu pagi, ada cerita Fifi & the Flowertots, Bob The Builder, Thomas & Friends, Loopdidoo, Jim Jam & Sunny dan mcm2 lagi...
Ayra suka tengok iklan ribena dan iklan scott emulsions...
Ayra dah kenal lori, kalau nampak lori kat tgh jalan, ayra akan sua jari telunjuk kat lori tu...
Ibu dah kenalkan ayra dgn cat, fan, bird, frog, bear dan mcm2 lagi...
Ayra sayang ibu...
Ibu sayang ayra...
Sebab tu la ibu kata ayra ada ciri-ciri utk menang contest tu...

Harap-harap ada rezeki ayra...

TAGGED DAN TAGGED LAGI

Aku kena tagged lagi sekali oleh dia

1) Anda boleh memandu?
Dah tentu boleh.

2) Memiliki lesen memandu? Sejak bila?
Yes. Sejak April 2005.

3) Bila tarikh luput ?
Tak lama dah, 26 April 2009.

4) Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
Melalui sekolah memandu bersatu (kalau x salah la). Kedai tu kat jitra.

5) Instructor pertama anda?
Sorang ja instructor saya, lelaki kurus bekulit gelap. nama dia x ingat. Dia ajar saya dari mula sampai dpt lesen.

6) Kenderaan yg anda bwk sekarang?
Proton Saga Aeroback SE.

7) Impikan kenderaan lain?
Yup, dan ia adalah MPV. Buat masa skrg tak decide lagi nak yang mana satu n belum berkemampuan untuk membelinya. Senang kalau ada MPV, bleh bwk ramai2. Keta biasa dah ada.

8) Pernah kemalangan?
Pernah. Masa tu tengah adjust parking. Saya memang xperasan langsung ada sebijik kelisa kat blkg keta saya. Reverse ja terus pangggg!!!!! Rebeh sebelah lampu belakang si putih papa. Si kelisa tu plak, ranap trus bumper depan. Beratus jugak la kena ganti. Tempat kejadian adalah di kawasan parking Yawata, Jitra.

9) Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu?
One shot trus dapat lesen walaupun mcm x brapa konfiden nak lepas.

10) Tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
Jangan takut, anda boleh melakukannya. Bila dah dapat lesen, jgn over excited plak. Berhati-hati di jalan raya, jgn lupa ingatkan org belakang pakai tali pinggang keledar. yang depan pun jangan tak pakai plak.

BABY & PREGNANCY

Jangan salah faham dengan tajuk tu...
First of all aku nak ucapkan utk my x-skulmate, mashitoh & khalil di atas kelahiran puteri mereka pada 5 april aritu by c-sect. Alhamdulillah, keduanya sihat dan dah boleh balik. Kalau x salah aku, berat baby tu 3.05kg. Dah sepasang cahayamata depa. Daim dah jadi abang. Mesti dia suka.
Then, aku jugak nak tahniah utk kakak biras aku (kak long mat) yang kalau tak salah bersalin 5 april jugak tapi baby boy, 2.9kg. Bersalin normal tanpa sebarang jahitan. Nih anak ketiga kak long.
Jugak ucapan tahniah utk abg amer (kazen en.abu) & kak zai atas kelahiran putera mereka. Anak yang kedua, cukup sepasang sebab yang sulung perempuan.

Kat bwh nih list kwn2 aku yg sdg membunting, hehehehe...
1. Wid (x-rumet aku masa kat KUTKM), due bulan 9 rasanya.
2. Ina (x-classmate aku kat SMKJ), due bulan 12.
3. Ner (x-rumet aku masa kat polimas), due bulan 11.
4. Irina (x-skulamate aku kat SMKJ), due bulan 9 atau 10.
5. Sorang member aku kat selatan, due bulan 9 atau 10.
6. Sorang lagi member aku kat selatan, due dia aku x sure.

Ada lagi ke yang tak tersenarai? Hmmmm....

*** No. 5 dan 6 tak dapat disiarkan nama atas sebab2 tertentu.


Tuesday, April 14, 2009

SERABUT


"Diluah mati mak, ditelan mati bapak"
"Harapkan pagar, pagar makan padi"

Ya Allah Ya Tuhanku...
Engkau pandulah aku untuk memecah kebuntuan ini...
Aku perlu menarik rambut di dalam tepung...
Rambut tak putus, tepung tak berselerak..
Engkau berilah aku petunjuk...
Agar aku membuat keputusan yang betul....
Aku perlu menjaga hati semua pihak...

***entri di atas tiada kaitan dgn kehidupan kami suami isteri. harap maklum.

Monday, April 13, 2009

KU RINDU PADANYA

Ill paint my mood in shades of blue
Paint my soul to be with you
Ill sketch your lips in shaded tones
Draw your mouth to my own

Ill draw your arms around my waist
Then all doubt I shall erase
Ill paint the rain that softly lands on your wind-blown hair

Ill trace a hand to wipe out your tears
A look to calm your fears
A silhouette of dark and light
While we hold each other oh so tight

Ill paint a sun to warm your heart
Swearing that well never part
Thats the colour of my love

Ill paint the truth
Show how I feel
Try to make you completely real
Ill use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

Ill paint a sun to warm your heart
Swearing that well never part
Thats the colour of my love

Ill draw the years all passing by
So much to learn so much to try

And with this ring our lives will start
Swearing that well never part
I offer what you cannot buy
Devoted love until we die

-The Colour of My Love-Celine Dion-

DIA DATANG

Hari nih hati berbunga riang...
Terasa nak menyanyi la...

"DIA" datang...
Jeng...jeng....jeng...
"DIA" datang...
Jeng...Jeng...Jeng...

Hehehehehe.....

*** "dia" dah datang tapi 'sesungut'nya mcm zaman sebelum mac 2007. sakit sgt. maybe sebab lama sgt tersimpan. nasib buat test aritu -ve. kalau tak, sure i suspect i 'MC'.

Friday, April 10, 2009

A B C...... 1 2 3....

Ayra suka membaca...
Especially buku2 dia yang comel2, ALPHABET dan NUMBERS...
Kedua-dua buku comel nih tak penah ayra gigit atau masukkan ke dlm mulut...
Dia cuma baca, eeemmmm.... emmmmm.... aaaaaa.....
Walaupun kadang2, dia baca buku tu terbalik...
Hehehehe...

Nak baca buku pun kena ada gaya...

Tapi, ayra tak suka baca majalah...
Sebab majalah tu saiznya besar dari dia...

Nak pegang pun susah...
Sebab tu abis dikoyak2 kan majalah tu...
Yang menjadi mangsa majalah ASTRO View...
Majalah2 kesayangan ibu dan abah semua kena simpan elok2...
kalau dapat kat ayra, semua nak di"recycle"nya...

Dah nama nya pun budak2...
Terlebih kreatif menggunakan minda depa....

TAGGED DAN TAGGED

1. Letak gambar profile anda
2. Terangkan maksud gambar tersebut?
Dah tentunya gambar saya bersempena dgn link blog saya 'rosrusli'.

3. Kenapa pilih gambar itu?
Sebab saya rasa saya tgh posing maut kat tangga menara kebanggan malaysia, KLCC. Walaupun x nampak gambar menara tersebut. hehehehe.... Dan gambar ini diambil pada ketika inai masih merah di tgn, gi dating kat KL.

4. Mangsa seterusnya?
- mona
- cidah
- riyuzi
- adik (mama mia)
- dan sapa2 yang terlebih rajin

Thursday, April 09, 2009

RESULT "DIA"

Drum roll!!!!!!!!!
Keputusannya....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
NEGATIF..... Hehehehe....
Tahun depan, insyaallah...
Tahun nih kalau boleh takmau lagi...
Kalau rezeki, terima seadanya....

Wednesday, April 08, 2009

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Dulu masa berdua, lain rupanya...




Tapi sekarang bila dah bertiga...
Lain pulak rupanya...
Dengan tambahan 'perabot-perabot' baru...
Dan juga susun atur baru...
Semuanya sebab orang ketiga itu...
Senang sket dia nak mengembara...
Samada dgn walker atau tidak...

Kapet 'cendol' ku juga terpaksa diganti dgn yg lain...
Sebabnya, orang ketiga itu suka tarik2 'cendol' tu...



Tuesday, April 07, 2009

A PLUM A DAY

A plum a day keeps the doctor away...

Mata sama bolat dengan buah plum tu...

Habis sebijik buah plum tu dia makan...
Sampai mintak sebijik lagi...
Baju yang ayra pakai, habis kotor dgn air buah tersebut...
Tak kluaq plak tu bila dibasuh...
Adoiiii....

Monday, April 06, 2009

SKETCHES

Hari nih hari aku melayan hati & perasaan...
Belek2 buku muka, tgk gambar2 k.tety...
"Cantik gak buat mcm tu"...
Godek2 internet, jumpa...
Nih la hasilnya....






Cantik kan???? I Likeeeee.....
cuba try buat kat sini

DIA

Hampir 2 bulan dia tak jenguk aku....
Sudah lupakah dia padaku atau dia nak berikan kejutan padaku. ...
Pada saat dan ketika ini, aku tidak inginkan sebarang kejutan dari dia.
Tapi, aku gelisah, aku resah, adakah segalanya berlaku tidak seperti yang dirancang?
Walaupun sememangnya langsung tidak ada perancangan.....
Aku amat memerlukannya di kala ini....
Datanglah padaku....
Related Posts with Thumbnails