Monday, February 28, 2005

blk kg!!

hmmmm...hampir seminggu rasanya aku x post pasal diri aku dlm blog....malas nak mengarang ler...ini pun dapat SEMANGAT baru.....best! best! best!!...malam esok aku nak balik kampung... sebelum tuh kena melalui satu tempoh yang perit gak aaa...petang sok ada presentation PM...PRESENTATION LAST utk semester nih....cepat la nak abihkan presentation tu....last week dah cabut undi, group aku dapat no.2..ok aa kan...x awal, x blkg sgt dr 6 group yg ada...satu-satunya GROUP BUNGA di celah2 group kumbang....hehehehehe...
yesss....semangat nak balik kampung nih....malam esok balik, maybe next week ari selasa kot baru aku blk sini...so, selama tu la blog nih x akan di update...apa2 hal tinggalkan jer msg kat shoutbox tu, space utk comment aku x sempat buat lagi aaa.....jom, sapa nak ikut aku balik kg? bleh main ngan MUS'AB (anak ngasuh mama)...mesti dia makin cerdik la nih....bleh gaduh2 ngan NANA ( buah hati pengarang jantung aku yg sorg tu)....bleh makan MASAKAN MAMA(sedapnya ayam masak kicap berlada, kecur liur aku)...bleh round2 ngan keta WIRA PAPA dan semestinya nana yang akan jd co-pilot....lagi satu, bleh jumpa EHEMMMM ehemmmm.....semua kat sana, tunggu aku balik!!!!

Sunday, February 27, 2005

e-mail....

petikan nih aku dpt dari e-mail yang dihantar oleh sorang member aku...
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU
manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yangjadi lalat ada yan jad ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu,nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.)

Friday, February 25, 2005

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:

" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab: Ayat 71
" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, February 23, 2005


nih kalendar hasil kekreatifan razif aka cromokx aka NoNames, dia nih junior aku masa kat poli...dia mmg minat benda2 berkaitan ngan pc nih, kalau x silap la nih dia study kat ITTAR ambik IT...tengkiu aa razif sebab buat kelendar nih....tapi kak ros x puas ati aaa....awat kaler ijau, nak kaler PINK!!!!

Tuesday, February 22, 2005

aper citer nihhh??????????

dah lama rasanya aku x berkongsi aktiviti harian aku dlm blog nih... sebenarnya mcm2 aku buat..cuma taktau nak nulih camana laa...meh nak buat summary aktiviti aku sepanjang aku x post diari harian aku...
sepanjang weekend aritu...x buat apa2, cuma aktiviti biasa...online...online...online dan online....download lagu, update blog, surfing apa2 yang patut...minggu nih free skit coz xde assignment nak kena submit cuma nak kena study utk test...rabu ptg ada test power system analysis (subjek aku yang paling kronik sem nih)...khamis mlm plak test protection....haaa, lagi satu....khamis pagi/ptg kena presentation project management...project catering utk wedding ceremony...sesapa nak booking caterers, boleh la call aku ekkk.....hehehhehhe....tunggu la kalau betul2 aku jadi toke katering...tapi, aku kureng minat aaa jadi toke katering...niat di hati nak buka butik...ok tak??
ari sabtu lepas aku gi masjid tanah, rumah pakcik azmar (kawan papa masa bujang dulu)...tapi skrg masing2 dah kawin, dan anak2 pun dah besar....dah lama x gi rumah pakcik, last sekali rasanya tahun lepas...awal thn kot...pegi MT ngan wid & mon, pinjam keta iwan...hehehhe, aku drive...alhamdulillah selamat pegi & balik...bukannya apa, aku bukannya cekap sgt...itupun x bagitau mama, kalau bagitau dulu, sure x dpt permission...sampai sana jer baru call..apa lagi, bising ler kejap....ala mama, kalau x bawak camana nak cekap....
pagi sebelum gi umah pakcik, dah call dia dulu...kot2 takde org plak...sampai je sana, dah siap makanan terhidang atas meja...kalau call dulu, mcm tu la...rajin betul la makcik...ada gulai ikan kering, daging msk kicap, kerabu kacang botol+daun selom, cencaluk, air tembikai, cendol....fuh, bertambah2 kitorg makan aritu...yelah, dah lama x dpt mkn hidang yg sedap camtu...sampai mengah2...kol 3 jer balik...singgah jusco, jln2+beli brg dapur...
semlm, pegi kelas mcm biasa...takde yang menarik sgt...cuma semlm kelas terakhir titas...next week dah study week...so, tima kasih cik zawiyah...abihtu msk lab power system analysis...mcm biasa la, pakai ERACS buat simulation...itupun lab last...
ujung minggu nih bz aa...pastu boleh rehat kejap sebelum start pulun untuk final...wish me all the best, ok...sem nih ada 5 paper...kalau x sialp aku...10, 12, 14, 15 mac....12hb tu ada 2 paper, pagi & ptg...pagi=titas, ptg=project management...camana ekkk? first time kena 2 paper sehari....ya Allah ya Tuhanku, tabahkan la hatiku....AMIN.....

Sunday, February 20, 2005


nih koleksi PINK aku..ada lagi tapi x muat aa nak letak semua... sekarang dah terang lagi bersuluh yang aku memang ANTU PINK...pantang jumpa objek yang kaler PINK...kecuali 2 benda kaler PINK yang aku x suka ---> i) piglet dlm pooh & the gang ii) pink panther...keduanya aku x suka....

p/s: ivie...aku dah tunaikan janji aku kat hang kan...tapi aku xleh nak masukkan semua aa...banyak sgt...

enie....kak ros dah masukkan pink stuff kak ros dlm blog nih...enie plak biler??? eniey pinky....


diorang nih semua x-classmate aku kat Sek. Men. Keb. Jitra, 5 Sc 5...meh nak describe pasal sorang2...L-R: Ct Harlina : x-student UPM (bio), skrg dok cari keja lagi...Azura : cikgu ngajar kat Pekan, Pahang...AKU....Salrina : cikgu kat Sentul...Emie Mardiana : undergrad kat UUM (HR)...yg kecik sekali tu fadhillah : x-student USM, skrg jadi RA kat USm gak...all the best untuk korang semua...

Saturday, February 19, 2005

just 4 u...

JUST FOR YOU.....
I never really knew you
You were just another friend
But when I got to know you,I
let my heart unbend.
I couldn't help past memories
that would only make me cry
I had to forget my first love
and give love another try
So I've fallen in love with you
and I'll never let you go
Ilove you more than anyone
I just had to let you know
And if you ever wonder why
I don't know what I'll say
But I'll never stop loving you
each and every day
My feelings for you will never change
Just know my feelings are true
Just remember one thing
I Love You!

Friday, February 18, 2005


gambar nih plak masa semester 5...nih kat rumah sewa memula kat TU 30...sempat lagi berposing sebelum gi kelas...L-R : anis, aku, wid, mon....


gambar nih masa Hari Konvokesyen POLIMAS 16 julai 2002...masa nih aku double celebration sebab aritu jugak burfday aku...masa hari yang berbahagia tu mama, papa, nana & ehemmm ada sekali....

Tuesday, February 15, 2005


eeiiii....comelnye dia...kalau nak tgk kengkawan dia yang semuanya alim2, masuk dlm fotopages aku...klik kat link my fotopages ok....

doa....

Bismillahirohmanirohim;
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang.
Ya Allah,Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan kami
Agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah,Ya tuhanku yang maha pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikkU, tidak tercipta untukku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik untuk hambamu
Ya Allah
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Didunia dan akhirat
Janganlah engkau biarkanlah aku sendirian
Di dunia ini mahupun akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan
Dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang
Pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang engkau redai dunia dan akhirat
Dan kurniakanlah pada ku keturunan
Yang soleh dan solehah
Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan perihalah kami dari azab api neraka
Amin....Amin Ya Robbal alamin

Monday, February 14, 2005

aku dah pulang....~

arini kembali ke bumi Melaka Bandaraya Bersejarah...4 ari 4 mlm stay kat kampung, banyaknya dok umah jer...layan cd...aku layan semua citer melayu...start dari TANGKAI JERING (boleh tahan ler yasin ngan elly mazlein berlakon), I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA (azlee menjadi ler 'lembut' dia tu tp saper yg pakai jubah putih tu ekkk??), TAK ORI TAPI OK (sapa kata citer nih best aaaa????) pastu teman nana tengok 7 PERHENTIAN walaupun aku dah tgk kat wayang masa citer tu release dulu...

jumaat aku gi kenduri arwah ngan mama, papa, nana...sabtu baru gi jejln, gi PENANG...masa pegi, ikut JAMBATAN...dah lama x gi penang...panas giler....singgah solat kat MASJID NEGERI, fuiiyoooo masjid nih air-cond tu...pastu gi tgk wayang kat PRANGIN MALL (KUNGFU HUSTLE)-apa nih?? dah berkurun citer tu kat pawagam, sekarang baru nak tgk.....nak buat camana, asalnya nak tgk GK 3 THE MOVIE tp ada tiket kol 7.20 ptg jer....takkan nak dok dlm panggung waktu maghrib....sebab tu ler layan citer cina tu, seb baik best...balik tu naik FERI....dah lama x naik feri, tima kasih ekkk sebab sudi bwk naik feri...mlm tu letih gilerr, so tido nyenyak lerr...

ahad dah nak balik...iskkkk...iskkkk...sedihnya nak meninggalkan semua kat kampung...pasnih abih final exam baru balik....sebulan lebih lagi....sabar je la.....

Wednesday, February 09, 2005

balik kampung time...~

huhu...bestnya, satgi kol 10 pagi naik bas...balik kampung....so, start esok sampai ahad depan aku takde kat melaka....nak pulang ke kampung halaman yang dah berapa lama aku tinggalkan...cewahhhh, mcm drama ler plak...nih kali kedua aku blk sem nih...first time masa semestre break aritu, seminggu...kali nih lebih kurang 4-5 ari...raya aji lepas dah tak balik....bestnya, bleh jumpa semua orang yang dah lama aku tak jumpa....rindu semua aaa.....tunggu aku balik....

lagu nih paling sesuai untuk mood aku masa nih...

Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
( ulang dari mula )

Tuesday, February 08, 2005


memandangkan ramai yang bertanya, nih ler kartun walt disney 'POCAHONTAS'. soundtrack citer nih aa yg jadi lagu background blog aku nih..kartun nih dalam tahun '95 kalau tak silap aku..best kartun nih....


:( petang nih tinggai aku ngan mon ja kat rumah...yang lain semua dah balik...takpa mon, pagi sok kita pun nak balik gak kan....rileks...rileks...

Monday, February 07, 2005

tak tido...

arini tetiba jer aku rasa lapaq w'pun time tu dah kol 11 lebih...mana x lapaq, ptg tu mkn kebab yang semalam punya (semlm x sempat nak makan)...dlm kol 11 lebih aku ajak mon p subaidah, seb baik ada sumber makanan terdekat...untung ada subaidah...aku pun ajak aa mon p...sampai sana, aku order teh ais, roti canai cheese dua keping, air tembikai laici ngan bihun goreng..mon order kueyteow goreng ngan teh ais ja...dlm dok tunggu order sampai tu, aku nampak la serombongan lelaki yang majoritinya berpakai itam masuk dlm subaidah...memula tu, x kenai lagi pastu tetiba aku nampak azlisham ibrahim...pastu dollah salleh...risik punya risik rupa-rupanya diorg nih team bola sepak selangor...diorang baru abih game ngan melaka...selangor menang 4-1 tuh, sebab tu pengurus diorg open table kot...hehehehe..memang penuh aa subaidah semlm...ha, sorg lagi yang mon kenai...si kecik molek 'amri yahya'...pas dah dpt semua order, balik rumah je, apa lagi...kami kabarkan ler kat org kampung (housemate)....tak excited sgt sebab semua bz ngan assignment PM...
arinih semalaman aku tak tido...seb baik ada member yang meneman (mon & why u as)...sesama meneruskan perjuangan yang belum selesai...padan muka kitorang, sapa suh x buat keja awal-awal....so, last minute nih kena aa bersengkang mata siapkan assignment...ampun cik saiful!!!...apa2 pun, kitorang cuba buat terbaik demi mempertahankan status yang cik berikan kat group kitorang....hehehehe...sendiri mau ingat aaa!! kalau x perform kali nih, tatau aaa....ahli group semua, bersedia la untuk di'fire' oleh en.saiful...tu aaarr sapa suh jadi 'husler' sangat sebelum nih....hehehhehehe....oit, dah kol 6.30 pagi aaa...semayang subuh pastu terus mandi+bersiap untuk gi kelas TITAS..fuhh!! seb baik kelas arini satu ja....kalau tak, mau 'MEDDU' aku....(nok tau gapo meddu nih, tanyo che'mat...mesti dia bleh jawab)....orait....adiosss........

Sunday, February 06, 2005



saper bleh teka wat actually this is.....? letak je jawapan kat komen space atau kat doddleboard tu.....nak tau jawapannya?? tungguuuuu......

Saturday, February 05, 2005

download lagu....

pergghhhh...arini dpt hobi baru...download lagu dr irc...ada hamba allah tu aa ajaq aku...tapi best gila, cepat betoi....x mcm warez atau jiwang, slow skit....pakai irc mcm2 lagu ada, cepat plak tu....makasih cikgu!! kalau dak, aku tatau gak....best, best...semalam ja dah barap belas lagu aku download....hehehehehe....menambahkan lagi koleksi yang sedia ada.....yang paling best dpt lagu kru yg baru....SEKSA & EMPAT SYARAT.....seksa tu lagu utk vs seksis.....lagu sama, cuma lirik ja lain...best oooo!!!

Friday, February 04, 2005


The Difference Between LOVE & LIKE......

lagu indon...

Nih lagu dygta ngan andina, penyanyi indon...aku pun x penah dengar lagu nih, penyanyi dia pun aku x kenai..tp ada la sorang hamba Allah tu, minat abih ngan algu nih...tapi bila aku baca lirik dia, cam org frust ja.....heheheheh...

TAK MUNGKIN KU MELEPASKANMU
Mengartikan dirimu di dalam hatiku
Betapa ku sesali adanya dirimu
Haruskah ku bertahan demi cinta ini
Yang tak mungkin
Andaikan saja ada keteguhan hati
Tuk membuka kembali jalan cinta ini
Biarkan ku menanti semua janji kita
Sampai batas waktu mengakhiri
Dan tak mungkin untuk kita bersama
Di atas perbedaan yang slamanya mengingkari
Dan tak mungkin bila ku melepasmu
Sungguh hati tak mampu
Mengertilah cintaku
Dan tak mungkin
Semestinya tak ada yang memisahkan cinta ini
Karna hanya dirimu satu cintaku
Mengertilah cintaku
Percayalah cintaku
Apa mungkin...?

Thursday, February 03, 2005

color of the wind....

COLOR OF THE WIND
Think you own whatever land you land on
Earth is just a dead thing you can claim
But I know every rock and tree and creature
Has a life, has a spirit, has a name
Think the only people who are people
Are the people who look and think like you
But if you walk the footsteps of a stranger
You learn things you never knew
You never knew
* Have you ever heard the wolf cry to the blue corn moon?
Or ask the grinning bobcat why he grinned
Can you sing with all the voices of the mountains?
Can you paint with all the colors of the wind?
Can you paint with all the colors of the wind?
Come run the hidden pinetrails of the forest
Come taste the sun-sweet berries of the earth
Come roll in all the riches all around you
And for once never wonder what they're worth
The rainstorm and the rivers are my brothers
And the heron and the otter are my friends
And we are all connected to each other
In a circle in a hoop that never ends
[Repeat *]
How high does the sycamore grow
If you cut it down, then you'll never know
And you'll never hear the wolf cry
To the blue corn moon
Or whether we are white or copper-skinned
We need to sing with all the voices of the mountains
To paint with all the colors of the wind
You can own the Earth and still all you'll own is earth
Until you can paint with all the colors of the wind
*nih lagu background blog aku....

cinta kain putih.....~

Lagu nih jadi 'siulan' budak rumah aku 2,3 arini...taktau la pasai apa semua jadi minat ngan lagu nih...aku memang minat dah....hmmmmm......????
Cinta Kain Putih - PUTRA
( 1 )
Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
( 2 )
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian
( 3 )
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...
( 4 )
( korus )
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
( 5 )
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
( 6 )
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi
( ulang 1, 2 dan 4 )
( 7 )
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
( ulang 4 )

Wednesday, February 02, 2005

skin baru....

so...camana skin baru nih? orait dak? buat sementara nih okay kot tapi rasa mcm memang dah ok sebab aku suka bunga ros ngan kaler skin nih...memenuhi citarasa la kiranya...daha brapa ari dok cari skin yang user friendly dan memenuhi citarasa aku...."oit, aku dah buat cam yg hang nak...user friendly gitu, takyah nak drag banyak2..."(untuk sesiapa yang berkenaan)...hehehehe, sendiri mau ingat la....ok!!!
Related Posts with Thumbnails