Wednesday, November 28, 2012

WORDLES WEDNESDAY @281112




Untuk Adik baby.... All About cars and blue....

Tuesday, November 27, 2012

KISAH BENAR | PANDUAN BUAT IBU-IBU DAN BAKAL-BAKAL IBU

Kisah nih terjadi kepada sahabat saya sendiri. Semoga apa yang diceritakan menjadi panduan buat semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana. Cerita ini dipost dengan izin sahabat tersebut. Terima kasih NSAB. Anda seorang yang tabah, arwah menanti anda di pintu syurga.

"saya ingin berkongsi cerita saya dgn ibu2 KIM di sini mengenai kematian 1st twin saya.saya tak berniat nak salahkan sesiapa tp biarlah cerita saya ni menjadi pengajaran buat diri saya & pedoman buat rakan2 KIM yg banyak membantu saya dalam bidang penyusuan ibu ni.
saya melahirkan anak kembar pada minggu 27. anak2 saya sangat istimewa, berat 1st twin 978gram & 2nd twin pula 968gram.kedua2nya ditahan di NICU berikutan masalah pra-matang.doktor memaklumkan bahawa mereka akan ditahan sehingga berat mereka mencapai paling kurang 1.8kg.saya namakan 1st twin Izzah (kekuatan) dan 2nd twin Iffah (harga diri)
saya bertekad untuk memberikan mereka susu ibu sepenuhnya, memandangkan pengalaman saya mmg EBF anak2 sebelum ini.tetapi doktor memaklumkan bahawa bayi pra-matang ini akan diberi makanan tambahan seperti protein, karbohidrat dan sebagainya dalam bentuk cecair.kebetulan ketika itu, sebuah sayrikat sedang membuat kajian berkenaan dgn produk minyak ikan untuk diberi kepada bayi pra-matang.setelah meminta pendapat daripada beberapa doktor,saya & suami bersetuju untuk memberikan makanan tambahan tersebut, termasuklah minyak ikan kepada anak2 kami, walaupun saya mula berasa pelik & tidak sedap hati.setahu saya, bayi hendaklah diberikan susu ibu sahaja sehingga berumur 6 bulan, tanpa air masak atau makanan tambahan. doktor seolah-olah dapat membaca kata hati saya, dia memaklumkan bahawa bayi pra-matang perlukan makanan tambahan tersebut untuk memastikan bayi tersebut akan mendapat khasiat sepertimana dalam rahim ibunya. saya lagi bertambah pelik, sbb susu ibu kan khasiat dari apa yg ibunya makan, jd tak perlu la nak bagi apa2 makanan tambahan (dalam hati saya laa). doktor seolah-olah tahu & dia menjawab, kami akan bagi makanan tambahan itu dalam tempoh tertentu, kemudian bayi akan meneruskan dengan susu ibu sepenuhnya. saya pun ikut je apa yg doktor tersebut sarankan, di samping berdoa agar anak2 saya sihat & kuat.
pada hari ke 9 jam 12 tengahari, doktor call bagitau usus Izzah dah bengkak. doktor terpaksa puasakan dia sbb usus dia belum matang untuk proses makanan & masukkan ubat ke badan dia. jam 4 petang, saya melawat Izzah, dia buka mata & renung saya sedalam2nya, seolah-olah petunjuk bahawa dia akan meninggalkan saya. jam 7 malam, doktor call cakap usus Izzah dah pecah, dia dalam keadaan kritikal & doktor meminta saya ke hospital.keadaan Izzah sangat menyedihkan, dia hanya bergantung kepada oksigen. akhirnya jam 11.30 malam, Izzah kembali menemui penciptanya.
saya redha Izzah pergi sbb janji Allah hanya pinjamkan Izzah kepada kami cuma 9 hari.jika bukan sbb usus pecah pun, Izzah tetap akan pergi atas sebab musabab yg lain.tp saya ralat sangat sbb sepanjang 9 hari, saya belum sempat peluk cium anak saya, cuma pegang & belai tangan & kaki dia saja.selepas pemergian Izzah, saya dapati makanan tambahan tidak lagi diberikan kepada adiknya, Iffah. saya tak pasti sama ada sudah sampai tempoh pemberian makanan tambahan ataupun atas sebab kematian Izzah, makanan tambahan tersebut dihentikan.
alfatihah untuk arwah Izzah & semoga Iffah sihat & kuat."

Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

pssst: Dah terang lagi bersuluh yang bayi berusia 6 bulan ke bawah hanya boleh diberi susu ibu. Air suam pun tak perlu. Apatah lagi bayi pramatang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Wednesday, November 21, 2012

PRELOVED STROLLER FOR SALE

Brand: Sweet Cherry

Condition: 9/10

Kurang dari lima kali guna coz anak takmo duduk dalam stroller, nak berdukung ja.

Colour: black+grey+checkered brown

RM200 include postage ke seluruh semenanjung Malaysia (nego)

Untuk Perlis dan Utara Kedah, special price untuk COD.



Ada cover net dan bakul yang sangat besar di bahagian bawah stroller. Sesuai untuk mak-mak yang kaki shopping. Juga boleh letakkan brg baby.


Sesuai digunakan untuk Newborn baby sehingga toddler 3-4 years.


Baby boleh tidur dengan selesa.


Siap tempat letak botol/bekas minuman.


Bila dilipat.

Berminat?

Email rosrusli@gmail.com

SOLD!

Thursday, November 08, 2012

UNIK KAN???


Ternampak sorang member lama upload gambar nih kat FB. Kad jemputan kawen sahabatnya mungkin. Sangat unik dan aku sangat teruja melihatnya. Jarang orang buat macam nih. Kreatif kan?

BREAKFAST WITH KFC A.M.

Lately aku selalu brakfast dengan KFC A.M. Dalam seminggu nih ja dah dua kali dan rasanya akan pergi lagi. ANtara menu yang aku dah try :

 Bubur Ayam KFC. Sesedap rasa dan best bagi aku yang tak suka sayur. Apa pun bubur McD lagi best cuma banyak sayur sangat.


Egg bun. Yang nih sangat yummeh! EH, kalau beli breakfast KFC A.M nih then kita tukar air ke milo ais, memang tak dapat hash brown ek??

Pasnih nak try menu KFC A.M apa lagi ya???
Related Posts with Thumbnails