Kemuncak kempen “Huggies® Dry Pants: Most
Comfortable Baby Search”
Kuala
Lumpur, 16 Jun 2014: Bayi
yang selesa adalah juga bayi yang riang dan sihat, terutamanya apabila mereka
mula menjadi aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Memberi
mereka kebebasan untuk merangkak, berdiri dan duduk dengan selesa membolehkan pembelajaran
dan memberikan mereka tumpuan untuk mengalami benda-benda baru. Justeru itu, Huggies®
mempelawa semua ibu dan si manja mereka menjadi sebahagian daripada kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’!
“Tiada siapa yang
memahami keselesaan seperti Huggies®, dan kami mengetahui betapa pentingnya
memberi si manja anda keselesaan terbaik terunggul supaya mereka dapat bergerak
tanpa kekangan,” kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark
Malaysia. “Dari umur enam bulan apabila mereka mula merangkak, bayi akan
menjadi lebih aktif, terutamanya apabila mereka mula berjalan dan berlari. Inilah
sebabnya mereka memerlukan keselesaan dan kebebasan untuk bergerak dengan
menggunakan lampin yang berkualiti. Kami yakin bahawa Huggies® Dry Pants memberikan kekeringan yang
terbukti dan serasi dengan punggung bayi.”
Huggies® Dry Pants memastikan bayi
sentiasa selesa dengan Lapisan Cepat Kering yang menyerap dan mengunci cecair
di lapisan dalaman jauh dari kulit bayi, dan dengan Lapisan Luar Beraliran
Udara 100% yang membolehkan udara mengalir keluar 10 kali lebih cepat,
menjadikan kulit bayi kekal kering. Bahagian pinggangnya yang berelastik dan
lembut membolehkan si manja bergerak bebas dan supaya si manja yang aktif dapat
terus bermain!
“Bayi yang aktif dan
bebas menjadi kebahagiaan semua ibu kerana si ibu tahu bayi mereka membesar
dengan sempurna,” tambah Soo. “Ini merupakan detik yang paling memberi kepuasan
– apabila si ibu yakin bahawa segala usahanya berbaloi. Bahkan seluruh kempen
ini juga merupakan penghormatan kepada ibu-ibu di Malaysia dalam detik paling
memberi kepuasan dan menenangkan dalam hidup mereka, melihat bayi mereka
bergerak bebas dan riang dengan Huggies®
Dry Pants.”
Sertai Kempen “Maximum
Comfort, Maximum Movement”!
Sertailah kempen ini
yang meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka
dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan! Kempen
Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’ melibatkan
pengguna dengan cara bersepadu, menggunakan pelbagai saluran seperti di TV, digital,
peragaan, promosi dan pemberian sampel percuma di kedai, siri jelajah dan
melalui laman web Huggies® Malaysia, serta aktiviti berasaskan pengalaman,
termasuk “Huggies® Dry Pants: Most
Comfortable Baby Search” di seluruh negara.
Dari sekarang hingga 1
Ogos, Huggies® Dry Pants mempelawa
ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk
mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai
dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi
tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi. Ketahui lebih
lanjut di www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia!
Untuk
menyertai pertandingan “Huggies® Dry Pants:
Most Comfortable Baby Search” ini, hantarkan sekeping gambar ‘gerak atau
aksi selesa istimewa’ anak anda bersama dengan borang pendaftaran yang telah
dilengkapkan dengan bukti pembelian Huggies® Dry Pants dalam satu resit. Borang pendaftaran boleh didapati di semua
kedai yang mengambil bahagian, dan kedai terpilih akan menyediakan gerai gambar
khas di mana anda boleh mengambil gambar si bintang kecil anda dan menyerahkan
gambar dan borang penyertaan pada masa itu juga.
Sementara
itu, ibu-ibu juga boleh menyertai peraduan bayi ini di siri jelajah Huggies® Dry Pants yang
akan diadakan di pelbagai pasar raya besar and pasar raya di seluruh
negara sehingga akhir Julai dan nikmati promosi menarik dan aktiviti yang
menyeronokkan pada acara itu.
Peserta cilik dengan
pergerakan yang paling unik akan memenangi hadiah menarik, termasuk RM 10,000 (hadiah
utama), RM 7,000 (hadiah pertama) dan RM 4,000 (hadiah kedua), serta tujuh
hadiah sagu hati yang berupa bekalan Huggies® Dry Pants selama enam bulan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat
peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®.
Jadi, biarkan anak
anda mengalami keselesaan maksimum, pergerakan maksimum dengan Huggies® Dry Pants, satu-satunya
lampin yang direka untuk keselesaan terunggul, serasi dengan punggung bayi serta
memberi kebebasan bergerak kepada bayi dan kanak-kanak yang aktif!
Untuk maklumat lebih
lanjut mengenai Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila
hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas
tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.
*****************************
Mengenai Huggies®
Huggies® ialah jenama lampin
pakai buang dan seluar lampin yang dipasarkan oleh Kimberly-Clark. Huggies®
mula menjalani ujian pemasaran pada tahun 1968, dan diperkenalkan kepada orang
ramai pada tahun 1978 . Di Malaysia, Huggies® telah memperkenalkan satu
rangkaian lampin yang sesuai untuk kanak-kanak pada semua peringkat usia, dari
yang baru dilahirkan hingga ke pringkat kanak-kanak. Sebagai satu-satunya
lampin dan seluar lampin yang terbukti secara klinikal di Malaysia, ibu-ibu
mendapat kepastian bahawa bayi mereka
selesa dan selamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my
Mengenai Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya adalah produk yang
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di lebih 150 negara. Setiap
hari, 1.3 bilion orang di seluruh dunia – hampir satu perempat populasi dunia
memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang dibekalkan untuk meningkatkan
kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan. Dengan jenama seperti Kleenex®,
Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark kini “leading the world in
essentials for a better life”. Untuk mengikuti perkembangan baru Kimberly-Clark
dan mempelajari lebih lanjut tentang sejarah inovasi 136 tahun syarikat ini,
sila layari http://www.kimberly-Clark.com.
BERIKAN BAYI ANDA
KESELESAAN YANG TERUNGGUL
Last but not least
Gambar hero kecik kesayangan saya.