Monday, February 17, 2014

HAPPY 1ST BIRTHDAY MUHAMMAD AZRI ZUHAIRI

Kejap je rasa, Azri dah genap setahun 11 Februari lepas...
Budak kecik tu dah ada 6 btg gigi...
Baru angkat punggung nak merangkak tapi dah mula berdiri...
Alhamdulillah sehingga sekarang, kesihatan dia tersangat baik cuma dah slim. tak bolat macam time baby dulu...

Sabtu lepas (15 Februari 2014) buat kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena ulangtahun pertama Azri...
Jamuan kecik-kecik je, jemput sedara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat... 
Terima kasih pada semua yang hadir.

Jemput cuci mata ya gambar sekitar majlis aritu.


birthday banner Thomas and Friends





Candy buffet hasil air tangan aku.





Adik, Selamat Hari Lahir yang pertama...
Ibu doakan adik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Semoga anak menjadi anak yang soleh buat ibu dan abah...
Semoga adik boleh membantu kakak dalam menjaga bakal adik2 nanti...
Jadilah anak yang cerdik, berguna buat keluarga, agama dan negara.
Amin...
Ibu, abah, kakak sayang adik.
sayang ketat-ketat..

Thursday, February 06, 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA ialah gamma-linolenic acid. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO).

GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yag mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO). Borage juga adalah 3 kali lebih berkesan dari EPO. 

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke salam sel dan tisu badan.

GLA bukan sahaja untuk wanita. Remaja, dewasa dan lelaki juga boleh mengamalkannya.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Ros 019-5749154 (call/sms/whatsapp)
Shaklee ID: 1077873
http://rosrusli.blogspot.com



Wednesday, February 05, 2014

SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE


Terdapat 3 jenis suplemen dalam set ini iaitu:

Vitalea
-meningkatkan kecerdasan mental dan ketahan dari jangkitan penyakit
-membantu fungsi normal penghadaman dan selera makan
-penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sistem tubuh

B-complex :
-menggalakkan kesihatan jantung
-meningkatkan metabolisme badan
-menukarkan makanan kepada tenaga
-meningkat fungsi otak

Vitamin C Sustained Release :
-anti-oksidan semulajadi
-menyihatkan gigi, gusi, otot dan salur darah
-mengurangkan alergi

Sesuai diamalkan oleh semua golongan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan termasuk ibu mengandung, ibu menyusu dan pelajar untuk mengelakkan mengantuk dan kelesuan.

Sangat sesuai bagi individu bekerjaya untuk mengurangkan keletihan dan stress di tempat kerja juga bagi mereka yang tidak mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.

Hubungi saya jika berminat:
Ros 019-5749154 (call/sms/whatsapp)
Shaklee ID: 1077873




Related Posts with Thumbnails