Thursday, September 27, 2012
ANDAI LELAKI TAHU...
Andai Lelaki Tahu…
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaanya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perepmbuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang…tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dnegan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu, dia benar-benar maksudkannya..
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai Lelaki Tahu..
Andai perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitive dengan perubahan pada diri anda.
Andai Lelaki Tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuantan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
kredit to latahzan-fasha.blogspot.com
TENGOKLAH DIA
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
SELEPAS 4 TAHUN
KAKAK AYRA | 20 WEEKS
Lama rasanya tak post gambaq solo kakak ayra. Gambaq nih diambik di Tasik Melati last sunday sebab aku teringin makan ABC sambil gi jenjalan 'tengok ayaq'.
Alhamdulillah, minggu nih dah masuk 20 weeks pregnancy. Dah separuh jalan. So far semua ok walaupun pregnancy kali nih sangat berbeza dari dulu. 'Alien' tu pun dah hilang. Syukur padamu Ya Allah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar sehingga baby dilahirkan.
Tuesday, September 18, 2012
SELESAI SUDAH PART 2
Set up khemah untuk tempat santapan tetamu yang hadir. Banyak gak menu aritu. Nasi putih/nasi merah, ayam masak merah, daging masak asam, gulai daging+rebung, kambing masak gulai merah (pasamah), ketupat, pulut kuning, dan berjenis2 dessert. Air sirap+oren, teh panas dan soya panas.
Nih plak 'buah tangan' kedua belah pihak.
SELESAI SUDAH
Friday, September 14, 2012
SEMANGAT PATRIOTIK
Negaraku....
Tanah Tumpahnya darahku...
Rakyah hidup, bersatu dan maju....
Hahahaha, sesuai kan lagu tu dengan gambaq kat atas tu. Gambaq nih diambik 3 hari lepas. Pic taken by en. abu but arrangement made by budak yang kiri sekali yang senyum sengih tu.
Ayra dengan sepupu2 sebelah en.abu. Yup, semua gegurls so far. Kalau baby dlm tummy nih boboy, the only one boboy la kat sebelah Perlis. Kalau Kat jitra, so far ayra sorang gegurl. Tak kisahla boy or girl janji baby sihat n sempurna tubuh badan.
Ok, berbalik pada gambaq kat atas tu, si baju kuning tu Marissa Khadeeja dan baju purple tu Maisara Khairina. Depa nih dua beradik. Marissa 4 tahun, sebaya dengan ayra cuba beza 2 bulan ja dan Maisara 2 tahun. Tapi sangat ketara kan yang ayra lebih tinggi, tengok ibu n abah dia la. Both are 170cm++.
Till then, sambung next time. Esok busy coz ada majlis sket kat rumah MIL.
Thursday, September 13, 2012
Friday, September 07, 2012
Thursday, September 06, 2012
SELAMAT BERTUNANG TIN & WANIS
3 Syawal 1433H lepas, adik ketiga aku selamat bertunang dengan pilihan hati dia.
Hantaran dari rombongan kami (rombongan lelaki) hasil keras tangan mak buyong yang tengah "pening-pening lalat".
Hantaran kedua belah pihak di hadapan pelamin yg suwwiittt...
Mama selamat menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantu dia.
Selamat bertunang Tin & Wanis.
Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke ahir hayat.
Last but not least gambar yang diambik oleh 'paparazzi' En.Abu di celah pokok.
Gambar tuan tanah dan anak dara berspek pink...
Wednesday, September 05, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)